Wednesday, February 23, 2011

Pinangan ke-3 diterima .. alhamdulillah

Ni cerita pinangan pengasuh baru yer kengkawan. Alhamdulillah. Anak-anak dah dpt pengasuh baru. Kami ada terima cadangan dr jiran dan mak. Jadi mak tolong tanyerkan potential babysitter 1, ditolak dgn alasan, dia dah lama bersara jaga budak kecik, skarang mahu berehat. Potential babysitter 2 pula menolak dgn alasan anak die suruh berenti mengasuh anak orang sebaik pulang dr umrah bulan Mac ni. Jadi mak pon bertanya kpd potential babysitter 3, dan beliau bersetuju.

Lega rasanya. Pengasuh ni sudah ada mengasuh anak orang, 3 orang khabarnya ...semuanya sama sekolah dengan Mawaddah iaitu PASTI. Beliau ada anak dara dirumahnya yg menolong menjaga anak-anak ini.

Moga Allah permudahkan urusan kami. Insyallah mulai bln April mereka semua akan ke rumah pengasuh baru. Nak start bulan Mac ni rasanya cam tak sesuai sbb nanti Muaz pergi sesorang mesti die meraung. Mawaddah memang dah balik rumah je sejak bln Feb. Bulan 4 April nanti, no choice ler..3 budak ni mmg kene terus gi sana sbb aku nak keje.

Hari ni Muaz di rumah. Kesian melihatnya. Semalam sebelum ke Taska elok je badan die. Balik dr Taska, badan naik merah-merah..asik menggaru satu badan....merah kat telinga , celah kangakang, peha, belakang bdn, badan...nak lena pon susah. Akhirnya kami mandikan die jam 11mlm, letak krim gatal dan bedak berubat. Finally tertidur sendiri depan TV. Muaz ni dah nak masuk 1 thn 7 bln, tapi nak tertidur sendiri waktu malam agak payah lagi. Selalunya die nak dok pangku Ayah die dan goyang sket baru tido, tak pon Ayah die kene kasi tepuk2 punggung atas tilam baru jalan...tak pon kalau Auah dah X larat benor, masuk je buai. Cuma dah seminggu kami dah sorok terus buai tu ehehe. Kejam juga ehh..

While Lil Maher pulak kene selsema..so tidurnya waktu siang agak terganggu. Hasilnya, mlm td dah ngantuk sangat kot, tidonya lama dr jam 12am-5am++. Lps minum susu lena balik sbb aku tiarapkan die. Dapat mama nak pump susu :)

Hari ni hari ke 32 berpantang. Tak sabonyer nak merdeka!! Tempat pertama nak terjah abeh pantang ni Mydin!

3 comments:

hanis said...

sabo je lah...dah plan nak terjah mydin tuh....hihihihi..

pantang btul2x fara...ada stengah org pantang sampai 100 hari tau...

biar btul2x sihat..pulih...baru jln byk2x yek....

btw...sian lil maher selsema...kalo teruk sgt cuba sapu kunyit hidup yg diasah pada lesung/pasu pecah...sapu atas btg hidung dia sikit...InsyaALLAH cepat kering hingus tuh...cubalah

Tyha said...

Ingatkan nak terjah ayah Muaz...muahahahaha.Adoi apa benda awak nak cari terjah Mydin tu?

Farra Da Smiley said...

Hanis, ooo tq for the tips..100 hari dan lebih tu pantang food2 la kot

K.tyha, brg2 nk wat home made spa / facial! Kekek

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...