Friday, April 3, 2009

1 hour and 20 minutes @ Jusco Kepong

Semalam masa on the way home, ku lalu depan Jusco Kepong dan nampak ada security guard jaga laluan keluar masuk kereta. Hati terdetik, " adakah J Card day?". Ku terus telefon Emak dan emak sahkan it's J Card Day @ Kepong!

Ku tunggu hubby balik rumah untuk jaga anak. Ku dah telefon adik jiran sebelah rumah untuk temankan tapi dia kata ada keje sekolah. Dalam kui 9 malam ku gagahkan diri seorang diri juga ke Jusco sebab memang ada keperluan untuk beli :
  • Beg besar (1) untuk oliday Langkawi - after 70% rege RM117
  • Baju-baju kids harian dan raya - after 70% rege RM130
  • T shirt ( 3 helai ) untuk suami tercinta - after 70% rege RM65
Ku susah le nak mencelah sangat sebab orang ramai, perutku besar, beg besar ku hilir sana-sini. Kesimpulannya cukup la dah belanja RM300+ tu. Orang lain ku lihat dirembatnya kasut, beg, cadar, bantal lebih dr 1! sapa kata gawattt? orang pompuan tak gawat pon aku tengok! ihiks .
Ku akan berpantang time bulan pose so baju raya budak dah beli siap-siap. Kan senang. Bajuku untuk raya pon dah ada 3 pasang kain, cuma nak hantar tailor jek. Pendek kata beres! Nak beli Breat Pump baru je dan sikit-sikit baju baby baru. Baju kakak/abang dia pon banyak lagi.
Hasilnya semalam in just 1 hr and 20 min:
  • Duit keluar RM300++
  • Voucher RM30
  • Sakit pinggang :p

Pagi tadi anak-anak belum jaga tiddur, ku dah sorokkan semua baju baru . Sebabnya Mawaddah pantang tengok bju baru, mesti merengek nak pakai! Malam tadi pon dah bising nak pakai baju baruu..kang tak jadi baru raya gamaknyaaa

3 comments:

puterikiut said... Reply To This Comment

wahh bile nak gi langkawi tu..
ala farra..takde la besar pun perutnya haritu tgk.. tapi dah dpt bayang mcm mana sakitnya pinggang kan..

Farra said... Reply To This Comment

insyallah 18 Apr ni...sakit sbb nak angkut beg besar tu dah sorang2..nak kene Q bayar lagi :D

duratul said... Reply To This Comment

wehh..kalau kami gi langkawi bwk beg kecik,satu je. masa balik beranak lak beg, jd 2..beli beg besar.sana beg muraaah:)