Sunday, August 7, 2011

Resipi Kuih Cara Berlauk

Akhirnya loyang kuih cara yang saya beli 7 tahun yg lalu berguna juga. Dah lama menyimpan impian nak buat kuih ni tapi tak berani nak mencuba. Senang rupanya. Saya memang suka makan kuih ni.

Bebahan:
120gm tepung gandum
220gm santan cair ( santan pekat / susu + air)
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara:
1. Campur semua bahan di atas dan menggunakan whisk, gaul sebati
2. Panaskan loyang kuih cara atas dapur
3. Gunakan daun pandan untuk menyapu minyak ke loyang
4. Masukkan bahan tepung, diikuti daun saup dan cili potong
5. Tutup loyang dengan tutup periuk sehingga masak

Bahan inti:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Rempah kari
Daging cincang

1. Blend bawang merah, bawang putih & halia
2. Tumis bahan yang telah diblend
3. Masukkan rempah kari dan daging
3. Kacau rata sehingga masak. Biarkan sejuk

Bahan hias:
Daun sup dipotong halus
Cili dipotong serong

4 comments:

Hanis said... Reply To This Comment

wahhhhhhhhhhh i likeeeeeeeeee.

suke sgt dgn kuih cara berlauk ni...cuma bila beli kdg2x lauknya alahai...lekat celah gigi jekkk...punyalah sikit jekk..

berani nak buat...tapi takdak loyang kuih cara nih....kene cari nih...hehehe...tesco ade jual tak??hehhehe

thanks fara..yg dlm gambo looks so yummiieehhhh :)

aida said... Reply To This Comment

aduh kena ada bekas loyang pulak ke... pinjam kau punya jer laaa

ieka said... Reply To This Comment

aida,
rumah kita dekat kan?
ko boleh pinjam kat aku acuan tu..
upahnya hanyalah sepiring kuih dah siap kekekek

Farra said... Reply To This Comment

hanis, tesco tade kot

kawan2 rasanya acuan gini ada jual kat kedai buat kek / kedai jual periuk tuh