Thursday, February 22, 2007

Kuih Kole Kacang


Selasa Abang puasa, jadi aku buatkan Kuih Kole Kacang. Aku memang jarang bangat masak kuih tradisional. So, ini percubaan kedua buat kuih ni. Percubaan pertama ada 2 benda yang aku tak puas hati: 1) termanis 2) tahi minyak kureng jadi

Alhamdulillah percubaan kedua menjadi. Bawa ofis, kawan-kawan kata sedap ;)
Resipi dapat dr Resipi.Net

Bahan A

3 cawan pati santan

Garam

Acuan 10 - 12 inci

Bahan B (1st step)

300 gm tepung kacang hijau

4 cawan air

Gaul bahan B dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam. Seelok-eloknya semalaman.


Bahan C (2nd step)

400gm gula merah . Original recipe: 450 gm

1/2 cawan air

1 helai daun pandan

Masak bahan C hingga gula larut, tapis dan biarkan sejuk.


Bahan D (3rd step)

1 1/2 cawan pati santan

Garam

Masak bahan D hingga menjadi tahi minyak. Ketepikan.


Cara menyediakannya

1.Campurkan bahan A, B dan C. Gaul rata.

2. Masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau selama 15 - 20 minit atau hingga nampak agak berminyak. Kacau penuh kesabaran. Jgn ralit buat keje lain, kang hangus bawah dia.

3. Setelah masak, tuang ke dalam loyang.

4. Taburkan tahi minyak di atas kuih dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong. tak perlu masuk peti sejuk

Masa kali pertama buat aku follow 100%, hasilnya banyak. Kalau nak makan berapa kerat orang je, buat half adunan saja.

6 comments:

LiTtLe m3 said... Reply To This Comment

kak farah, kalau nak cantik warnanya guna gula melaka dan tepung kacang hijau tu kena cari yg betul2 dia kisar kacang hijaunya tak campur tepung lain. rasanya susah nak cari kalau area KL ni tepung kacang hijau ori.

farradasmiley said... Reply To This Comment

hi baitiii
ape kabo?
cemane la kita nak tau tepung kacang hijo tu ori ke idok.
beli yg Baba's punyer

yatipruzz said... Reply To This Comment

mak aii aku tgk ade 4 steps terus malas nk cuba hehe

mardhiah12 said... Reply To This Comment

farra, pasal curtain tu kan, hoho. aku faham yg ko cerita tu, nasib baik aku tak semput masa jahit langsir kat rumah dulu. aku ingat nak try buat scallop tapi tu ler, tempahlah kut. bukan apa. risau jadi tak cantik..

p/s ko tu mmg rajin masak :P

LiTtLe m3 said... Reply To This Comment

hi kak farra, khabar baik. dah lama ikut blog akak cuma tak pernah komen jek :). mcm mana nak tau? entah sbb mak kita selalu beli kat satu kedai tu memang dia kisar depan mata kita kacang hijau tu tak der campur tepung lain.

farradasmiley said... Reply To This Comment

ada 4 steps tu saje nak gerunkan
tp senang bangat nak buat
lg senang dr buat cheesecake or choc cake ehehe

itula aini, sakit belakang jugak asyik menjahit jer ni
tapi thrill le