Sepanjang bulan syawal biasa la rumah akan sentiasa terbuka untuk menerima tetamu. Tak lepas juga kita turu berkunjung ke rumah saudara mara / kawan2.
Kami mula terima tetamu seawal Jumaat yg lepas, Jaja & Usop, kawan lama di SAMER. Aku jamu mereka dengan makan malam sebab depa sampai malam.
Sabtu, kami tak kemana-mana. Masa hujan lebat, kami terima tetamu, Alia, jiran lama yang dulu duduk kat depan rumah emak. Sekarang Alia study kat MMU. Ni kira macam adik aku la sebab rapat sgt. Kalau dulu semua masakan aku kat rumah, mesti dia nak tengok , belajar dan of course tukang rasa sekali.Diapun takde kakak. Dulu kalau aku lalu MMU Melaka, aku mesti singgah jenguk dia kat sana.
Ahad, Mak Su & Paksu Teh (saudara sebelah Abang) satu keluarga datang berkunjung. Kebetulan kami sedang bersiap nak ke open house Yana, so aku jamu kuih-kuih raya & 2 jenis kek aje. Dua2 kek tu import dr rumah mak. Petang, kami ke umah Yana, dapat la jumpa Yani. Tapi yg lain tak sempat nak jumpa like Apid & Ogy.
Memilih tarikh open house bukannya mudah.Asalnya nak buat Ahad, tapi kami sesama kawan rapat kene berbincang supaya tarikh masing2 tak clash. So akhirnya semua dapat kata sepakat, nilah tarikhnya:
Yana- Ahad Lepas
Farra (aku)- Sabtu ni
Ogy - Ahad minggu ni
Kenapa tak buat next week? Benornya byk sgt aktiviti next week. Plan lepas ke rumah Siti Zurina (wei, bila ko nak update blog aa? sibuk sakan nak kawin ek:p), nak gi ziarah saudara mara belah Emak sebab tahun ni kan aku tak balik N9. Then, plan nak raya rumah bos lama yg dah VSS ;) Then, mungkin ke rumah Semah (eh bila nak annouce open house ek?). Minggu last raya kami bakalnya pulang ke kg kulim semula untuk kenduri aqiqah adik suami yang bongsu paksu Mus'ab.
Akhir kata, jgn lupa datang rumah kami Sabtu ni ok ;) Ramai yg tanya menu, mana bleh bagitau secret :p yang pasti mesti la ada kek tajaan Smiley. Yang pasti nak buat 4/5 kek coz last year buat 2 kek tetamu belah petang dah tak dapat rasa kek. Sorry la sesangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)
✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...
-
Lagi-lagi dapat email orang fwd email pasal status Halal/Haram makanan last Fri. Yang bagusnya, aku dah ajar kengkawan pejabat untuk semak d...
-
Salam semua...saya benaunya dah lama benor nak buat sarung sofa sebab kami punya hak 6 tahun ni dah kotor..cuci2 pon takmo tanggal..sofa ni ...
-
"Apa kelebihan jadi dealer Public Gold?" Soalan yang sering saya dapat dari penyimpan emas. Kisah saya menjadi dealer Sejak mul...
No comments:
Post a Comment