Wednesday, June 1, 2011

Tarif Elektrik Dah Naik..layankan aje

Kerajaan dah umumkan mulai hari ni tarif elektrik naik purata 7.12%. Berita lanjut disini.

Puas juga saya memikirkan cara yang praktikal utk berjimat dalam hal ni. Tapi ternyata tiada sangat usaha yang membolehkan saya berjimat dgn berhemah.

Yang mungkin kami tak dapat elak:

  • Penggunaan air-cond di malam hari. Believe it, sejak kecil kami tidak pernah ada air-cond boleh aja. Tapi sejak setahun yg lepas bila dah ada air-cond kat dalam bilik tidur, mmg wajib tetiap malam ber air-cond baru lena nak tidur dek kerana cuaca panas.Kalau kami Off air-cond bilik anak2 jam 1am, boleh pulak kui 3am, depa bangun mengamuk nak juga air-cond. Owh anak i lap u.
  • Penggunaan Oven. Dah la built in oven, faham-faham la kilowat nya tinggi. Dapat pula tangan yg suka membako ni.


Yang tiada isu:
  • TV- jarang dibuka

Cara nak berjimat yang saya rasa boleh buat:
  • Charge handphone di pejabat
  • Guna lampu jalan diwaktu malam, jadi kene angkat sikit langsir. Tahu je lah, ada anak kecil mesti pasang lampu comel.
So apa pula plan anda nak berjimat?

Kami layankan aje...sekarang ni purata bil letrik RM130++..yer mmg dah naik. You know that I have 2 Fridges: 1 normal & 1 Chest Freezer for EBM. So lepas ni mesti la RM160++ , atau mungkin mencecah RM200 aiyooo

7 comments:

Zuraimah Ismail said...

berusahalah...semalam we all dah start tutup sume lampu except lampu tido....lampu tangga pun x bukak eehehehe

tpnye..air con tetap jalan...

kipas, kat dlm bilik tu ada 2, 1 kipas ceiling, 1 kipas duduk..smlm x bukak kipas ceiling..maintain aircon + kipas duduk je...ngada kan nak sejuk2 gitu..

benonye leh je tutup air con tu lepas dah sejuk..tp mak malas nak set/bangun p tutup

bil kak ct average RM95-RM100 gitu..

Farra Da Smiley said...

kct, yer berusaha jugak..tp 2 frige tu dah makan byk letrik :)

eh senang je nak tutup ekon tu..letak je remote kat kepala ehheh

p!nkerton said...

aah la kak, kitorng pun malam kalo tak bukak aircond tak sah ;p tapi normally dalam sejam camtu saya off balik (remote kat sblah bantal). tp since asik terjaga malam ni, kdg2 2-3 kali on off aircond hehe.. stakat ni bil letrik rumah saya dlm rm40-50 camtu. ada berkira2 gak nak beli CF kalo stok byk nnt hehe..

Ummu Auni said...

aik aku ingatkan bil letrik rumah kau rendah. bukan dulu macam RM 30 camtu ke? aku?? kita lihat impaknya

Anonymous said...

dulu 35, lepas tambah dua aircond naik 70. sejak 2 bulan ni malam2 panas naik 112.

-deman

ieka said...

rasa mmg cuaca panas lain macam la sekarang.. rumah kami pun biasa pakai aircond malam2 paling byk RM70 la.. tapi sebulan dua ni naik jadi 100 lebih la juga.. uhuhuhu dunia makin panas..

Marlina Mohtar said...

setakat ni, purata bil elektrik rumah adalah RM25...heh. lepas ni tak tahulah mcm mana...

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...