Sunday, March 4, 2012

RV Cheese Brownie

Saya sememangnya bukanlah peminat RV. Entahla kenapa..rasa RV for me macam biasa2, but still better than kek span :). Rasanya lain orang lain citarasa. Orang yg minat RV mmg akan suka punyalah.

Resipi asal dapat dari Izah Muffin Lover..mine ada sket amendments

Bahan-bahan utk loyang 4 segi 7X7
140gm tepung kek/gandum/superfine
1/2 sudu kecil garam
60 gm mentega
100gm gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
120ml susu segar
1/2 sudu besar jus lemon/sunquick oren
1/2 sudu teh pewarna merah
1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecik cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

250gm cream cheese
1 biji telur saiz B
70gm gula halus
1 sudu besar susu
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit esen vanila

Cara-cara utk RV :
1. Satukan susu segar dengan jus lemon, biarkan 5 minit
2. Ayak tepung dan garam ketepikan\
3. Dalam mangkuk lain, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul 2-3 minit. Masukkan telu dan vanila dan pukul sebati.
4. Satukan susu segar , pewarna merah dan coklat emulco, kacau sebati
5. Masukkan tepung dan campuran susu secara bergilir didahului dengan tepung dan diakhiri dengan tepung ke dalam adunan mentega.
6. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, dan masukkan ke dalam adunan kek. Simpan 2 sudu besar untuk buat corak marble.
7. Tuang dalam loyang dan bakar semalam 30 minit. Keluarkan dari oven dan masukkan lapisan cheese.

Lapisan Cheese

1. Putar cream cheese sehingga berkrim. Masukkan gula dan putar lagi.
2. Masukkan tepung dan susu dan putar lagi. Akhir sekali masukkan telur dan vanila dan pukul sebentar.
3. Tuang atas adunan kek yg telah dibakar. Dan letakkan baki bancuhan kek tadi dan dibuat corak marble.
4. Bakar selama 30-35 minit dengan kaedah steam bath ( masukkan loyang kek dalam loyang yg lebih besar berisi air panas mendidih. Biarkan kek 1-2 jam , dan kemudian alihkan ke peti sejuk dan biarkan 2-3 jam sebelum dipotong.




Ok selamat mencuba yer!
Overall for me, Choc Marble Cheese lagi sedap la dr RV Cheese.

2 comments:

Fairuz Rahim said... Reply To This Comment

Ok malas la nk try. Tp agreed, even delicious nyer tu pon x sedap..pruz said- nothing special. X pdn ngn rege mahal tu!!

Smiley said... Reply To This Comment

tak yah la buat yati..ko takkan suke huhuhu