Tuesday, August 9, 2011

Santapan jasmani & rohani :)

Kuih Cara Manis pulak kali ni...resipinya sama je dengan Kuih Cara berlauk. Bezanya kita tambah pes pandan ( daun pandan diblend dengan air). Saya buat 100% tanpa pewarna dan bahan perisa. Daun pandan dah macam "mini forest" kat belakang rumah.


Disini saya kongsi kupasan Ceramah pertama yang saya hadiri Ramdhan kali ni, bertempat di pejabat semalam. Disampaikan oleh pasangan tersohor Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood & suami.

Ceramah Semanis Kurma bertajuk: 12 amalan di bulan Ramadhan.

1. Berpuasa dgn tingkatan taqwa. Caranya mesti juga berpuasa mata, telinga, mulut, kaki, tgn, perut & takut ( hauf)

2. Solat terawih

3. Bersahur. Mendapat 3 keberkatan; mkn bersama, makanan yg dimakan, waktu yg berkat

4. Menyegerakan berbuka puasa.

5. Banyakkan doa ketika berbuka puasa.

6. Banyakkan tadarus al quran. 6000 malaikat doakan dosa kita diampunkan kalau kita khatam al-quran

7. Banyak melakukan kebajikan ( ie bersedekah etc) & berzikirItalic

8. Banyak doa utk diri sendiri, ibubapa, anak, keluarga. Antara ayat yng beliau kongsi:

Al-Hashr ayat 21 utk lembutkan hati tiup kat tengkuk suami/isteri, kat anak tiup kat ubun2, or makanan


If We had sent down this Qur'an upon a mountain, you would have seen it humbled and coming apart from fear of Allah . And these examples We present to the people that perhaps they will give thought.

Al-Qasas ayat 24 doa nabi musa utk tunaikan hajat segera


So he watered [their flocks] for them; then he went back to the shade and said, "My Lord, indeed I am, for whatever good You would send down to me, in need."

An-Naml ayat 30&31 kalau takut nk jumpa org ketika interview etc

Indeed, it is from Solomon, and indeed, it reads: 'In the name of Allah , the Entirely Merciful, the Especially Merciful

Be not haughty with me but come to me in submission [as Muslims].

9. Banyakkan amalan pada 10 mlm terakhir

10. Banyakkan beriktikaf di masjid

11. Tunaikan zakat fitrah

12. Memperbaiki hubungan silaturrahim sesama manusia

Semoga kita mendapat manfaatnya bersama.

Saya tulis terus intipati ceramah dalam phone then directly email to myself. Sampai pejabat btolkan ejaan sket2 dan boleh share terus kat suami & kawan pejabat yg x dapat hadir ceramah. Teknologi membantu kerja kita menjadi pantassskan. Ok ni justifikasi utk sesapa yg nak beli SmartPhone , sila fwd kpd Menteri Kewangan anda :D

Walau ramai btol pekerja T* kat meja jualan ceramah semalam, saya sempat juga menyelitkan diri ini utk membeli Pil Minda Cergas RM40 dan buku di bawah ini RM25 :)

Kengkawan opis, hari ni dan Khamis ni ada ceramah lagi. So let'ssss

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...