Sunday, January 12, 2014

Tips untuk beli tiket murah Airasia

Now Everyone Can Fly! Memang amat kami akui. Yelah kalau tade Airasia ni kan, tadelah kami dapat bawa anak-anak jalan melancong ke luar negara. Anak 4 orang kos percutian memang agak tinggi, oleh yang demikian tiket murah sangat-sangat diperlukan. Kos tiket kapal terbag secara puratanya mengambil 40% kos keseluruhan percutian. Dah ada tiket barulah dapat rancang percutian kita seperti itinerary,hotel, kereta sewa etc.

Aku kongsikan beberapa tips untuk mendapat tiket murah Airasia melalui pengalaman sendiri. Entry ini tidak ditaja oleh sesiapa mahupun AA yer. Saje tergerak nak berkogsi sebab last 2 weeks aku dok berborak dengan sorang kakak opis yg ada anak 3 dia macam tak percaya rupaya dia pon mampu bawa keluarga ke obersi! ekekkek

Ambil langkah-lagkah berikut:

1. Daftar sebagai member Airasia dan member Big
Tujuannya supaya senang kita nak mengikuti promosi terkini. Untuk Big member kebiasannya kelebihan diberikan untuk book sehari lebih awal dari pelanggan lain. Dan kita boleh redeem flight guna Big points. Aku pernah redeem dengan ZERO big points.Poits aku x bayak lagi..sebab aku pilih free membership yang tade kad tu..

2. Follow Facebook Airasia dan Big
Sama tujuan macam kat atas, nak tahu promosi terkini. Cuma info di FB ni kita lebih cepat tahu dan boleh komen atau membaca komen.Penting tu sebagai info tambahan.

3. Daftar butir peribadi ahli keluarga anda untuk memudahkan booking.
Disebabkan booking masa promo yg hebat2 macam ZeroFare agak mencabar, adna wajib update butiran keluarga ni awal2 sbb bila peak, asek2 "waiting" je dan ada kemungkinan tiket yg murah memula kita tengok tu dah tade masa nak bayar..aduhai. Nasibla kan tade rezeki.

4. Rancang tentatif destinasi dan tarikh.
Sediakan 2/3 options supaya tak berapa keciwa and at least kite dah prepare awal. Meaning, kalau member Big/AA memang dah dpt notification about the promo few days in advance tu.. korang dah boleh berbincang dgn pasangan/keluarga/ahli rombongan memasing.

5. Elak book masa peak hours. 
Peak hours selalunya:
i- Masa memula promo start iaitu jam 12midight. 1 jam pertama ni memang buang masa sesangat. Elakkan!
ii- Masa office hours.
Book awal pagi dan pada hari pertama. Recommended time 3am-5am. So tidur dulu dan set jam.
Semua tiket aku book awal pagi dan paa hari pertama promosi. Kemungkinan pada hari ke-2 keatas tu tarikh yg kite nak maybe tak dapat atau tiket naik harga sikit.
Selalunya tempoh promo yang hebat2 ni flynye memang lambat. So for me sangat ok untuk kita kumpul dana, cari hotel dan menyusun itinerary dsbnya dalam tempoh > awal 6 bulan.
Owh lagi satu book tiket sahaja, tak payah book lagi meal dan luggage. Yang tu buat last sekali masa nak fly.

6. Gunakan chart 'view by month' untuk mengenalpasti tiket murah pergi dan balik.

Pastikan pilih harga tiket yg tulis "Promo" yer!

Contoh macam ni, gi Medan RM100 je bulan March ni. Kira murah tu sbb takyah tunggu lama. Tapi masa zero fare mmg lagi best aa..sure lg murah.

So far tiket termurah yg kami pernah dapat  macam kat bawah ni( untuk perbandingan booking korang). Aku masukkan sekali tahun booking supaya uols boleh factor in inflasi. eheh Harga tiket ni untuk sorang dewasa/kekanak pergi dan balik dan tidak termasuk meal & luggage:

Miri tu paling murah aa..boleh terus feeling gi obersi iaitu Brunei..dekat sangat! 

Ada lagi tips2 lain aku akan kongsikan. 

Selamat mencuba! :)

4 comments:

yatiscloset said...

ni tiket aku:

perth - rm548
phuket - rm266
hk - rm207
gc - tak igt :p

semua tix termasuk processing fees :(

Farra Da Smiley said...

owh yati, perth ko tu mahal sket sbb processing fees tu la kan..aduh..jom amik big card eheheh..tgh tunggu big card aku ni

Sharinginfoz said...

memang senang sikit sekarang nak tahu harga murah bila dah ada chart untuk sebulan

Mysterious Mel said...

Tq for sharing this useful info. Selalu tak bother nak beli tiket murah2 ni but bila tgk member2 asyik travel sini sana coz dapat tiket murah...tak boleh jadi ni. Kalau sudi singgah my blog Apa Jadi Kalau Kurang Minum Air Kosong?

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...