Sunday, November 24, 2013

Miri Brunei trip Day 2: Dari Kota Belait ke Bdr Seri Begawan

Perjalanan dr Miri ke sempadan tak sampai 30 min. Untuk masuk ke Brunei kita perlu membayar RM10 kat pintu / tol masuk. Nanti bile nak masuk Malaysia semula kene bayar BND3.
FYI kadar tukaran duit Brunei ala Singapore ..lebih kurang BND1=RM2.59+-

Kita juga kene daftar kenderaan yg kita bawa masuk. Banyak pulak yg dimintaknya ie no engine etc. Kami pulak tatau detailnya sbb owner kereta tak kasi details. Dah tu kami nego je dgn pegawai imigresen Brunei tu dan lepas..alhamdulillah. Dah lama kami meneruskan perjalanan tu baru la terjumpa semua info kereta tu ada je kat bahagian cermin kereta belah atas! haha!

Ok memula je masuk Brunei dr Miri kita jumpa Kota Belait, Seria. So let's experience here!

1. Seria: Menara Cendera Kenangan
Masa tekan GPS kami jumpa attraction ni. So menyinggah la kejap. Lepas singgah tangkap gambar kami singgah di pasar pagi Seria sbb kat situ ada tempat makan.


Brunch terus kat Kota Belait..makanan sedap! Harga x mahal

2. Seria: Oil & Gas Discovery Center
Hanya beberapa KM je dr town Kota Belait, kita jumpa tempat ni. Senang je jumpa sbb ikut GPS! GPS bw sendiri dr KL uols..
BND 12 for our family. Tak le mahal sgt..ni je attraction yg kami kene bayar kat Brunei..yg lelain semua free



Ada berani? PAKU itu adalah paku btol..tajam!

 Tu die Mak Su dengan Maher main "mind game' 

Perjalanan diteruskan ke Bandar Seri Begawan...jalan lurus aja..tiada tol.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 min. Sampai je ke Bdr Seri Begawan kami cari masjid. Dan tak sangka masjid pertama yg kami singgah adalah salah satu masjid glamer kat situ! Siap jumpa orang setaman lg ehehe..

3. Masjid Omar Ali Saifuddin

Subhanallah cantik sgt masjid ni. Siap berair-cond..bersih..telekung bersih semuanya. Ramai pelancong datang sini.



Tak jauh dr masjid, kami ke Royal Regalia Building.

Semua signboard kat Brunei mesti ada tulisan jawi.

4. Royal Regalia Building

Masuk percuma.
Kat dalam ni taleh tangkap gambar. Boleh tangkap gambar bahagian bawah je. Kagum betul dengan segala cerita dan barang2 diraja yg disusun atur dan dipamerkan kat sini.







5. Kampung Ayer 

Rate boat : BND20 dollar return. Kami amik satu bot terus. Dia bawak seluruh Kg Ayer
Kawan opis yg recommend gi tempat ni. Tempat ni mmg wajib gi kalau gi Brunei! Betul2 different experience gitu.

Sedikit info pasal kampung ayer ni:
1. Semua rumah dan kemudahan atas air ie sekolah, balai polis, balai bomba, petrol station etc
2. Ada 13 kampung di sini dan ianya dikenalpati melalui jeti no.
3. Menurut kata driver boat tu, rumah yg dibina disini lebih murah berbanding rumah atas tanah.
4. Kes lemas kanak2 sangat jarang. I wonder gok cemana kekanak tu behave sbb bukak je pintu terus nampak laut. huhu

Balai polis atas air




 Masa kami sampai sini hampri maghrib..so x dapat masuk Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kg Ayer..so korang dtg sini awal sket ok

Kat sini ada kawasan perumahan baru..rumahnya batu atas air. Berbanding rumah yg lain dibuat dr kayu. Rumah baru ni kene bayar tapi x mahal sgt pon..lupa plak brapa. Mmg nice sgt rumah ni. Jom tgk.


  Nice kan? 

FYI, memula kami kalut gok nak cr kat mana jeti naik bot. Rupanya tak kesah memana. Kg Ayer ni luas. Asal ada jeti je korang boleh je naik bot tuh. Parking kereta kat tepi jeti macam kat atas ni. Parking kat Brunei adalah pecuma. Syok kan?


6. Nasi katok mama
Nasi katok ni pon member opis recommend. Sedap btol. Harga BND1 sebungkus. Murah dan sedap tapi size tade la besar sangat. Tapi kami mkn kenyang! for me nasi wajib gok ni rasa kat Brunei eheheh. Kami tapau je then terus check in Palm Garden Hotel..



Kalau korang rase nak gi Brunei, korang beli je tiket Airasia ke Miri. Sebabnya:
1) Brunei ni kecik. So maksimum pon 3 hari abes dah round Brunei.
2) Tiket flight direct ke Brunei lebih mahal berbanding Miri. International kan..ehehe
3) Flight ke Miri murah! Macam kami dpt RM0 fare. So lepas campur tax bagai RM59/pax/return. Airasia tgh buat sale sekarang uols! cepat bertindak.
4) Amik flight ke Miri, so uols boleh terus cover 2 tempat. Miri and Brunei. Dah tu bila dah sewa kereta uols bebas berjalan. Sewa kereta murah je pon

2 comments:

Muhammad Ken said... Reply To This Comment

assalamualaikum.. saya ada sewa kereta jikalau ada sesiapa yang ingin datang bercuti ke Miri Sarawak.. Kereta proton saga blm auto dan juga viva manual.. boleh hubungi saya di talian 010 979 3138 (muhammad ken abdullah)

Sharinginfoz said... Reply To This Comment

thanks for sharing, boleh juga pi nanti