Thursday, September 7, 2006

Gaban

Sibuk memang tahap gaban minggu ni. Kene kerja keras lebih sket lagipun dah bercuti seminggu. Cuti alhamdulillah. Memuaskan. Sepanjang cuti kami dapat menjenguk Ipoh, Sg Petani, Pendang dan Kulim. Yang lagi puas hati aku dapat meluangkan masa yang begitu berharga bersama anak-anak tersayang. Opss..also ngan suami. Cik abang selalu cakap , “ wah skang kalau balik awal mesti sebab ingat kat anak-anak, bukan ingat kat suami”. Tersenyum sendiri mendengar komen cenggitu. (

Si anak teruna dah masuk minggu ke2 cirit birit. Sekejap ok sekejap datang balik sakitnya. Dah la tak suka makan, alamatnya makin cengkeding la. Berat badan pulak hanya 10kg. Nak tak nak kami terpaksa juga kasi anak teruna minum susu Isomil walau . Kalau dia mengamuk. Kalau takmo minum Isomil, terpaksa kasi air masak. No Dugro at the moment!

Kisah anak dara..dah nak dekat masuk 6 bulan. Berat hampir 8kg. Actual 7.8kg. Alhamdulillah sihat sahaj anak dara ni walau kene suntikan imunisassi. Caranya senang je, sebelum pergi klinik kene kasi ubat demam. Makan pulak punyala selera. Sume yang dimasak mesti licin. Sebut aje menunya: apple puree, brown rice, broccoli puree, potato puree, barley puree, carrot puree. Sure licin. Mungkin betol orang kata kalau budak breastfed dia selera makan. Sebab dah biasa rasa susu ibu yang makan macam2 ( Sekarang dah pandai rolling kiri kanan, pusing 360 degrees. Bila pusing-pusing, boleh hampir terjatuh katil..kalau tak pon terperosok nak masuk bawah sofa. Minggu ni queen bad nak kene dismantle. Selamat la sket. Tak lama lagi merangkak la gamaknya sebab sekarang dada dah angkat tinggi masa meniarap.

Jadual next outstation dah keluar. Insyallah, will go to Utara plak kali ni for 4 days. Nak bawak si anak dara ke idak ek?

Ok back to work dude!

No comments: