Monday, November 24, 2014

Hari Anugerah Cemerlang Sek Agama bukan rezeki anak-anak

Sek Ren Keb 20 Nov 2014

Memula tragedi hari khamis petang. Saya amik half day sbb nak attend this event. Ayahnya both majlis tak dapat hadir. Otw dari pejabat balik rumah by train dah call bebudak ni suruh bersiap. Sampai rumah uwan, tengok2 Mawaddah dah pergi. Saya dan Mus'ab solat dan bersiap. Hampir 2.30pm baru sampai sek. Masa sibuk kite drive dan register ada few miss calls.
Owh rupanya cikgu Waddah call bagitau Waddah belum tukar baju. Haih..sabar je la. Dia sibuk pi sek awal berlatih persembahan tarian rupanya.

Balik semula ke rumah tukar baju  ( sambil otw home tu berlaku la adegan bebelan dan tangisan kan :p hihi). Alhamdulillah sempat la majlis anugerah dan persembahan Waddah. Dia jadi ketua joget tarian 60an. hehe..terkejut mak. Nak buat surprise betul Waddah, langsung takmo citer tarian apa! 


Mawaddah:
No 1 Dalam kelas & Keseluruhan Aliran Tahun 2
Terbaik matapelajaran BI, Sains, Arab dan Pendidikan Islam

Mus'ab:
Terbaik matapelajaran rekabentuk teknologi. 

Sek Ren Agama 21 Nov 2014


Yang ni lagi haru ok. Surat memula kata majlis 14 Nov 2.30pm. Lepas tu surat baru tak sampai-sampai. Just percaya budak2 ni kata majlis hari Jumaat. So kite pon dok rushing dari pejabat ke rumah. Sampai rumah lepas solat Jumaat Mus'ab kata majlis dah lepas pagi tadi. Pulakkkkkk!

Saya minta no fon ustazah Waddah dan wasap die. Memang sah dah lepas dan die kata minta maaf sangat2. Saya kata kenapa tak call? Katanya bz . Mmg geram tapi malas nak kepochi dah. Kalau tahu tade la susah2 nak balik rumah. Kalau cikgu call pon at least boleh minta tolong atok uwan dan kids gi amik hadiah. Depe lepak2 rumah je time tu. Namanya TADE REZEKI. Redha. 

Yang budak2 ni sibuk hanyalah Hari Karnival Sek Agama pada hari Sabtu. Sibuk dok ingatkan. Hah dedua tak pergi pd hari Jumaat dan Sabtu senang!

Uwan la paling terkilan tak dapat tgk cucu2 naik pentas amik hadiah.  Apapon syukur dengan keputusan mereka. Ni kawan tolong snapkan dan kasi via FB. Thanks Fadil and Fadz! Hah anak-anak jgn lupa tuntut hadiah korang sesi thn depan yer kat ustazah! 

Mawaddah:
No 1 dalam kelas , Murid Mumtaz & No 1 Keseluruhan Aliran Tahun 2

Mus'ab:
No 3 dalam kelas

Syukur Alhamdulillah. Masih jauh perjalanan. Semoga berjaya dunia dan akhirat.

Rezeki Abg Ab thn ni dedua sek dapat hadiah. Tahun lepas dapat di sek agama je. 

Pengajaran dari kes ni. First time happen ni..

For me: Next time kene gak tanyer parents lain. Hari Khamis tu actually elok je sembang dengan parents lain dalam dewan. Masa nak beredar siap pesan " esok jumpa yer" hahah..rupanya salah timing. 
Anak2: Saya dah pesan kalau korang tahu uols ni top 3 in class, everyday kene tanyer cikgu, bila majlis hari anugerah? Jangan ambil lewa!
Cikgu: Sebaiknya pastikan beri surat dan dapat surat reply dr parents macam sek keb buat! Tak salah kalau ambil inisiatif just sms atau call je parents sbb murid cemerlang dalam kelas 3 org je kot! 

Hari yang sama sebelah malam Konvo PASTI. Abg Az tak dapat la hadiah top 3. Tapi mama datang juga bagi support sebab nak tengok performance Abg Az. Jangan malas2 ngaji dengan Mama Ok. Mama target Abg Az kene improve reading this school holiday.

Semalam layan anak-anak gi tengok Big Hero kat Berjaya Times Square ( 1st time dtg sini). Mmg awesome! Tiket free dr opis mama. :) Alhamdulillah yg tu rezeki kan. 

Hari ni 24 Nov 2014 bermula la rutin baru kami terutama utk Abg Az & Maher. Mereka dah masuk new PlaySchool namanya U&I Playschool. Teacher kata this week ada Dinosaur activity and trip! Enjoy and all the best boys. Playschool ni jauh sket dr rumah pengasuh lama. So kami kene hantar naik kereta dulu then mama balik rumah utk merempit dengan ayah ke pejabat :)

Actually kami dah register Maher ke PASTI 4 tahun juga..tapi waktunya tak sama dengan Abg Az pula. Dilema nak proceed or not...

Jadi ingatlah walaupun Allah dah kasi rezeki anak-anak lulus exam dengan keputusan yg baik, hari anugerah mungkin bukan rezeki :) Sesungguhnya rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk.

Hai bila anak-anak makin membesar ni kita ni mmg feeling and attitude kita dah lain benau kan...apa saja kite sanggup buat demi anak-anak. Sayang semua anak-anak mama. sobs

4 comments:

y@tipruzz said...

tahniah yer ab dan waddah!!! taun depan konfem takleh attend kan kuikui. Nx yr idlan dah masuk kelas streaming..mesti susah nk dpt top 3 :p

afidalina said...

hehe terketawa kita suami isteri baca entri farra ni. haha paham sgt bab buat apa saja untuk anak. semoga jadi ibu mithali. ;)

Ezvina said...

HI Farra, saya setuju sgt bab peringatan utk cikgu tu, anak saya dpt surat simpan je dalam beg. Apa la salah nyer sekolah updatekan papan kenyataan kat school tu, old-school style sikit pun takpe, yg penting berkesan.

Kesian awak terlepas majlis anak-anak.

Farra Da Smiley said...

TQ Yati, thn depan senang tayah pergi. Minta tolong kawan die je amikkan. Budak2 ni dah tahu nk pi holiday

Afi, thans afi..amin :)

Ez, setuju2. skrang dah ada macam2 cara..fb ada, wassap ada etc..nak atau takmo buat je kan

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...