Thursday, October 18, 2012

KK @ Borneo Trip Part IV ( Day 3)

We had light breakfast in the hotel before we checked-out. Lepas tu bergambar dulu di kawan TM Resort buat kenangan sebagai tanda sokongan kepada syarikat sendiri hikhik

1) Kundasang Memorial Park (KMP)

Tempat pertama pada hari tersebut adalah Kundasang Memorial Park (KMP). Kami tiba seawal 8pagi, tak bukak pon lagi, so just take few photos in front of the entrance.


2) Kundasang Dairy Farm

Kundasang Dairy Farm adalah tempat wajib dikunjungi bila kesini. Ianya melalui jalan yg sama dengan KMP. Caj masuk hanya RM3 dewasa dan kanak-kanak RM1. Hanya kanak-kanak yg dah bersekolah je kene bayar ok. So 3 anak yg lain FOC, sudah jimat disitu kihkih...

Sampai-sampai je jumpa pelakon Zaiboo & krew sedang shooting rancangan 'Uniknya Malaysia' katanya akan keluar di Astro. Ok kami tadak Astro so tak dapat la tgk..He's very humble and friendly in person.

Disini kita dapat menikmati keindahan ladang Lembu segar ala-ala di New Zealand..tu org lain yg kata tau..so I ikut jugak! eheh..susu segar turut dijual disini. Kilang ini 100% halal..ada sijil dari JAKIM dan anjing adalah dilarang sama sekali berkeliaran di kawasan ini.
Tapi kita kene berhati-hati juga kerana ada juga najis lembu sikit-sikit tercicir di laluan pengunjung..Cuaca kat sini mmg sejuk..ditambah dengan angin dingin dari Gunung Kinabalu

Ada 2 jenis susu dijual: fresh milk & coklat. Harga seperti di bawah..kami beli hak fresh milk sahaja.




3) Poring Hotspring

Lagi satu tempat tarikan pelancong..walaupon agak jauh dr KK tapi pelancong amatlah ramai. Berderet-deret bas masuk ke sini. Mujurlah kami sampai awal, so dapat parking pon strategik ..kawasan parking belah dalam depan ngan pondok guard.

Bayaran masuk kalau tak silap RM3 adult, RM1 kids..mcm standard je caj sume tempat kat KK ni..
 Macam-macam ada di sini...
Too many to explore in short time! fuhhh..hurry up bebeh!

Di kawasan air panas...tapi kami decide utk naik Canopy Walk dulu..

Nak naik Canpo Walk kene bayar tau..kalau tak silap RM3 adult..RM1 kids..RM3 lagi utk caj kamera...ciss kamera pon kene caj! 


Mula mendaki to canopy walk!

Ingatkan tak jauh..tapi jauh benor!! tercungap2 lagi -lagi kita mendokong Maher. Ramai btol org tegur kegigihanku mendokong baby mendaki canopy walk. Jumpa a couple ni lagi best, die kata sume anak2 tinggal je kat mak mertua..huhu


Finally sampai pon kat Canopy Walkway...anak-anak singgah membuang air dulu di toilet berhampiran..


If not mistaken, there were 5 treetop walkway..disambungkan dengan pokok2..hanya 5 orang sahaja dibenarkan to walk at one time ..5 org tu pon saya rasa sgt seriyau ok! Kalau boleh nak orang depan sampai dulu kat pokok belah sana baru saya nak jalan..sebab goyang yg amatss

Tengok tu..Ab & Waddah dah tinggalkan makpak die awai-awai lagi...berani btol derang ni!

Paling berdramatik adalah Muaz! hampir-hampir ayahnya taleh nak jalan sbb die dh start teriak..huhu..lepas pujuk2 finally die jalan juga..

Ab & Waddah mmg laju btol kedepan!
 The scenery from top of canopy walkway


Seriyes amat penat..peluh yg amat..muka berkilat..namun posing tetapi posing sebagai kenangan di Poring Canopy Walkway...

I'm still not finish writing about Poring Hotspring..there's alot! stay tune.. I guess the pictures alone already explained the long hours spent in Poring ..so tunggu k sambungan Poring
TBC..


No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...