Thursday, August 22, 2013

Tutorial menjahit skirt anak perempuan

Aku mmg berkenan sangat dengan Blouse dan Skirt O'kayce , sesuai sgt for Mawaddah. Lately Mawaddah complaint tak suke pakai seluar jeans. Katanya keras. Hai macam2 la kamu anak. Tapi takpe, mak suke je kamu pakai skirt. Nampak feminin gitu. Mak pon suke skirt hehehhe

Skirt O'kayce tu mmg mahal. Harga dalam RM80++. Menanges nak bayar! Maka timbullah idea dan semangat nak menjahit Tiered skirt for Mawaddah. Todate dah buat 2 skirt. 1) Skirt kuning, guna kain perca rumah mak jer..2) Skirt Purple

Sedikit panduan tutorial untuk membuat skirt:
1) Sudah tentu anda memerlukan bahan2nya seperti: kain, mesin jahit, benang dan getah tali pinggang

2) Ukuran:
  • Panjang skirt anak bahagi 4. Setiap layer tu kene lebihkan 1 inci untuk basi. 
  • Setiap layer tu lebihkan 4-5 inch untuk membuat ruffles/kedut2. 
  • Kene lukis sket supaya lebih jelas. Ok ni gambar lukisan ku kihkih..mmg buruk.
Ni skirt Kuning

Ni skirt purple..bezanya..kat bawah skali ada 2 ruffles bertindan .it's for 2 layers ruffles gitu

Cara set mesin jahit utk mendapat ruffles pd mesin NV50:
1) Set 9- untuk kelonggaran paling tinggi. Normal setting adalah 4.5 ok!

2) Set 5.0/4.5 untuk kelebaran jahitan. Normal jahitan adalah 2.5 ok! Jgn lupa bila nak jahit semula set balik.

Masa anda jahit kain, mmg automatically akan terjadi ruffles tersebut sebab jahitan longgar. Lebihkan benang masa siap menjahit supaya senang nak adjust ruffles semasa mencantumkan kain. 

Cara mencantumkan kain:
1) Jahit ruffles di bahagian atas setiap kepingan kain yg telah dipotong. RUFFLES ATAS shj. 
                            
2) Susun potongan kain supaya anda mendapat gambaran rupa skirt seperti dibawah. 

3) Bahagian luar 2 kain ditemukan, dimana yg ada ruffles sepatutnya di bahagian bawah. Kain atas TIADA ruffles. Semasa menjahit, kene adjust ruffles supaya sama panjang dengan kain atas.


4) Last skali jahit getah pinggan. Yg tu senang je. Tau kot? Tak yah ek gambar? Atau buat tutorial lain. hehe

Ok siap! taraaaa
Comel tak kak ton? he he he

Skirt Pertama dr kain perca cilok umah mak kaler Kuning 

Yg ni plak kain baju sek agama utk Mawaddah. 2 kain sekolah dia dah koyak ok tahun ni huhu. 


2 comments:

Rozita said... Reply To This Comment

cantik maknya menjahit..patut anaknya suka.. macam beli pulak..

LiTtLe^m3 said... Reply To This Comment

wow.. cantik.. boleh buat utk mak juge.. jahit sendiri ;)