Wednesday, February 4, 2015

Bonus TH dan daftar Haji anak-anak

Assalamualaikum,

Semua orang dah update ke buku TH masing2? Kami dah buat Isnin baru-baru ni, update buku sekali dengan daftar haji anak-anak. Minggu lepas lagi dah tengok online je bonus TH dah masuk. Alhamdulillah syukur. Dividen 6.25% + Bonus Haji 2%. Kalau orang dah gi Haji tak dapat Bonus Haji.

Ikut pendaftaran Haji, giliran keempat-empat anak ke tanah suci pada tahun 2079Masihi. Kami pon tak tentu masih ada lagi ke tak di dunia masa tu, sekurang-kurangnya mak ayah sudah tunaikan tanggungjawab daftarkan haji mereka.

Muzakarah Haji sarankan umat Islam tunaikan Umrah dahulu kerana giliran lambat lagi, purata 65 tahun. Apa yg penting kita usaha dulu yer kawan-kawan. Jika wang mencukupi tunaikan umrah dahulu dan ada wang lebih lagi mohon haji melalui pakej. Tidak salah utk selesa beribadah kan?

Owh ya mungkin ramai orang belum tahu bahawa TH dah ada online service TH iaitu myTaha.

Kami baru je apply pin mytha minggu lepas. Hanya ada 1 cara memohon myTaha: dapatkan pin di pejabat TH dan kemudian login di website mytha.

Antara kelebihan perkhidmatan myTaha:
1. Dapat track transaction TH account in detail as compared to maybank linked TH service.
2. Money transfer from TH account to another TH account for FREE
3. Semak tahun pendaftaran Haji

Untuk rakan-rakan yg sedang mengikuti kursus Haji, terutama anjuran Tabung Haji boleh dapatkan modulnya disini. Kursus Haji anjuran TH ni syoknya percuma je hihi. Murah rezeki TH :)

Mungkin banyak lagi faedah , belum habis explore lagi

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...