Thursday, November 25, 2010

Cream Puff nyum nyum

Tringin sangat nak makan Karipap Pusing last Sat. Sib baek dpt mkn kat kenduri rumah Su. So bila dh dpt makan Karipap, tringin lak Cream Puff. kuikui :p Cane la badan tak naik memanjang.

Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung - diayak ( tapi aku guna 170gm tepung)
¼ st garam
1 st gula
3 biji telur

Cara2:-
  1. Didihkan air dan butter hingga cair.
  2. Kemudian masukkan tepung yang diayak.
  3. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk.
  4. Angkat dan alihkan dalam mixer ( my kes mmg aku dah guna mixer bowl dr awal)
  5. Pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik.
  6. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.
Custard ( ni adunan asal, aku guna half je sbb dpt byk krimnyer ni)
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard

Cara2 :-
  1. Hangatkan susu dan gula atas api sederhana.
  2. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.
Nota :-
  1. Pastikan oven panas terlebih dahulu sebelum mula membakar cream puff ni.
  2. Belah tengah cream puff dan masukkan cream menggunakan sudu.
Layan gambar jom

Adunan dh diangkat dr api

Masukkan telur satu persatu dan pukul!

Bersedia utk dibakar! Guna nozzle bintang ok

Cream custard ready..aku masak je dlm teko...haha
Baca Bismillah sebelum makan yer!

7 comments:

p!nkerton said... Reply To This Comment

cedappnye kak! order bleh? ;p

Farra said... Reply To This Comment

fatih, tak amik order dik..ni pon dh terbengkok..ekkeke :p

puterikiut said... Reply To This Comment

thanks farra..akak dah try buat lastweek..google je..lps ni nak try resepi nie lak

Farra said... Reply To This Comment

k.nita, resipi akak pon menjadi..sy pon mmg suka ggle..then tukar2 resipinya eheheh

myjuliana said... Reply To This Comment

yg allah terliur nyer.. i like creampuff, lama dah nak blaja buat tapi tak buat2 gaks.. huhu

kakLuna said... Reply To This Comment

kalo g psr ramadhan aritu mesti beli kuih ni

Anonymous said... Reply To This Comment

Very nicce!