Thursday, March 17, 2011

Tiramisu | with yogurt | no baked

Resipi asalnya dr Dayang.tq dear. Buat sempena besday Mawaddah dan mama teringin gak nak makan he he. Utk kek di Kedah, mama tengah buat Kek Coklat Kukus. nantikan yerr. Kali ni tak guna whipping cream sbb tade stok kat umah, nk pi kedai x sempat sudahhh

Bahan-bahan:
250gm cream cheese
100gm butter
150gm yogurt
1/2 cawan gula icing
1 sudu besar halal gelatin dibancuh dgn sedikit air panas- ketepikan ( utk jadikan kek sedikit firm utk mudah potong)- jika tiada tak mengapa
2 bungkus kecil Biskut Lady Fingers ( RM2.50/peket dr kedai barang kek)
Bancuhan kopi/nescafe dan air panas secukupnya
Serbuk koko utk hiasan

Nota utk mendapat kek boleh dipotong ( tetapi tetap lembut sesangat):
  1. Gunakan acuan cheesecake di mana boleh dipisahkan antara lapik dan loyang
  2. Alaskan loyang dgn parchment paper supaya senang nak keluarkan
  3. Griskan loyang dgn sedikit butter

Cara-cara:
1) Pukul cream cheese, butter, yogurt dan gula icing sampai sebati dan lembut. Kuap balikkan dan pukul lg. Masukkan bancuhan gelatin dan pukul lg sampai sebati
2) Susun lapisan pertama biskut lady finger dalam acuan 4 segi. Lalukan bancuhan air kopi keatas biskut dgn menggunakan sudu / rendam kejap dalam air tersebut. Kene cepat kerana biksut akan lembik
3) Letakkan bancuhan cream cheese. Ulang proses 2 sekali lg. Anda dapat 2 lapisan biskut.
4) Tutup loyang dgn plastik penutup makanan dgn rapat supaya idara tak masuk dan letakkan dlm peti sejuk semalaman. Lagi lama lg sedap!
5) Keluarkan loyang dr peti sejuk. Cara nak keluarkan senang aje: lalukan tepi loyang bahagian luar di api atas dapur . Kemudian anda boleh tolak lapik loyang perlahan-lahan ke atas kerana bahagian tepi sudah terpisah dgn loyang kerana suhu panas
6) Tabur serbuk koko dengan penapis teh sehingga rata dipermukaan kek, Hias mengikut kreativiti.

Selamat mencuba. Senang sgt membuatnya takyah nak bakar. Next time nak try Baked Tiramisu pulak sbb anak tekak ni lg suka mkn yg jenis baked. Tapi hal ni tetap sedap lps 2 mlm dok peti sejuk. Mawaddah suka.












2 comments:

mila.ibunajihah said... Reply To This Comment

wow..sedapnyer nampak..mana nak cari kek tiramisu ni..huhuhu

Farra said... Reply To This Comment

Mila, kat kedai kek mmg ada dijual tiramisu ni gi la beli kalu tringin nk mkn :)