Tuesday, February 22, 2011

Akibatnya bila roti krim jagung tak abess

Memula ingat nk try resipi Mak Hanis Zalikha, tp x cukop bahan lak, krim tarak. So guna je bahan yg ada. Kebetulan plak roti jagung ni kids dah x layan..so mama campok dlm puding roti ni!.
Sosnya btol2 ikut resipi Pn Nani. Ni resipi die.

Bahan-bahan:
Roti - potong 3 segi/ sesuka hati
2 cawan susu
3 biji telur
1/4 cawan gula sbb aku guna roti krim n butterscotch dah manis
2-3 sudu mentega
Esen vanila
Serbuk kulit kayu manis/cinnamon
Kismis
Brown sugar ( optional)

Cara-cara:
1) Sapukan loyang dengan mentega
2) Susu roti dalam loyang dan sapukan sedikit mentega atas roti nk kasi lemak
3) Pukul telur, susu, esen vanila dan gula. Then curahkan atas roti yg dh disusun td. Biarkan selama 1/2 hingga 1 jam biar mesra
4) Tabur dgn sedikit brown sugar dan kismis sebelum bakar
5) Bakar selama 15-20 minit / sampai masak.

Bahan sos:
Susu
Gula
Tepung jagung dibancuh dgn air masak
Esen vanila

Cara-cara:
1) Masak susu atas api dan masukkan gula ikut manis kesukaan anda
2) Bila dah mendidih, masukkan sedikit esen vanila dan bancuhan tepung gandum
3) Kacau sampai likat. Biarkan sejuk

Bahan utama

Dah susun roti

Dah mesra abeh dgn segala benda. Jom kita bakar!

Siap!

Dah setel 2 potong masuk perut mama & mawaddah :)

Owhh baru tahu rupanya taruk cinnamon powder, puding jd terangkat!!! Lps ni nk try Triffle Pn nani pulak.

4 comments:

Sharinginfoz said... Reply To This Comment

sedapnya one of my fav makanan

Atah Rashid said... Reply To This Comment

yeszaaa! kite pun dah byk kali buat puding roti either kukus / bakar. tp xpenah try lg buat sos dier. :) nak try la. ala2 puding roti kat hotel la pulak kak. hihihi

y@tipruzz said... Reply To This Comment

beb tgk latest pa ma resepi bread pudding sgt sempoi..cek it out ok! :)

Farra said... Reply To This Comment

Tikah, akak ni dh salu buat gak..to sosnya 1st time wat

Yati, ni pon sempoi jek..aku tak boli dah pa & ma la skangg