Friday, February 6, 2015

Jakarta Bandung Day 3 : 13 Dec 2014

Kami bangun awal sungguh haritu sebab Pak Supir dah pesan kene gerak awal bimbang macet ke Bandung.

Jam 7.30am dah terpacak depan cafe nak breakfast tapi rupanya Cafe bukak jam 8am. Pak Supir memang punctual. Belum 7.30am dah sampai.

Facilities and the surrounding of Alfa Resort memang superb! 

See anak I orang pertama yer masuk Cafe kiki

Bubur ayam indon ni memang sedap ! patutla fevret brekfes depe rakyat tempatan

Destinasi 1: Ladang Teh Gunung Mas

Tempatnya macam Cameron Highland :)

Kami borong teh hijau asli..4 peket besau 



Destinasi 2: Little Venice ( Kota Bunga) Cipanas


Bayaran masuk. Seeloknya amik pakej Gondola extended time daripada amik Missisipi+Gondola. 

Tempat ni kosong je. Dibina ala-ala Venice Italy. Kreatif!

Memula kami naik Missisipi 

Then Gondola. Sepanjang tour dihidangkan dengan bangunan lama ala-ala Itali kekeke..siap dengan lagu Itali..hahhaha

Lepas tu anak-anak dapat naik motor! seronok btol.

Last sekali main tembak-tembak. Ayahnya layan aja request budak2 ni. alhamdulillah

Depan Little Venice

Destinasi 3: Puncak Pass

Tak berenti kat sini pon takpe sebab rimas sangat banyak penjual yg agresif.

OTW Bandung terbongkang sudah Maher heheh


Destinasi 4: Kedai kerepek

Gambar tade. Mak hangin kat sini! Tips: Jangan ikut sangat kata-kata penjual tu..semua benda die soh kite beli.sume die kata sedap..lepas tu die letak macam2 kerepek kat dalam bakul kite. So cek betul-betul bakul kita tu sebelum bayar ok!

Destinasi 5: Bandung, Toko Tiga

Perjalanan mengambil masa lebih 2 jam sket. Macet sket masa nak masuk Bandung. Tapi macet Bandung tak macam Jakarta. Hari dah agak petang..kami singgah makan dulu lepas tu ke Toko Tiga.

Murah je makankat sini..tapi rasa macam biasa je

Orang kata kat sini wajib rasa Jus Alpukat..rasanya amat pekat dan agak manis erk



Hubby dapat 1 seluar..ayah pon dapat 1 seluar sini..ok la..2 je..yg lain macam tak murah sgt pon. series talk!


No comments: