Wednesday, September 12, 2007

White Beauty Almond Cookies

Sehari sebelum 1 Ramadhan, saya nak bayar hutang resipi biskut raya Chef Asma yg sy pi belajor kat Yen bulan June dulu. Rasa gerenti sodappp kalau ngikut tangan dia yg membuatnya. Mesti buat ni utk thn ni ;)

White Beauty Almond Cookies

Bahan A:
100 gm butter
100 gm marjerin
50 gm shortening
150gm castor sugar

Bahan B:
40gm telur putih (agaknya sebiji/2)

Bahan C:
270gm tepung gandum
70gm self raising flour
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil emplex (utk merangupkan biskut)
10gm serbuk koko

Hiasan: White choc & almond nib ( bakar dahulu )

Cara-cara:
1. Putar (A) hingga sebati
2. Masuk bahan (B) & ayak bahan (c) dan gaulkan bersama bahan (A)
3. Masukkan adunan kedalam noozle 4ft & paipkan (anggaran 2 inci)
4. Bakar hingga masak & sejukkan
5. Celup dengan melted white choc & almond nib
6. Bila dah celup susun atas kertas minyak, biarkan kering.

Tengok Chef tu buat sonang ajek. Tatau la kalau kita yg membuatnya kat dapur nanti. Will share la the story later ;)

Selamat mencuba!

Esok-esok nak post resipi cookies yg lain-lain plak ok. Selamat Berpuasa
Emm, utk puasa kali ni takda la persiapan yang gempak2 pon. Yg penting sume barang2 basah & kering kat dapur & peti sejuk tu cukup macam minyak, ubi kentang, bawang, ikan, udang, sayur etc.

Utk sahur esok pagi, saya dah rancang mlm ni nk masak: Ikan kembung masak kicap & sambal tempe, buat lebih sampai sahur.

Azam Ramadhan kali ni:
-Lebih baca al-quran
-Kurang cakap benda tak berfaedah
- Banyakkan solat Dhuha
- Cakap lembut-lembut dengan anak
- Nak jahit sepasang b. kurung utk diri sendiri
- Nak siapkan langsir rumah belah atas
- Nak kurangkan tido lepas solat subuh :p
- Nak buat kuih raya sendiri utk rumah, rumah mak, mak mertua, rumah nenek kecuali kerepek (tahun lps sy byk beli)

Moga Allah beri kekuatan kita untuk menjalani ibadah puasa kali ini dengan sempurna.

No comments: