Tuesday, April 5, 2011

Lil Maher @ Nursery Day 1

Semalam, lil Maher dah mula ke Taska. Sampai ke Taska jam 9.30am. Dah siap mandi kat umah, so kat sana dah hansem gitu. Aku buat penerangan berkenaan "Pengendalian Susu Badan". Siap buat SOP dan laminate. Tinggalkan panduan tersebut di situ terus. Since only Maher yg minum susu badan, aku dah malas nak label nama die hari ni. Hanya label turutan botol 1,2,3,4,5:
1- Fresh baru perah, so tak sejuk
2- Frozen yg dah thawed
3- Frozen yg dah thawed
4- Frozen yg dah thawed
5- Fresh baru perah, tp kene sejukkan

Total semua 14 oz rasanya, sume abes. Nanti dah start koje bebetol kene kasi 6 botol sbb away from him 7am-7pm.

I didn't make any call to Nursery. Sungguh kejam atau confident abeh? both kot. In fact, I'm a bit bz..sending UT forms and having lunch + appointment with my dear clients, Fiza & Aini. Weols lunch kat Ikan Bakar Istana Jln Bellamy ( again?) wehoo I Like. And as usual being a BF mom, masa tu amat berharga. Settle satu keje, keje rushing nak pam then nak solat. biasala kan..

Petang, aku pi pasar malam dulu then terus amik kids jam 6.15pm. Bibik and owner taska kata Maher ok jer..tak melawan pon minum botol. Tidur pon ok. Good..lega sangat! baby pon baik je dr nursery ke umah. Diam je x banyak hal. Orang x dokong pon die diam je atas tilam sorang2, layan perasaan. Yg buat hal, yg besau! Memula waddah melalak dr nursery sbb kejutkan die tgh tido. Kat umah plak, aku tgh solat, Muaz sudah tuang minyak masak sebotol atas lantai! hadoyaiii..parah2..Lepas tu Mus'ab pak bikin pening, kecoh soh amikkan beg die tinggal umah atok. Waktu maghrib salunya mmg haru sket sbb hubby balik dr pejabat lepas die solat maghrib. Dah naik koje nnti sahla aku x dan nak masak..hal depe je dah kecoh kuikui

SOP asal aku rujuk Rozy..after edit2 sket, Here we go my SOP ..jgn gelak tau :p
Pls notice, tajuk je dah salah eja! kah kah

PENGEDALIAN SUSU IBU

1- Keluarkan botol susu dari beg dan simpan botol susu di bahagian sejuk tingkat paling atas BUKAN bahagian beku.
2- Ambil botol susu mengikut turutan nombor 1,2,3,4,5,6.
3- Pasang puting.
4- Panaskan di dalam Warmer untuk beberapa minit. Biarkan seketika. (anggaran 5 minit ++)
5- Periksa suhu susu. JANGAN GONCANG BOTOL SUSU, goyang sahaja.
6- Lapik sapu tangan / tuala kecil dibawah dagu bayi.
7- Baca Bismillah
8- Pegang botol susu semasa susu diberikan.
9- Setelah selesai, BURP / Sendawakan bayi.
10- Bilas botol susu dan cuci puting.

Susu yang tidak habis boleh disimpan dan diminum dalam masa 1 jam. Buang setelah tamat 1 jam setelah dipanaskan.
Jangan beri air masak.

Sekiranya ada apa-apa soalan sila telefon/sms 013-xxxxx
Terima kasih banyak-banyak

Hari ni plak bz ngan appointment dentist & Spa..citernya later kay..this week mmg pack schedule until I'm back to my beloved office @ Bangsar :D . Skang nak masak pizza before amik kids. FYI, memalam kami dah diet, tak makan nasi. So ganti mkn mee /roti/pasta etc + buah2 .. ada tak harapan nak kurus ? :p

12 comments:

UmmiQais@iKa said...

Farrah...aku suka SOP ko..nanti2 aku nak tiru aci tak? eheheheh..tapi kena translate bahasa yg bibik pahamm..

Farra Da Smiley said...

Ika, sila2..edit to the Bibik style eheheh..woho..sudah ada isi ka??

Atah Rashid said...

wah... tabik sgt dgn akak. mcm mana leh manage sampai 4 org askar. :D hhehehehe

hanis said...

busy nyaaaaaaaaaa.....

bab diet tuh kami pun dah mula sikit2x...(terjangkit dgn ustad saifulislam yg diet dgn hebatnya)...

still mkn nsi cuma ditetapkan hanya 1 senduk nasi jek...then kalo lapa lg sila makan oat....hehehe..

mila.ibunajihah said...

bagus jugak buat SOP kan, biar terang dan tak pyh berulang kali ckp. nnti nk wat jugak, thanx 4 the idea farra

Farra Da Smiley said...

Tikah, ada sorang puteri cewek dlm umah ni
Eheh

Hanis, ish ish bz hal dunia.. btol tu nasi pon nk kene kurangkan

Mila, senang sket..x larat asik remind jer :)

Rabiatul Adawiah said...

kak farra,
saya x berani nk bagi SOP mcm tu kat pengasuh huhuuu.. pengasuh tu mmg bagus, cekap, suka budak2 dan dh lama mengasuh ni. so takut dikatakan memandai2 nk ngajar org tua..mula2 dulu sy explain la sket2sbb rasanya dia penah ada experience jaga bdk yg diberi ebm. tp tu la ada tindakan yg dia buat x ikut SOP camtu..tp x berani nk bgtauuuuuuu..husband pn sama..

Farra Da Smiley said...

Rabiatul, kalau bby awak cam x sihat better cek juga cara die handle ebm, kalu sihat ills.. x perlula cek..kat nursery ni bby akak je yg bf, mereka terbuka dan berminat nk tau cara handle ebm, so dh ada SOP senang sket :)

Unknown said...

kagum dengan ibu2 yg bekerja tp masih boleh susukan anak dengan susu ibu...

teruskan farra..

Farra Da Smiley said...

yus, tenks for ur support :)

izariza said...

sis, nak tny skit

apa komen owner taska, since maher 1st baby minum ebm di taska?? ke dia merungut ehehe

Farra Da Smiley said...

Iza, dulu muaz abagnya maher pon minum ebm, so owner ada pengalaman sket, in addition owner orgnya baik & positif :)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...