Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya

Hari ini dengan rasminya saya ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada aktiviti 'Baking'! Betul-betul dah rasa nak muntah...opps..bukan sebab mengandung ( dah konfem ni!) tapi sebab dah muak asyik membaking je setiap hujung minggu. Lihat saja hasilnya diFarraCheese. Lepas baking tahu jela..banyak alat2 nak kene cuci..sakit pinggang lagi..nak cuci langsir lagi..lipat baju lagi..cuci tingkap lagi..layan anak lagi..anak nak menyusu lagi..macam2 la house chores nak buat sebab nak raya.

Insyallah esok kami akan mula bergerak ke utara. Pelannya macam ni:
Isnin-Jumaat:
Beraya di rumah mak mertuaku di Kulim Kedah. Dan macam biasa kami takkan duduk diam..mesti jalan ke Sg Petani, Alor Setar, Jitra menziarahi sanak saudara & kengkawan suami yang juga kengkawan saya la..
Sabtu-Ahad:
Beraya di Kuala Pilah N9 rumah nenek sebelah emak. Insyallah nak singgah Seremban ziarah kengkawan yang mana sempat.

Tahun ini macam biasa kami tiada tema warna..yelah baju beli siap susah juga nak cari kaler sama..lagipon suami kata 'boria' pulak..terpulang la ikut citarasa masing-masing. Dan kuih raya saya buat 5 jenis tahun ni dan saya beli 1 jenis iaitu Tart Nenas. Orang ramai tanya saya tak reti buat Tart Nenas ker? Mmmg saya tak tahu buat inti nenas tu..tartnya tahu ler..cemana tu?

Akhir kata sekali lagi..Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

6 comments:

Nur Suraya said...

Alhamdulillah... rezeki dapat 'orang baru' dihari lebaran. Mesti happy sebab Farra pun dah lama plan nak mengandung lagi. Jaga diri baik-baik. Selamat Hari Raya :) Kalau ada masa jemput singgah ke rumah.

rumet said...

Congrats on the pregnancy!
Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin.
Drive carefully .. pesan kat Deman gak!

Sudirman said...

erk kenapa sume org ingat farrah mengandung ni. Belum ada rezeki lg lah. Dia cuma dah bosan asyik memasak kek je ujung minggu.

Zuraimah Ismail said...

Salam Aidilfitri buat Farra sekeluarga. Moga selamat perjalanan berhariraya...:)

Nur Suraya said...

Ayat dalam post ingatkan konfem mengandung. Rupanya nak termuntah sebab asyik buat kek. Takpe, Farra ni 'superwoman'. Anak ramai, keje bz, tapi semua benda dia buat menjadi. Moga betul-betul jadila ada baby :P

Anonymous said...

selamat hari raya. turun SP singgahla rumah ajon. kitorg beraya tikam batu thn ni :)

and congratss!

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...