Wednesday, March 11, 2009

Sindrom ooh sindrom

1] Saya sedang menabahkan diri menghadapi sindrom Mawaddah nak dapat adik.

Biasala kan orang nak dapat adik, macam-macam ler kelakuan baiknya. Yang paling tak tahan, malam-malam dia suka sangat terjaga dan ngamuk entah kenapa sambil tendang-tendang kaki. Kadang-kadang nak terkena la kat perut kita ni. To be positif--> Mawaddah tengah train Mama selalu berjaga malam supaya bila baby baru lahir dah biasa jaga malam kot :D

Masa menyusu badan dulu mmg heaven sket tido mlm sebab she has something that can comfort her during the night sleep. Sabo je..Mama, tabahkan dirimu!

2] Terasa nak tukar kerja la. Dari mula join company ni sampai la sekarang masih di Contact Center. Bulan 7 ni genap 7 tahun woo. Pernah dgr pakar motivasi kata, maksimum 5 tahun in one area then we should move to another area as to improve motivation/skills/knowlegde in another field. Btol ke ek? Eh ni sindrom apa pulak terkena kat diri sendiri? Ni mesti sejak berita pasal 'restructure' tu keluar kott...

6 comments:

Puan Hanis said... Reply To This Comment

Tukar area ke tukar company terus fara? hehehhe
En.H pun sibuk berkira-kira dah dekat 8 tahun kerja kat situ....

Anonymous said... Reply To This Comment

Hi Hi Hi,

Saya nie dah 15 tahun kat CC. Ada 10 thn lagi nak pencen. Dah tak pikir nak tukar kerja, tapi dok pikir nak berenti kerja.

Nak bisnes sendiri la konon...:0

`Ain said... Reply To This Comment

yep..itula org tua cakap kan.banyakkan bersabar:)

Farra said... Reply To This Comment

Hanis, kalau nak kuar Co..i can do full time unit trust ;) tapi masih ada lg 1 tahun++ kontrak ler with T*

Ano-buat bizz...syok tu! all the best

Sis Ain-mlm tadi mawaddah bgn sekali..huhh..lega sgt

btw..pagi tadi dah apply online tukar div .

-ummu amin- said... Reply To This Comment

Farra.. you're tagged!!

Farra said... Reply To This Comment

ok ayu..esok jawab ;)