Thursday, November 1, 2007

Bajet masak sendiri untuk rumah terbuka

Rumah terbuka tahun ni nampak tiada jauh bezanya sangat dr segi menu. Menu yang telah kami hidangkan dan kesemuanya adalah homecook (kecuali bawang goreng ;p) adalah seperti berikut:
1) Laksa Asam/Penang - kosnya lebih kurang RM45 (ikan 5kg RM22, mee 4 bungkus RM5, telur, sayur & ulam2 RM8, bahan kisar RM10)
2) Mihun soto - kosnya lebih kurang RM79(ayam 5.5 ekor RM55, mihun 5 bungkus RM7, bahan kisar RM10, sayur dan bahan hiasan RM7). Dulu selalunya saya buat soto guna nasi himpit segera, tapi lepas keluar artikel kanser dah tak guna lg. Btol ke ek psl kanser tu?
3) 5 jenis kek & puding : 2 biji American Choc Cake, 1 biji besar Cream Peach Cheesecake, 1 biji kek terbaru Silky Choc Chip Cheesecake & 1 Black Forest Triffle ( ambil dr resipi kak D dengan sedikit modification ikut bahan-bahan apa yg sy ada saja)
American Choc Cake Mix & Base Royal sponge dpt percuma masa beli SPAR Mixer dulu. So untuk kos-kos lain lebih kurang RM40.
4) Cawan, pinggan, sudu & garpu pakai buang - RM40 (sebab terlebih beli, boleh guna lg tahun depan kot)
5) Lain-lain: tisu, ais

Jadi, kos keseluruhan lebih kurang RM240 untuk 140++ tetamu. So actually, memang soto dan laksa ada lebih utk 20 lagi kot. Kek macam biasa 4 biji dah abeh by 5pm. Selepas tu ada sebiji aje tinggal utk orang kendian.

Ni saja gambo yang sempat di tangkap, kek tajaan SmileyCakes. Thanks a lot Smiley!

Dari kiri: American Choc Cake , Cream Peach CC dan Silky Choc Chip CC
Lagi 2 biji: Black Forest Triffle & American Choc Cake size M tak sempat tangkap.

Terima kasih kepada semua yang hadir;)

1 comment:

Anonymous said...

ermm sedapnyaa tgk kek tu.
pandai laa akak buat..

mana blaja ekk??

nk tnya bole??..
akak gunaaaaa oven brand ape ek?
saya tgk nk cari oven utk buat kek..tp tk tau nk beli yng mcm mana laa..

leh bgtau tk??

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...