Monday, June 18, 2012

Perth Day 5 ( 11 June '12): Aviation Museum, Mandurah, Ferry @ Barrack Square, Bell Tower

Cuaca yang baik untuk memulakan hari terakhir di Perth. Kami tiada agenda rasmi, so pagi tu hubby activate Celcom roaming semata-mata nak browse attractions sekitar Perth. FYI RM38/day yer pengguna Celcom sekelian. TQ company bayarkan ngehngeh. Gugel2 jumpa Aviation Museum di Bull Creek. Kebetulan kami plan nak ke Mandurah, so Bull Creek Station memang on the way to Mandurah ( same route).

Hari kerja tiket Transperth berbeza. Kalau last Sat kami dapat 9 dollar satu keluarga, kali ni total semua 2 adult + 2 kids 26 dollar. Maher & Muaz mujur FREE ehehe. Tips: Beli satu tiket sahaja, pilih "Unlimited rider" untuk menggunakan semua perkhidmatan di bawah 'Transperth" ; Train, Bus & Ferry. Info lanjut about Transperth here. Sesungguhnya baru tahu on last day boleh? So this entry might benefit to those going to Perth isn't? Lepas dah tau tu plan nak try melenjan pusing sana sini kalau sempat. Hubby komen kalau tau pasal ni on Sunday mmg dah gi tgk kawasan lain dari wasting time gi Harbour Town...yola bang..lesson learn

Tips utk ke Aviation Museum: Amik train dari Perth Underground station laluan menghala ke Mandurah dan berheti di Bull Creek Station, dari situ keluar je station ada bus, amik bus yang btol rujuk pamplet ke Aviation Museum. Tunjuk tiket yg dah beli tadi, so naik bus dah tak payah bayar. Bagitau je driver bus nak ke muzeum tersebut.

Bayaran masuk sekeluarga sama macam Maritime Museum last Sat. 22 dollar family package. Hujan amat lebat maa kami sampai. So just nice, dok dapat layan kapal2 terbang sambil berteduh dr hujan. Anak-anak lelaki la paling excited tengok kapal terbang. Tak kurang juga orang dewasa dapat banyak sangat knowledge baru..kisah hero heroin perang..kisah pejuang..tengok secara dekat kapal pejuang.masa tengok kapal belah dalam tu rasa semacam je yelah teringat pejuang2 yang dah gugur di medan juang.

Aviation Muzeum ada 2 bangunan. Di situ juga ada 2 kapal yang kids boleh naik.Sayang sekali muzeum ni jauh dari town sebab tu la tak ramai yg datang dan kasi review. For us, menarik for kids! Omputih pon bawa anak depa jalan ke sini. Tapi maybe on weekend ramai jugak, hari kami datang tu Monday kan.


 Salah satu kapal yg bebudak boleh naik

 Macam citer zaman dolu konon..


Perjalanan diteruskan ke Mandurah. Kami singgah beli snacks di kedai Bull Creek Station. Owner die oang Malaysia, kami berbual kejap dalam bahasa melayu jer. Sampai di Mandurah, cuaca cerah tapi angin sangat kuat dan suhu sangat sejuk. grr grrr saya tak tahan!!! Terpaksa nyorok belakang bus stop lari dari angin.

Kami ambil bas untuk pusing town Mandurah. Mandurah ni ala desa kampung, suasananya tenang dan tak ramai orang. Kami ke tei pantai..kami tankap gambo sket je sbb saya dah tak tahan sangat2 sejuk. Kami singgah makan bekalan di luar pasaraya Big W.

 Tunggu train nak ke Mandurah

 Angin kuat betul..sejukkkk

 Lengang jer..orang x ramai

 
Lepas dah pusing2,kami ambil bus balik. Solat zohor di Train Station Mandurah. Dalam train , kami plan nak ke Belmont, tapi macam dah tak sempat. Sampai di Perth undergorund station, kami terus amik bus ke Barrack Square dgn niat nak tengok Bell Tower .Sampai Barrack Square, kami nampak Feri sedang menunggu penumpang utk ke Perth Zoo. So apalagi, kami naik Feri pulak sbb dah ada tiket. Anak2 punya la happy dapat naik Feri, dah la Feri tak ramai orang. Masa pergi, Feri ada gak orang yg baru balik kerja..tapi masa balik hanya ada kami dan seorang penumpang. Kami pusing je tak singgah Perth Zoo sebab Zoo dah nak tutup.
 Di Barrack Square..nak naek Feri

 Dalam Feri..kosong je

 Pemandangan dari dalam Feri


Sampai ke Bell Tower hari dah nak dekat Maghrib. Bertemu Azie & the geng kat situ..kami borak-borak kejap. Macam kecik je Perth ni eh..pusing2 jumpa balik hihih. Habis bergambar, kami pulang dengan rasa berat hati sbb dah nak balik Malaysia. Esoknya kene cek out jam 2.45am.

Selamat tinggal Perth! We gonna miss u..we really like the culture , discipline and environment over there.
 Di Bell Tower..kalau nak masuk kene bayar..kami x masuk..dah tutup pon

 Dah nak masuk waktu maghrib...baru 5.30pm gitu

 On the way balik apartment..jalan dah gelap pon
 Last day menu..mmg hebat sket ..perabeh segala stok makanan..kosong 1 beg hihi

 Bye bye Perth..kami gi 4 beg..balik 3 beg..ada la shopping sket..nnti kite tunjuk in next entry k?

Perth Holiday was the most expensive holiday so far..but the experience is priceless 
anak dah berderet ramai banyak le belanja dek nonnn


2 comments:

y@tipruzz said...

So best x mandurah? Okla sempat jejak bell tower. Tpt wajib tu hihi

Farra Da Smiley said...

just nice..new experience tgk desa WA

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...