Wednesday, July 25, 2007

Petang semalam betol-betol rasa nak muntah. Bukan sebab mengandung. Tapi loya melihat kerja-kerja yang bertimbun. Bulan ni bulan paling banyak stay back & pecah rekod balik paling lewat pulang ke rumah sepanjang berkarier ni ( jam 11.45mlm, mesti org lain ada lagi lambat :D). Sekarang target balik rumah by 7pm dah jauh tersasar. So, sy dah adjust KPI sy, everyday mesti sampai rumah before 8pm. Not bad kan. Bulan ni pon sy langsung tak pergi mana-mana kelas baking/deco. Sebab nak tebus balik masa-masa kualiti dengan keluarga.

Jumaat lepas Abang dah beli tiket nak ke Ipoh pada Sabtu, plannya nk menjemput babyBenz kami. Lewat Jumaat petang orang workshop call kata kereta belum ready lagi. Tak ke pelik 3 hari sebelum tu kata dah ready. Nak buat cemane burn ajela tiket bas tu. (bukan mahal sgt pon :p)

Kalau kereta belum siap juga sebelum Sabtu ni, terpaksa la kami pinjam kete Mak utk gi cuti-cuti Malaysia weekend ni. Abang langsung tak confident dengan kereta kesayanganku, Saga dah dah genap berusia 15 tahun. (kereta yg paling byk berbakti, tanpa perlu keluar sesen wang pinjaman, alhamdulillah!) Kereta ni memang dah lama tak hanto gi servis. Sy janji akan hantar servis tak lama lg :D. Lepas hantar ke servis saya perlu tukar cover seat (itupon kalau nekad takmo buat hutang bayar Latio ) . Keadaan seat memang agak teruk, nak kasi tumpang orang pon segan seh! Lagi-lagi sepanjang pemanduan , pasti ada lagu-lagu iringan. Takmo dengar muzik iringan senang aje, pasang aja radio/kaset kuat sket :D .

Weekend ni ada reunion sekolah Abang kat P. Pangkor. Seronok juga tu sebab kali terakhir gi Pangor masa darjah 5 kot. Lagipun kalau dah mengandung tahun depan , nak jalan-jalan pon susah ye dok?
Em, patutnya 2 hari ni sy gi kursus OrenBijak, tapi big boss minta postpone. Saya faham, kerja berlambak! It’s ok..I’m survive! Lagipon next week nak cuti 2 hari lg, lepas ke pangkor, ke penang, lepas tu ke kg kulim. Moga Allah permudahkan semuanya.

2 comments:

~DiEyRa~ said...

wahh...bestnyer nk pg Pangkor...
kiter ntah biler nk pg saner lg..pulak2 dh kijer nie...
akak...fazli dah kawin ek?
ckp kt dia..kiter kater... tak jemput kita pon eh....Durra

`Ain said...

singgah la rumah ye.kereta nak park kat rumah lagi selamat.

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...