Saturday, July 7, 2007

Sembang hobi

Mungkin ada yang tertanya-tanya knape sy masih belum mencuba kek bersama karakter kartun? Perasan ingin tahu & mencuba sangatlah tinggi, tapi sayang, bila sy ke kedai 'piping jelly' yg digunakan tiada tanda halal. Kalau dilihat paket-paket piping jelly yg dijual,nampak murah dan dibungkus semula oleh peniaga. Bila bertanya dengan 'amoi' tersebut, "piping jelly ni halal ker tidak?" Jawapan: halal punya. Jawapan yg langsung tak beri keyakinan walau seciput. Lepas mendapat jawapan amoi, sy bertanya lg, "boleh sy tengok kotak/botol asal ini piping jelly? " . Amoi tu sungguh baik, dia benarkan sy pergi menjenguk stor, dah sy amat berpuashati mendapat jawapan yg telah lama sy cari. Asalnya, bukan dr Malaysia, packing sempoi habes dan yg paling penting tiada langsung tanda halal. Sebab itu, sampai sekarang sy belum buat kek karakter kartun.

Sy cukup berhati-hati membeli semua produk berasaskan Keju dan Jeli. Sebab itu sy amat bersyukur kepada Allah melahirkan usahawan seperti Halagel, usahawan islam pertama yg mengeluarkan gelatin halal di Malaysia. Di benak fikiran, bermacam persoalan & penyesalan timbul dgn pelbagai makanan yg dijamah selama 26 tahun ini.



Utk Yati dan K.tie, sy susah nak dpt stok halal gelatin Halagel. So, macam yg sy recommend sebelum ini, beli sj online dr Halagel. Sy beli paket 500gm, posnya percuma. Setakat ini, 2 jenis kek Smiley menggunakannya iaitu Creamy Cuppucino Cheesecake & Cream Peach Cheesecake. Alhamdulillah hasilnya memuaskan ;)

Opps, lupa plak nak citer apa yg sy buat pd hari Sabtu 2 minggu yg lepas. Sy joined cookies class di Yen. Cikgunya Cef Asma. Orangnya genit & pemurah ilmu. Dah ada no telefon dia ni senang la sket nk buat FAQ baking :) Student lebih kurang 80 orng, sy duduk paling belakang, kes sampai lambat. Oleh kerana ramai student, setiap org dpt 1 biji biskut setiap jenis. Bila bawa balik rumah, dpt la rasa 1/2 aje, cos divide half2 ngan Abang yg disayangi. Aduhai, sapa kata tak sayang Abang? Dia la yg sokong saya selama ni, dia juga benarkan sy pergi klass baking, dia jugak jagakan anak-anak masa gi klass baking/tengah baking kat umah. Macam biasa kalau nk gi klas baking sy dah hantar application kat dia awal-awal. Lebih 3 hari tuuu. Jawapan dr dia biasa dpt lambat, tp sy tahu dia mesti bagi punya :p. Kami belajor 6 jenis cookies + 4 free recipe & free sample. Nanti later2 sy kongsi 1 /2 resipi nak tak? Gambo pun ada. Later okey?

Ha, Sabtu minggu lepas pulak aktiviti sy & Abang ialah gi White Horse Ceramic sebab nk mencuba nasib dalam Pertandingan Padan, Cari & Menang, kot-kot bleh menang Jubin bernilai RM10k. Kuikui. Jawapan dah dpt beb, la ni nak kene cipta slogan gempak2 sket :D. Tak menang pon takpe, soklan senang aje.

Okla, pjg membebel pulak. Sy tgh free ni, Mawaddah tido, sementara Abang & Mus'ab on the way home from Ipoh, visit our baby benz kat workshop Ipoh. Depa gi dr jam 11 pagi sampai la ni jam 9.15mlm lom sampai lg. Cepatla sampai, rindu la. Hidangan makan malam pon dah nak sejuk ni. Malam ni kita makan, ikan kembung goreng bersambal & sayur sawi. Simple je eh. Tadi kawan sy, Aishah baru je balik amik kek pertunangan adik dia esok. Ika & Zura pon ikut sekali. Esok la baru nk upload gambo kek shahir tu eh dlm Smiley Blog.

2 comments:

Hany FF said...

Farra,
I love this kind of entry. So sincere! :)

Maisya said...

assalamualaikum, first time dtg ke blog ni. Maisya pun sebenarnya kurang suka membeli brg yg dah dibungkus semula kat bakery supplier tu sebab dia cuma letak label je tak de tulis ingredients ke, tanda halal tu jauh sekali. Maisya buat sendiri piping gel tu, puas hati sebab tak perlu ragu-ragu. Err...nak tanya krimwell or marvello tu halal ke?

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...