Saturday, June 14, 2014

Cuti di Jeju 2014 : From KL to Jeju Island

Seawal 4.30am kami dah bergerak dr rumah ke KLIA2. Kos van cab RM208 termasuk midnight surcharge. Sampai je KLIA2 orang punya la ramaiiii. Flight yg dijangka terbang 8am delay dalam 20minit. Makanya flight kami tiba di Incheon juga delay. Sampai almost 4pm, makanya terus jadi macam amazing race: sampai incheon-solat-beli tmoney-cari AREX to Gimpo. T money beli kat convenient store.

Solat Jamak Qasar berhampiran tempat amik beg. Orang korea lalu lalang tengok je

Waiting AREX to go Gimpo Epot. 33 minutes journey.
Anak-anak kemain aktifnya dalam tren.huhu..sampai kene tegur dek orang korea
Ikut bacaan tiket JejuAir ni kene check-in will be closed 1 hr before departure. Flight to Jeju 7.20pm. Kami sampai Gimpo Airport hampir 6.30pm. So mmg kene increase speed lg. Ketua rombongan terpaksa lari sampai kaunter sbb takut kaunter tutup heheh..akhirnya sampai jugak alhamdulillah.

Lepas tu sempat beli susu pisang je kejap kat 7-eleven sebelum ke gate. Airport punyala besar so berjalan tu pon dah amik masa. Lagi2 dengan 4 budak ni.

Flight departed on time. Nak masuk je Jeju Air disambut Lee Min Ho ok! hehe

Sib baik kaunter check in masih bukak. Since JejuAir bagi luggage 15kg per pax + hand carry 10kg per pax..semua beg kite cek in ekekek..lega bahu
Masuk flight pon ada Lee Min Ho...kat magazine je. Die duta Jeju Air so merata la mukanya kan. Ok harga tiket Jejuair lepas campur tax dapat krw31,600 dewasa dan kekanak krw29,600. So harga dalam RM102 je sehala dewasa. Memang dapat paling murah! jenuh everyday bukak jejuair dok survey tix paling murah.

Anneyong LMH!

Dapat fresh orange or plain water

Kekanak dapat belon kiut2
Kami tiba di Jeju selepas 1 jam 4 minit penerbangan. Dr kapal terbang ke terminal disediakan bas. Lepas amik barang terus gi kaunter Kumho Rental Car. Tunjuk je reservation document tu the die direct kite ke bas Kumho. Bas bawa ke tempat car rental. Tempat die dekat sgt dgn airport.
Bus to Arrival Terminal

Lepas mamat korea Kumho explain kat kami camne nak guna GPS, kami terus ke Jeju Feel House..sampai2 owner tade pon! huwaaa mmg dah patah hati bagai, siap dah start kete nak gi cr hotel lain..kawan2 lain yg dah tiba sehari awal dr kami pon buat kecoh skali kat laman jeju feel house ekekke..tetibe je muncul owner baru balik tah dr mana..mmg rezeki la! alhamdulillah..akhirnya dapat masuk rumah. masak ringan2, mandi dan tidur lena...ZzZZz

Pejabat KT Kumho
Ada tempat charging phone..free

Tu dia kereta kami..Kia Carnival. Mmg dr Perth..GC..sampai ke Korea kami masih setia dgn Kia Carnival
Kos sewa kete selama 3 hari:
-Sewa kete: krw295,400 ( full insurance + egg wifi)
-Gasoline:krw69,000

Jeju Feel House

Highly recommended! sebab:
1. Murah: krw140,000 for 2 nights which can accomodate all of us 3 adults + 4 kids.
2. Kitchenette available
3. About 12km from city but near to major attraction at the east jeju
4. Bedding: 1 queen bed+ 1 single +3 toto. Bantal ada extra








Tips:
1. Book next flight ke Jeju 4 jam selepas mendarat as buffer ditakuti flight kita dr KL delay. Tix murah jejuair biasanya keluar memang lewat..macam 2 minggu sebelum kite fly. Tapi tak salah anda cek selalu kot ada promo. Kami dapat tiket krw16,000 sehala masa tu.
2. Amik travel insurance so that we can have a peace of mind holiday
3. Book kereta dr Kumho as member baru dapat 60% diskaun. Penting untuk book skali egg wifi masa booking & English GPS. Free aja
4. Beli T-money dan top-up permulaan krw20,000. Bila tak cukup boleh tambah anytime kat station atau convenient store. Mesin top-up amat user friendly. Terbaek!
5. Tulis alamat lengkap setiap destinasi termasuk rumah so that we can key-in in GPS.

5 comments:

LiTtLe^m3 said... Reply To This Comment

Tq for the tips... Laju2 update ye...

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

hehe ye la dik!

y@tipruzz said... Reply To This Comment

isi minyak 69k je? kami 74k!

ieka said... Reply To This Comment

ok fara update byk2.. nanti nak gi sana boleh buat reference hehehe

Sudirman said... Reply To This Comment

Pruzz tkn brake selalu kot jd 74k hehe