1st agenda, we had breakfast @ Mcd Batu Feringghi. Lepas dah kenyang dan refill coffee 3 cawan, kami terus ke pantai awam Batu Feringghi. FYI, ada 2 je pantai awam sekarang..sekangkang kera pulak tu! Pantai2 lain dah jadi private beach hotel. So kat situ kami mandi tak lama..hampir 2 jam. Kat pantai tu ada toilet & bathroom, masuk bayar 50sen kalau tak silap. Lepas dah bersihkan diri kami melintas jalan dan terus ke Tropical Spice Garden. Gitu situ bergambar je sebab macam tak menarik sangat. Masuk kene bayar ok.
Perjalana diteruskan ke Butterfly Park di Teluk Bahang. Caj family package RM46 ( 2 adult + 2kids). Kekanak bawah 3 tahun FOC. Masuk taman camni , saya ambil peluang bergambar sakan memupuk semangat membaca dan menambah pengetahuan anak-anak. Setiap label yg ada saya tanya kepada anak-anak apa yg mereka dah faham melalui pembacaan info-info tersebut. Memang betulla, sebagai ibu kita rasa kualiti masa tersebut sangat berharga dan menjadikan percutian sungguh bermakan..ceewahhh hahah :p
Seterusnya kami bergerak ke Teluk Bahang Dam. Saje tengok kejap sbb dekat sangat dgn Butterfly Park. Kemudian kami singgah di Masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Saya, Waddah, Muaz & Maher lepak kat Bus Stop sebelah masjid. Lepas tu ada pakcik ajak kami makan kenduri Aqiqah kat dewan sebelah Masjid. Orang kata rezeki jangan ditolak, jadinya kami makan Free pada hari tersebut. Sedap btol nasinya!! Semoga pakcik sekeluarga dimurahkan rezeki selalu..aminnn...orang Penang mmg baik-baik!
Lepas makan percuma, kami terus ke Penang National Park. dekat saja dari Butterfly Park. Ok, anda boleh refer di map bawah ni. Dekat aje kan?
Tawaran pertama boat service RM150, lepas tu jalan sket lagi dapat RM120..last sekali bila approach kaunter belah dalam area Pejabat Taman Negara tu dapat RM80! Memang sangat berbaloi yerrr..sbb it's SPEED BOAT, hanya kami sahaja dalam boat..sgt privacy. Pemandu boat pangkat adik yang mmg peramah lagi hensem macam aaron menurut perintah! Lihat route boat tour dibawah. Semuanya mengambil masa 1 jam 30 minit. Nak lama lagi pon boleh, adik tu tak kesah..tapi weols dah penat..huhu
Dari tepi pantai di Taman Negara , kami di bawa ke sepanjang pantai dan hutan simpanan tersebut. Ombak sangat kuat! Mus'ab menangis masa otw pergi..boleh? haha..lawak. Kemudian singgah di Monkey Beach yang majoritinya ramai pelancong asing. Orang tempatan yg ada hanya peniaga. Tapi seriyes tak nampak monkey! Kat situ sukati nak dok bape lama..dah bosan je cakap ngan adik hensem boat, bawak kami balik.
OTW balik hotel, waktu dah petang sangat..perlu rushing utk solat Asar. Teluk bahang ni area melayu so banyak jual makanan tempatan. Kami singgah makan Cendol sedap kat gerai & tapau nasi lemak RM1..then kami singgah tapau nasi kandar & Tesco utk beli pampers & barang-barang makanan. Tekak saya sememanganya taleh telan nasi kandar ok. Nasib baik kami tapau jugak nasi lemak 2 biji for kids, but 1 biji kids takmo makan, maknya makan! ehehBotanical Garden mmg dah tak sempattt huhu
Mawaddah dah emosi sebab nak mandi kolam lagi kat hotel! Tapi apa boleh buat..dah nak maghrib..pool tutop 7.30pm..kami pon dah penat sangat..balik hotel, mandi , solat, makan, tgk tv, tido. Owh indah betul hari tu!
1 comment:
wei, aku nak itinerary penang kau ni ok
Post a Comment