Friday, November 19, 2010

Sweet Roll Bun & Chelsea Bun

Tak brapa sihat, tp nak sgt makan roti. Nak gi beli, malas nak keluar umah sbb kids sume ada skali, so buat je roti sendiri, walau rupa dah cincai boncai jek. Resipi roti kali ni sama je cam dulu. Dah dulu menjadi, malas nak try resipi lain.

Bahan-bahan:
500 g tepung roti (high-protein flour)
100 g gula halus
5 g garam halus
20 g susu tepung ( aku guna susu tepung anak jek)
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 g yis segera ( mauripan)
40 g shortening (lemak sayur), kalau tade leh ganti marjerin/mentega
250 g air
Filling dan topping kegemaran secukupnya ( lihat di bawah)

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan diatas kecuali inti dan lemak sayur. Guna mixer, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga adunan menjadi lembut, anjal dan elastik, dalam 10 - 15 minit. Lps tu rest kejap then sambung lg guna mixer dalam 10 - 15 minit.
2. Alih ke dalam bekas yang besar, tutup permukaan bekasnya dengan plastic cling, dan biar doh naik 2 x ganda, dalam 1 jam gitu.
3. Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara dan uli sekejap. Penat seh! perutkukan boyot! Bahagi doh kepada 12 biji bun!
4. Lepas dibentuk ikut jenis bun di bawah, rehatkan selama 30 - 45 minit.
5. Sapu permukaan roti dengan egg wash/topping ikut bun bwh tu & bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20 minit atau mengikut keadaan oven masing2.
6. Lepas keluar dr oven, Sweet roll bun boleh disapu dengan marjerin untuk memberi kilatan yg mantop!

Bahan Egg wash:
Telur & susu
Sweet Roll Bun:
Filling- Marjerin dan gula halus
1. Canai menjadi bentuk 3 segi
2. Sapukan filling
3. Gulung sampai jadi bentuk Roll Bun
4. Sapu egg wash ( susu dan telur) dan bakar
5. Kuar dr oven terus sapu ngan marjerin utk memberi kilatan.
Gulung je tade ISO. Yang penting bebudak sgtla suka Sweet Roll Bun
Chelsea Bun ( edisi pemalas):
Filling- Marjerin dan gula halus & mix fruit/kismis
1. Canai menjadi bentuk4 segi tepat yg agak besar
2. Sapukan marjerin dan tabur gula halus diikuti mix fruit/kismis
3. Gulung sampai jadi bentuk Roll Bun
4. Potong guna pisau dan susun setiap bun atas tray yg dh disapu marjerin
5. Sapu egg wash ( susu dan telur) dan bakar
6. Kuar dr oven terus sapu ngan marjerin utk memberi kilatan.

Chelsea Bun~ bebudak tak layan sbb katanya ada kismis! Puas mama kata makan kismis jd pandai..huhu

Memang la tanpai BreadMaker Mama still dapat buat roti. Tapi mama nak sgt satu BM gak! sbb nnti waktu pantang nak buat roti buku wholemeal :)

Ha tgk bawah ni mama dah beli wholemeal bread flour. RM7.50 for 500 gm. Mama hantu roti wholemeal. Dapat 2 kali adunan ni. Btw, tak buat lg sbb dlmm resipinya kene ada HG-High Gluten. Apa kejadahnya tu? Sib baik lambat lg expired.

Hak ni lak Crisp Waffle Power. Nak buat waffle cuma campur telur dan air saje. Mudah je kan? Mama dah puas buat kajian kat Internet yg tepung waffle yg sedap mestilah crispy. Kalau beli waffle power tade perkataan 'crisp' tu maknanya tak garing gitu, nnti hasilnya cam pancake aje. Setakat ni dh puas cr kat Malaysia, waflle maker hanya ada jenama Takada. Kat overseas byk brand. Rasa nak je beli kat ebay atau amazon. Tp hubby kata berbaloi ke? sbb caj penghantaran lak mahal. Ntah la labuuuu...sib baik expiry date lambat lg huhu


Ni la rupa waffle maker yg mama mahuu! huhu

6 comments:

aida said... Reply To This Comment

roti kau pakai breadmaker ke buat?

Farra said... Reply To This Comment

aida, mane der BM lg! guna mixer je dan tangan

Aida ipoh said... Reply To This Comment

Kalau dah jumpa waffle maker tu, bagi tau saya kat mane awak beli yek.Anak2 pompuan saya semuanya sukakan waffle . E-mail lah kat saya ye....nida_apple69@yahoo.com

asyizz said... Reply To This Comment

salam,nice blog u have :)
sy nak tya kat mana ye leh beli wholemeal flour tu?jenuh sy cari xjumpa2..sy duk kat area selayang baru cmtu.ok thx.

NURIMAH ASYIKIN ABD.GHANI said... Reply To This Comment

salam..nak tanya ..kat mana nk dapatkan Crisp Waffle Powder mcm dlm pic awak tu...yg ni rangup mcm kat kiosk2 yg jual waffle tu ke?bukannya apa sy guna yg brand pillsbury yg buat pancake atau waffle tu tak berapa bestla..tak rangup...dah la susah nak cari powder waffle dah siap dah..hehhehee...tq...

Hana Hamid said... Reply To This Comment

Awak pergi jer dekai kedai Hoi berdepandekat dgn Petronas yg selari dgn pasar jual ayam tuu.. semua ada kat situ n senang...