Wednesday, January 12, 2011

AHB vs Unit Trust

Puas juga membaca info mengenai AHB (Amanah Hartanah Berhad) di beberapa laman web ie Maybank, Mysuperkids etc. Konsepnya sama macam ASB and juga Unit Amanah yg lain. AHB adalah mengikut shariah. Pulangan yg dijangkakan adalah 6% setahun. Secara peribadi, aku merasakan pulangan begitu sangatlah tidak kompetetif. Disebabkan harganya tetap pada RM1 seunit, jadi, faktor "masa" tidak berapa penting. Anytime pelabur nak invest boleh aje. Harga yang tetap juga menunjukkkan tiada "capital gain" disitu.

Secara perbandingan peribadi, pulangan Unit Amanah dari syarikat lain lebih menarik. Contohnya, Dana Ittikal dr Public Mutual. Aku sudah melabur selama 4 tahun dr May 2006 dan penyata Nov 2010 di bawah menunjukkan pulangan keseluruhan ialah 54.66%, ini bermakna pulangan setahun 13.5%. Alhamdulillah

Lagi seronok bila dapat update my clients punya investment portfolio. Masing-masing dgn keuntungan yang sgt memberangsangkan. Alhamdulillah. Jadi, kalau ada kengkawan yg belum melabur dalam Unit Amanah menggunakan modal sedia ada anda, KWSP, bertindaklah sekarang. Jika ada wang tunai pon boleh melabur. Kalau tak menyimpan/melabur, mmg senang je duit tu nak jalan ke ebay, online shopping, ipad, etc ( contoh aje eheh).

Simple estimated return % = 54.66, penyata bulan Nov 2010.

Dan sekarang AHB dah ditolak tepi. Aku sedang berkira-kira wang lebih nk melabur Emas di Public Bank Gold Investment Account. Bila dibandingkan dengan UOB, harga belian dan jualan, fees dan charges Public Bank lebih menarik dr UOB.

Azam tahun 2011, salah satunya aku akan kembali mengaktifkan my other blog BijakRinggit. Sebelum domain bijakringgit.com aku tak teruskan, aku tak copy langsung semua artikel! That's my fault. Now I have to write again. Takpe challenge!! Satu artikel telah ditulis semalam. Aku nak make-up, tp fail abeh ngan wordpress sbb tak biasa. So sekarang ni haruskan aku menten je kat wordpress @ bukak blog baru berdomaian blogspot.com? Rasanya cam aku nak start fresh kat blogspot la.

8 comments:

Ealyie said...

saya suka!! ;)

Farra Da Smiley said...

Ely, ehem.. jgn lupa i/c u eheheh :p

y@tipruzz said...

baca blog ustaz zahar psl gold invt acctn...mcm x halal. sbb tu aku beli gold bar/coins....

Farra Da Smiley said...

Yati, tq for sharing..nnti aku baca...x sempat lg dok.stress kt umah ni.eheg

aida said...

belilah emmas.. hujung tahun ni naik lagi.

emas kat uk murah, hehehe. org sini tak suka kumpul dinar emas. kiteorang dok pakat beli

dulu kat mesia beli gak time org tak beli dinar lagi, tapi masa tu emas murah

Farra Da Smiley said...

aida, yer emas mmg naik je harganya..aku mmg ada comparison harga thn 2008 dan terkini. dinar emas org tak minat lak kat sana?

aida said...

Sini depa jual gold coib berat 4 gram, second hand. Yg org tolak jual kt kedai emas. Sini orgnya tak gila emas mcm msia, sbb tu bokeh dpt murah sikit.

Masa aku beli dinar kt malaysia tahun 2006 harganya rm300 saja. Masa tu aku dah sibuk kumpul brg kemas berat2 sbb aku monitor harga emas dok naik

Tapi beli emas tak rugi. Bukan ke dlm quran disebut emas dan perak as matawang

Khairul Kayz said...

kalau ikutkan rate emas skrg, uob punye spread cuma 1.2% je, public bank 4.1%... uob lagi untung..
btw, sini ade byk info terkini pasal pelaburan emas.. hari2 update..
http://dariblogpelaburanemas.blogspot.com/

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...