Sunday, January 5, 2014

Churros owh gini rupanya

Churros!
Inspired by Yati dan resipi dr Dapur Mamasya.

Bahan-bahan:
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1sudu gula
1 biji telur
sedikit garam
1 sudu mentega

Cara-cara:
1. Didihkan air, garam, gula dan mentega
2. Masukkan tepung dan kacau cepat2. Matikan api
3. Masukkan telur dan kacau sebati. Adunan menjadi lembik macam mashed potato
4. Masukkan ke dalam piping bag dan gunakan nozzle star saiz besar
5. Paipkan terus ke dalam kuali panas
6. Jaga churros jgn terhangit pulak.. api jgn besar sangat..sedang2 aja
7. Salut dengan serbuk kayu manis da gula atau coklat cair

 Rangup di luar..lembut di dalam


Gambar last tu mmg fail...huhu..gagal btol la dgn manual setting...target nak gi Sony workshop bulan Feb ni..actually nak gi kelas Januari which is today, tapi kelas dah full. 

2 comments:

Zuraimah Ismail said... Reply To This Comment

cam best je....

huhuhu kita baru buat my 1st cake last sunday..itu pun simple buttercake je..sobaik menjadi...hehehehehehe

Smiley said... Reply To This Comment

best kak siti...try yer..enang je pon eheheh