Sunday, October 28, 2007

Rumah Terbuka Smiley @ teratak DmnFarra

1) Persiapan rumah terbuka
Jumaat aku cuti. Abang kerja sebab ada mesyuarat. Memula aku siapkan royal sponge cake, 1 vanila (utk buat peach cheese cake) dan 2 coklat (utk double choc chip CC & black forest triffle). Siap base kek dan kemas sket umah apa yg patut, then jam 1oam pegi hantar kids ke rumah babysitter, Kids nangis kene tinggal sebab tahu aku cuti. But still have to send them sebab aku nk ke pasar borong. Destinasi 1, ke pasar pagi taman ehsan untk ambil 6 ekor ayam yang telah abahku tempah kat pakcik azman, the only chick's seller yg kami beli since kami yakin sangat halal & kebersihannya. Then, gi umah mak, hantar ayam tumpang peti sejuk umah mak. Dengan emak, destinasi kke2, kami ke pasar borong selayang. Kami beli ikan kembung 5.5kg , beli udang , ikan terubuk, sayur2 ulam. Petang sy mula membancuh 4 biji kek. Abang kerja separuh hari aje. Selepas ke solat Jumaat abg tolong singgah kedai kek untuk membeli few barang untuk buat kek yg tak cukup. Dalam waktu Asar dia membantu menyiang dan membersihkan kesemua ikan. Manakala emak bantu membersihkan kesemua ayam. Alhamdulillah, tanganku tak berbau busuk ehehe

Sebelum maghrib aku berjaya membakar kesemua kek + siapkan makan malam. Selepas isya’ aku siapkan Black Forest Triffle plak sambil emak membantu membersiahkan semua bahan-bahan kisar seperti bawang, halia, cili etc. By maghrib juga ikan-ikan kurebus dahulu . Malam tersebut tidur jam 11.30pm rasanya.

2) Hari kejadian- rumah terbuka.

Selepas subuh, aku mula mengisar semua bahan-bahan untuk soto. Lepas siap aku terus mula memasak di bahagian belakang rumah menggunakan dapur tambahan pinjam dr emak. Abah dtg membantu mengacau soto. Abang turun agak lewat dan mula membantu memisahkan tulang ikan + isinya. Aku pulak menyiapkan bahan-bahan giling laksa pulak. By 8am++ laksa dan soto dah mula di masak atas dapur.

Jam 10am, aku baru nak frost 2 biji American Choc Cake. Emak tiba selepas ke kelas Arab. Emak membantu mencelur meehun & mee laksa. Kemudian kami sama-sama meracik ulam2 & sayur2an. Kat kepala asyik teringat yang Black Forst Triffle belum di tambah Whipping Cream. Aku lari mandi & bersiap kejap. Jam 12.15pm tetamu dah mula sampai, dan masa tu jugak aku mula memukul whipping creamku. Sambil tu semuanya mula disusun di atas meja. Liza sepupuku sampai & Bantu potong tembikai.

Tetamu tiba & pulang bertukar ganti sehingga jam 9.30pm, tetamu terakhir adalah pengasuh anak2. Malam tu byk lg pinggan tak bercucui tapi aku tak sanggup nak cuci abeh, so jam 11.30pm aku dah lelap.

3) Sehari selepas hari kejadian

Sarapan kami makan makanan yang berlebih. So, tak perlu masak & dptlah nak negmas2 rumah. Memula mesin kali 2 kali round, emak Bantu basuh periuk yg besar, then sapu rumah, buang sampah, susun atur maja kerusi dll. Memang penat sgt. Lepas zohor plak kami ke rumah Ogy open house. Gi satu rumah aje terus balik.

Hingga hari ini masih ada periuk belanga yg dah kering belum disimpan lg. Buat sket2. Semalam outstation ke Melaka. Penat sgt rasanya. Dah hari ni baru mula semula sambungan puasa enam yang tinggal 2 hari. Batuk dan selsema dah mula.

Daripada 180++ jemputan , rasanya dalam 110++ yang dapat hadir. Sedih juga ada beberapa kenalan / rakan rapat yang tak dpt hadir. Ada juga yang memula dah confirm, tapi kutunggu2 tak muncul juga. Terima kasih banyak-banyak kerana menceriakan majlis kami. Mohon maaf jika ada yang terkurang atau tersilap atau terkasar bahasa. Yang pasti, aku hanya sempat tangkap gambo kek aje. Mana la sempat nak tangkap gamba sangat sebab kitala tukang masak, tukang hiding, tukang layan, penyambut tetamu dll. Yang pasti kek baruku, Silky Choc Chip Cheesecake dah dpt 2 tempahan. Tempahan sehingga minggu hadapan dah ditutup yer ;)

Gambar kek terbaru akan di kongsi kemudian. Aku juga berhasrat untuk kongsi jumlah RM yang telah dibelanjankan yg mungkin berguna untuk rakan-rakan yang nak buat makan-makan masak sendiri ;)

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...