Friday, January 15, 2016

Rumah kami dah terima menantu!


1 Jan, tahun baru bermula dengan majlis nikah adik yang berlangsung di rumah kami. Alhamdulillah syukur majlis berjalan lancar walaupun pengantin lambat haha. Kene sound dengan tok kadi hokey. Akak tuan rumah pon stress juga sebab sket2 orang tanya mana pengantin. 

Untuk hari nikah, makanan berat kami order, manakala untuk kuih muih semuanya akak buat. Excited juga kan hehe sebab rumah nk terima menantu!

So hidangan yg akak masak:
Choc and blueberry muffin
Cream Caramel
Cheese Tart
Popiah goreng

Akak start cuti 3 hari sebelum majlis ok..mcm aku lak pengantin. Ok ni ada sket gambar sempat snap :)
Choc muffin gebu

Cream caramel ada dalam lebih 120 cups..mujur anak2 rajin menolong! cuti sekolah kan..hehe

Cheese tart..tak cukup le..tetamu ada 100 orang camtu

Untuk pelamin nikah dan bergambar kami sewa murah je RM220, tapi kene bayar sendiri..tu diaaa..
Simple jer...depe bagi 1 je carpet putih..so jenuh gak pinjam kawan2 adik carpet cerah2

Majlis bermula lepas Asar..akak ada kat tangga nun ekekke

My sis & parents 

Kenduri kahwin pula berlansung keesokan harinya, 2 Jan , on my sis birthday too. Kami buat di Dewan Masjid Al Ghazali. 

Suke sangat pelamin ni...meriah!


Excuse us...pengantin lama pon nak posing ya ekekke :D

No comments: