Thursday, January 18, 2007

Aku masih di tempat yang sama. Yang berbeza hanya jawatan dan tanggungjawab. Masa untuk aktiviti lain ( seperti Blog?? :p) terasa amat terhad.

Apapun aku tekad nak curi sedikit masa hari ini untuk mengucapkan:

1) Selamat Hari Jadi yang Ke 29 untuk Arwah Abang Ayoi pada semalam, 17 Januari 2007. Abang, sudah lebih 4 tahun meninggalkan kami, namun ingatan terhadapmu takkan dapat aku lupakan hingga akhir hayat. Moga Abang Ayoi ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Insyallah, jika panjang umur kami pasti menziarahi pusaramu Sabtu ini ;)

2) Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yang ke 4 buat kami berdua ;) Moga dilimpahi keberkatan dan keredhaan dari Allah. Moga ditambah iman berkekalan. Sayang selalu

Nota tambahan: Urusan refinance rumah, renovation rumah & pengeluaran $$ KWSP tergendala sebentar. Cuti juga tergendala. Yang tak tergendala hanya projek menjahit langsir & eksperimen resipi yang berjalan setiap hari Sabtu & Ahad

1 comment:

Hambali ® said...

Assalamualaikum WBT

Bismillahhirrahmanirrahim

Saya, Yusman Hambali Ahmad @ SMe ingin menjemput tuan Deman /puan Farah sekeluarga ke majlis perkahwinan saya dgn Zalila bt Mohamed di

Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Segamat, Johor pada hari Sabtu, 17 Febuari 2007.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan dapat menambah keberkatan dan kemeriahan majlis ini kelak. Untuk maklumat lanjut / peta, tuan/puan boleh click kat sini aje.

p/s: Bagi yang bertanya kenapa Segamat dan bukan Perlis, untuk makluman semua, ini kenduri sebelah pihak perempuan dan untuk pihak lelaki, masanya akan sampai nanti insyaAllah.

Mai tau ...

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...