Wednesday, April 4, 2007

Ooh Pokok getah Kuu

Ini kisah seorang ibu menyusu dan isteri kepada seorang pegawai di Lembaga Getah. Kali ni bukan pasal memasak.

Sejak keluar hospital, saya dah kurang menoreh. Menoreh sekali saja dalam sehari di pejabat. Hasilnya sehari dapat sebotol, sebotol dapat 4-5oz.

Sejak keluar hospital juga, si kecik dah suka botol susu. Pantang kami buatkan susu Abangnya, kalau ada peluang pasti dia ambil dan minum. Sekarang ni susu abang dan adik sama : Dugro 1 Plus.

Sejak minggu lepas setiap kali menoreh, hasil yang saya dapat hanya 2 oz. Sadis kan? Pokok getah dah kurang susu, agaknya kurang baja. Entahla, apa yang kurang yek. Tapi malam pokok getah masih produktif. Dapat memberi minum kepada si kecik sampai pagi.

Tapi sekarang ni sebelum tidur si kecik pasti nak minum sebotol kecil susu. Jadi, botol perahan siang mesti habis diminumnya. Dan siang keesokan harinya, tak dapat nak supply susu ke rumah pengasuh. Si adik terpaksa la minum susu lembu.

Tapi saya tak risau sangat. Umurnya pon dah setahun 2 minggu. Nampak setakat ni OK aja. Yang penting malam-malam masih menyusu. ( Ker nak sedapkan hati je nik?:p)

Kalau kita dah tak menoreh di pejabat, boleh ke maintain susu lagi sampai 2 tahun ek? Apa pendapat anda? Harapnya anda faham apa maksud menoreh saya.

Ini fakta yang amat menarik. Semalam masa memandu pulang ke rumah, saya dengar 93.9FM. Ustaz sedang menceritakan tentang kehebatan Al Quran. Ada juga terselit cerita mengenai susu ibu. Ibu-ibu yang menyusu tak perlu khuatir kerana Allah telah mencipta susu untuk anak lelaki dan anak perempuam berbeza. Menurut kajin seorang Ulama Mesir, setelah dikaji antara susu ibu kepada bayi lelaki, ternyata hasil dan kandungannya satu kali lebih dari susu ibu kepada bayi perempuan. Jadi, mengapa kita perlu bandingkan. Harap-harap lepas ni kurang ibu mengadu” saya punya anak lelaki, sebab tu la susu tak cukup, so terpaksa tambah susu tepung”. Aduhai maaf. Sebenarnya saya tengah geram dengan makcik2 ku yang suruh sepupu saya bagi makan cereal kepada anaknya yang masih berumur sebulan. Alasannya, bila si kecik menangis, mesti sebab lapar. Dan sampai sekarang, bayi itu Muaz masih lagi diberi makan setiap hari walau masih kecil. Dalam hati, aku sangat memberontak!! Tapi hati makcik-makcik kesayanganku tetap kene jaga!

5 comments:

`Ain said...

farra,
sedih gak baca kisah menoreh getah ni.hmm, akak dulu bila aufa start makan, susu perahan dah dr 5 botol ke 3 botol je.susu berkurangan bila time period, so dpt bagi 2 botol je time tu.top up dgn frisogrow.tp, syukur bila umur dia 1 thn 2 bln, akak dah cuti belajar.dpt breastfeed sampai sekarang-lusa, 2 tahun umurnya.

akak dulu, strict dgn aufa.kat rumah, langsung tak bagi botol, walaupun susu perahan.nak mantain supply.so, cuba refrain mawaddah jgn bagi botol kat rumah eh.

asmasalleh said...

hermp.. utk kerisauan bila tak 'menoreh di pejabat' berkurangan terus kah ? Tidak juga.. cuma mmg waktu siang mmg. seperti tiada bekalan utk di perah pun. By the time nak balik rumah.. 5.30 mcm tuh.. dah rase byk balik dah.. Supply di malam hari cukup saja smp ke pagi. ((kite sekrang nih laa)).. Magicnya.. bile weekend.. fully BF balik ((mcm terjadual plak.)) sabtu & ahad ada supply siang & malam. Weekdays.. malam sahaja. ((magic tak ?)).

Rasanye mmg. akan tereffect sket bila ada gap (lama tak memerah di waktu siang) Mcm contoh kite masuk kena pergi Penang seminggu hari tuh.. Dan ambil masa balik utk dia jadik as usual. yang penting jgn putus asa.. CHAIYO!

Anonymous said...

i dont understand y some of our older generation prefer to ignore the importance of exclusively breastfeeding our child.even dlm quran it is recommended until 2 years old.

i got some tips from arabs here.drink lots and lots of milk.(especially fresh milk br perah dr kambing ke lembu ke..tinggal lalu x lalu je nak telan yg nih)..pas tuh consume lots of lots of milk-based food:cheese,yoghurt...gerenti BM supply increased..insyaallah!no wonder Arabs women seldom have inadequate BM !

Farra Da Smiley said...

K. ain,
Thx a lot. Tengah berusaha nak kembalikan zamankegemilangan pokok getahku cam dulu

Semah, macam magic plak ek? Hebatnya ciptaan Allah. La ni kalau sampai umah, lepas mawaddah minum susu badan tu, masih nampak dia cam lapo lagi, so kene la supply any food utk kenyangkan dia. Yang penting kat rumah kene BF exclusive ek?

Nur, thanx a lot for the tips. I’ll try my best

Anonymous said...

Hari...sangat laa sedih nya cerita tuh..i am still breast feeding and i get a lot of pressure masa balik malaysia, orang suruh dia kasi food. Yes hanna is 4 months but she is contented with just breast milk..not cranky and weight gaining, masyaallah, very good. I plan nak tunggu sampai 6 bulan. I get too much comment to raise my anak macam orang putih..sebabnya i breastfeed only and no formula/air/fruits..

Am i crazy?

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...