Wednesday, November 3, 2021

Pengalaman simpan emas dengan Public Gold

Salam semua, 

Salah satu sebab saya memilih Emas sebagai simpanan sebab nak diversify simpanan. Sejak PKP last year, alhamdulillah ada duit lebihan sebab tak perlu nak memandu ke pejabat. Jadi, adalah duit yang kita dapat jimat dan boleh simpan.

Since saya dah invest and save kat ASB, TH, Bitcoin & Unit Trust, akhirnya saya memilih EMAS juga. 

Lepas baca-baca review, saya decide beli emas Public Gold ( PG). Sebab utama saya memilih Public Gold ni sebabnya :

1. Patuh syariah. Memang wajiblah check ni kan. Modus operandi emas PG telah disahkah oleh Armanie Advisor 

2. Convenient! sebab urusan beli, jual, pajak semuanya secara online. Emas fizikal pon boleh terus dipos bersama insurans ke rumah

Antara emas yang saya dah cuba kat PG ni: 

1. Akaun emas - Gold Accumulation Program

Memula saya memang pilih akaun GAP sebab masa ni saya fikir keselamatan. Risau kalau simpan emas banyak-banyak kat rumah. Akaun emas GAP ni macam akaun bank juga. Bezanya duit kita dah ditukarkan dalam bentuk GRAM emas mengikut harga emas semasa. Kita fokus gram emas sikit demi sedikit. Bestnya akaun emas ni, boleh bermula serendah RM50 dan tiada komitmen bulanan. 

Begini penyata akaun emas - GRAM emas

Dengan akaun GAP, anda boleh mula serendah RM50 ๐Ÿฅฐ

2. Emas fizikal

Lepas tu saya mula beli yg fizikal. Ada juga emas fizikal yang saya keluarkan dari akaun GAP. Masa ni PG belum ada perkhidmatan pos emas ke rumah. So, saya collect emas di branch Ampang

Alhamdulillah urusan ambil emas ni mudah je. Tapi kene buat appointment. Sekarang ni untuk pembelian emas below 20gm, emas akan dipos terus ke rumah. Tak payah susah-susah tau nak keluar rumah. 

Dengan keadaan pandemik sekarang ni, memang kalau boleh elakkan keluar rumah jika tiada urusan penting.

Ambil emas di branch Ampang

Kene buat appointment dahulu ye, tak boleh walk-in 

Alhamdulillah pegang emas lain auranya

3. Emas fizikal bayar secara ansuran 10 bulan 

Lagi satu saya try beli 1 Dinar dengan kaedah ansuran. Ia dinamakan EPP iaitu Easy Payment Plan

Jangan risau EPP ni patuh syariah. Kita bayar sampai habis dahulu, kemudian baru boleh dapat emasnya. 

Saya suka beli emas secara EPP ni tau. Sebabnya:

๐Ÿ’ฅ Pupuk diri untuk konsisten simpan emas

๐Ÿ’ฅ Harga kekal sama hingga habis bayar

๐Ÿ’ฅ Cara kutu moden. Habis bayar, rewardnya dapat emas! Ianya kan aset kewangan 

Apa kelebihan menyimpan emas secara EPP? Jom saya kongsi:

๐Ÿ’ฅ Bila ada komitmen, baru duit kekal untuk buat simpanan. Orang lain bayar hutang bank, kita bayar EPP aset EMAS! bijak gitu!

๐Ÿ’ฅ Sesuai unutk orang yang baru nak merasai pengalaman menyimpan emas. Lepas ini pasti nak buat EPP emas yang lebih besar GRAMnya! fuh

๐Ÿ’ฅ Peluang mengumpul aset Emas secara konsisten mengikut bajet setiap bulan

Bayaran ansuran 1 Dinar untuk 10 bulan. Jadual bayarn mengikut harga semasa 


Setakat dah nak masuk 10 bulan menyimpan emas di Public Gold ni memang saya rasa sangat berpuas hati. Saya kenal PG dah lewat, sebab itulah saya mesti kongsikan ilmu ni dengan kawan-kawan.

Kalau anda dah dapat ilham nakmulakan simpanan emas ni, saya sedia membantu. 
Insyallah saya bimbing sebaiknya. 

Saya pon ada kongsi ilmu kewangan harian di telegram. Boleh join percuma sahaja. 

Emas, aset ketika senang. Tunai ketika susah. 
Ikhlas berkongsi, 
Farra

Monday, October 25, 2021

5 Kelebihan Simpanan Emas

Salam semua, 

Dah ramai mendapat manfaat dari simpanan emas. 

Oleh yang demikian, saya tidak mahu anda juga ketinggalan. 

5 Kelebihan utama simpanan Emas :

1. Emas kalis inflasi 

2. Harga emas meningkat dalam jangkamasa panjang 

3. Emas mampu milik. Dengan akaun emas GAP, anda boleh mula serendah RM100. Kumpul gram emas sikit demi sedikit. 

4. Emas Aset kewangan mampu milik berbanding aset lain seperti rumah dan hartanah yang memerlukan modal yang lebih besar

5. Emas boleh dipajak di Ar-Rahnu untuk kegunaan seperti pusingan modal perniagaan dan lain-lain lagi.

Ikuti info lengkap di video youtube saya:


Dah ada akaun emas ke tak?

Kalau belum ada, jom mula sekarang!

Klik NakSimpanEmas

Pentingnya pelbagaikan simpanan

Jom hari ni saya nak kongsi tentang kepentingan pelbagaikan simpanan.

Kita mesti pelbagaikan simpanan kerana:
1. Kurangkan risiko simpanan/pelaburan 
2. Mengaut keuntungan dari pelbagai jenis portfolio simpanan

Dan salah satu simpanan yang penting untuk kita diversify adalah EMAS

Pakar Kewangan menyarankan agar kita simpan at least 10% dari pendapatan bulanan ke dalam bentuk EMAS

Ilmu seterusnya anda boleh lihat di Youtube channel saya : 



Moga bermanfaat ๐Ÿ˜€

Nak mula simpan emas? 

Cara mendaftar akaun emas Gold Accumulation Program secara percuma

Salam semua, 

Hari ni saya nak share cara nak daftar akaun emas Gold Accumulation Program 

Dulu nak beli emas kena ada modal besar.

Sekarang dengan akaun emas Gap, boleh daftar PERCUMA dan beli emas serendah RM100~ 0.37gram.

Tidak wajib beli tiap bulan, Public Gold tolong simpankan percuma dan kita boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa.

‪Berminat mula simpanan emas?‬

‪Boleh daftar sendiri akaun emas. Percuma‬

‪1️⃣ Daftar akaun disini https://tinyurl.com/3pwkecsk‬

‪2️⃣ Isi detail & klik "create PG Code" & daftar. Screenshot PG code anda ‬



‪3️⃣ Tunggu 10 minit, login di website PG https://publicgold.com.my/ /download apps GAP‬

4️⃣ Klik "My GAP", klik "Go to New Site", klik "Buy GAP now"

5️⃣ Klik "Pay online (fpx)", klik "Next"

6️⃣ Masukan nilai RM atau gram emas yg kita nk beli. Min (RM100)

7️⃣ Ikut arahan hingga habis. 


Kalau rasa tak confident nak buat sendiri, boleh wasap saya anytime. Saya bantu daftar akaun emas anda sehingga siap secara percuma.

Wasap saya detail berikut:

  • Nama penuh:
  • Ic:
  • No Telefon:
  • Email:

wasap.my/+60133413040

KENAPA PENTING ADA INTRODUCER?

✅ Introducer akan guide cara simpan emas dan berkongsi ilmu emas

✅ Boleh tanya berkenaan masalah yang kita hadapi bila buat purchase

✅ Bagi yang nak jadi dealer, pastikan anda dapatkan introducer yang nak guide anda sampai BERJAYA

Saya happy bila customer saya happy. Usually diorg happy bila beli emas dpt emas, atau bila saya mampu bantu diorg selesaikan masalah diorg.

Once saya jadi introducer kepada penyimpan emas, saya akan cuba sehabis baik utk bantu mereka, atau memudahkan kerja mereka atau memberi pendapat/pandangan sekiranya diperlukan.

๐ŸŽ‰Saya guide anda simpan emas . Contact saya untuk dapatkan 

✅ ebook percuma

✅ rebat RM10 

wasap.my/+60133413040

๐Ÿ’– Saya juga sediakan support group bagi penyimpan emas bawah bimbingan saya ๐Ÿฅณ

Mari join channel Telegram saya untuk nak dapatkan tip, panduan dan info terkini tentang kewangan dan emas, FREE. 

1. Install Telegram di telefon

2. Klik https://t.me/HebatEmas

3. Klik JOIN

Moga bermanfaat ๐Ÿ˜

Wednesday, October 20, 2021

Tips simpan emas: konsisten dan konsisten!



“Rasanya dah terlambat ker saya nak mula simpan emas ni. Apa pendapat ๐™บ ๐™ต๐šŠ๐š›๐š›๐šŠ ?”


Ini persoalan yang baik. Ia mengajak kita berfikir betul ke kita ni dah terlambat simpan emas?


Ini pencerahan saya,


1. Ada orang mula awal menyimpan emas tetapi simpanannya tidak berubah kerana mereka hanya mula sekali seumur hidup simpanan emas & berhenti dengan niat untuk ‘try aje’.


Mula 10 tahun lepas. Tapi cuma ada 1 gram aje.


2. Ada orang bermula awal menyimpan emas  dan simpanannya semakin hari semakin banyak kerana mereka konsisten menyimpan emas.


Setiap bulan beli 1 Dinar emas. Konsisten sejak 10 tahun lepas.


3. Ada orang bermula lambat tetapi diakhir cerita, simpanan emas mereka jauh lebih banyak daripada orang yang mula awal. 


Keyword adalah KONSISTEN


4. Ada orang tak bermula langsung. Tiap-tiap tahun hanya mendengar dan melihat harga emas naik. Tak tahu tapi malu nak tanya. Kamon gais, kami tak makan orang. 


Jadi, ianya bukan soal lambat atau cepat, tetapi tentang mahu mula atau tidak.


Moga pencerahan ini berikan semangat kepada kita semua untuk tambah emas lagi dan lagi.


Mulakan simpanan emas sekarang, klik sini 

http://www.wasap.my/60133413040/naksimpanemas

Thursday, October 14, 2021

๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐— 100, ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—”๐˜€๐—ฒ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ‘๐Ÿ‘


๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐— 100, ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—”๐˜€๐—ฒ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

GOLD ACCUMULATION PROGRAM ๐Ÿ…

GAP ialah singkatan kepada

 “Gold Accumulation Program” iaitu kaedah membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100 (0.3g++).

GAP ialah kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.

Hari ini 5/10/2021 segram emas harganya RM261. Boleh rujuk website PublicGold

Kalau nak mula terus simpan 10g kiraannya adalah RM265 x 10g = RM2650

Harga GAP dikemaskini setiap hari sekali pada pukul 12 tengah malam

PRINSIP SYARIAH DALAM GAP

Kita membeli GRAM EMAS milik PG dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun PG. Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila PG mula merekod pembelian GAP ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli. 

Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

APA KELEBIHAN AKAUN GAP?

1. Boleh beli emas 999.9 dengan bajet minimum serendah RM100 atau 1 gram.

2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. 

3. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.

4. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

5. Urusniaga 24 jam sehari 365 hari setahun. Boleh beli dan jual secara online.

6. Tiada komitmen bulanan.

SIAPA PATUT BELI EMAS GAP?

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, kemudian dikeluarkan emas itu.


2. Orang yang ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri emas fizikal.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

Jom mulakan akaun emas GAP hari ini ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Anak-anak sejak lahir juga boleh daftar akaun GAP ♥️

Simpan emas dengan tenang dalam akaun GAP,

Farra ๐ŸŒบ 013-3413040

https://linktr.ee/Farrahaiza

#simpananemas 

#simpanemas 

#savings 

#akaunGAP 

#notaemas

Sunday, October 10, 2021

Apa saya nak buat bila dah mula simpan emas?

Salam semua, 

"Apa nak buat lepas dah mula simpan emas?" 

Ni soalan biasa yang saya dapat bila penyimpan emas bawah saya baru mula simpan emas.

Panduan untuk anda begini, moga bermanfaat:

1. Simpan secara konsisten 1 gram setiap bulan. Paling mininum RM100 = 0.3+gm emas

2. Tambah gram emas ketika harga turun unutk puratakan harga emas 

3. Tetapkan target berapa simpanan emas anda unutk capai impian. Sebagai contoh, letak target 500gm emas untuk persaraan, 200gm emas untuk dana pendidikan anak, 10 Dinar untuk menunaikan haji.

4. Jika perlu paksa menyimpan, boleh buat kaedah syariah EPP ( Easy Payment Purchase) supaya komited bayar setiap bulan. Memang berkesan Force Savings begini. Duit selamat dimanfaatkan ๐Ÿ˜

Moga bermanfaat ๐Ÿ˜Š



Kenapa perlu simpan emas?

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, 

Kenapa kita perlu simpan emas?

1. Nasihat pakar kewangan 

At least kita kene simpan 10% dari kekayaan kita dalam bentuk Emas. Lebih banyak lebih baik, Emas dianggap sebagai "Wealth Insurance", bukan pelaburan semata.


2. Emas Kalis inflasi 

Orang kaya tak simpan duit yang banyak dalam bank, kata pakar. 

Mereka tahu nilai duit kertas akan merosot dari tahun ke tahun dek inflasi. Contoh, nilai RM100 dulu tak sama dengan sekarang. Dan nilai RM100 sekarang takkan sama untuk beberapa tahun akan datang 

Tukar duit kertas anda kepada Aset yang lebih bernilai seperti Emas dan Hartanah.



3. Strategi simpanan emas lebih efektif dari simpan duit 

Simpanan emas menjadikan kita lebih berdisplin. Dapat elak kita dari sikap boros. Fitrah emas, lebih banyak gram emas kita kumpul, kita lebih suka. Duit makin banyak, makin nak belanja. 

Konsep "simpan dahulu baru belanja" lebih efektif jika kita simpan emas. Kita takkan korek balik emas yang kita simpan unutk belanja, malah kita rasa nak tambah. Ada emas, pasti kita ada duit. Ada Duit, tak semestinya ada emas.



4. Mudah untuk capai impian

Setiap individu mempunyai impian. 

Contoh, impian nak beli rumah, nak bersara dengan selesa dan nak anak-anak sambung belajar. Nilai rumah juga meningkat saban tahun . Jadi, kita boleh alihkan Aset emas kepada Aset yang lebih besar seperti hartanah. Lebih banyak gram emas, lebih bernilai dalam jangkamasa panjang


Simpan dengan ilmu, insya Allah berjaya. Kita belajar sama-sama

Simpan emas dengan Public Gold sangat mudah, murah dan patuh syariah

~ Pendaftaran percuma. 

~ Tiada komitmen bulanan

Hubungi saya untuk bimbingan simpanan emas secara percuma. 

https://tinyurl.com/yh3vwo9o

Suka ajak orang menyimpan & buat investment, 

Farrah Aiza

Active Dealer Public Gold

Sunday, July 4, 2021

Beli dan kumpul emas untuk beli Tanah atau Rumah

Assalamualaikum..

Hari ni hari PKPD ke-2, hope everyone stay healthy and safe ya

Tips saya malam ni, gunakan emas untuk beli aset yg lebih besar iaitu Tanah atau Rumah. 

➡️ Tanah dan rumah antara aset yang bagus untuk simpanan jangka panjang. Makin lama, harganya makin mahal untuk jangka panjang.

➡️ Cuma kalau nak beli tanah dan rumah, kena ada modal besar, dan prosesnya memakan masa yang agak lama.

➡️ Jadi sebelum beli aset yang mahal macam tanah dan rumah, mula dulu dengan aset yang kecil macam EMAS... EMAS boleh dibeli sikit sikit sekecil 1 gram atau RM 100 di akaun GAP.

➡️ Bila simpanan EMAS dah banyak, boleh jual EMAS dan beli aset tanah atau rumah.

➡️ Mulakan dulu simpanan EMAS walaupun sekecil 1 gram. EMASlah aset fizikal yang paling mampu milik.

➡️ Dengan adanya Platform Public Gold sekarang, sesiapa pun mampu memiliki EMAS..

Begitulah ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Hubungi saya untuk mulakan simpanan emas anda www.wasap.my/60133413040





Sunday, June 20, 2021

Promosi Emas menarik FMCO sehingga 28 Jun 2021

1 Dinar ansuran selama 10 kali 


Sahabat yang berminat jadi Dealer juga dialu-alukan. 

Dengan jumlah yang ditawarkan, kita boleh beli emas yang terdiri daripada jongkong emas, dinar emas, akaun emas GAP sama ada secara belian terus secara tunai atau pun secara ansuran bulanan tanpa faedah berlandas syariah yang ditawarkan oleh Public Gold.

Belian emas juga boleh dicampur-campur mengikut citarasa masing-masing, asalkan jumlah penuh adalah mengikut syarat pembelian seperi dalam gambar. 
Kenapa dealer?

1. Belian emas dengan jumlah yang lebih murah disebabkan Public Gold akan memulangkan kembali duit belian emas kita dalam bentuk insentif.

2. Tiada apa2 komitmen bulanan

3. Status dealer kekal selama2nya.

4. Tiada syarat wajib yang ditetapkan untuk cari pelanggan/dealer





Tabungan emas bermula RM100 atau 1gram

 Tabungan EMAS...

1. Ramai yang telah tahu dan biasa menyimpan dalam Tabungan Tunai, seperti Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Akaun Tabungan Haji dan ASB.
2. Kesemua ini adalah Tabungan Tunai(RM).
3. Hari ini saya ingin berkongsi Tabungan baru, iaitu Tabungan Emas- Gold Accumulation Program (GAP) yang diperkenalkan oleh Public Gold.
4. Jika Tabungan Tunai anda menyimpan dalam (RM), Tabungan EMAS pula anda menukarkan RM kepada gram EMAS mengikut harga semasa.
5. Sebagai contoh hari ini, jika anda menukarkan RM100.00 maka dalam GAP anda akan ada 0.3891 gram EMAS.
6. Dan jika anda menukarkan RM257.00, maka dalam GAP anda akan ada 1gram.
7. GAP ini Mudah, Selamat dan Patut Syariah.
8. Mudah kerana kita boleh bermula dengan RM100 atau 1gram.
9. Mudah kerana on-line 24/7
10. Selamat kerana menggunakan transaksi FPX (Financial Process Exchange) secure online payment gateway system. Direct dari akaun anda kepada Public Gold tanpa melalui orang tengah.
11. Selamat kerana EMAS berada dalam akaun dan gram EMAS kita telah di Insurance melalui Penangung Insurance - Lonpac Insurance Bhd.
12. Patut syariah kerana bersandarkan EMAS Fizikal 999.9 bukannya "Paper Gold".
13. Yang paling penting keuntungan anda adalah melalui PERBEZAAN HARGA BELI DAN HARGA JUAL.
14. Harga EMAS sentiasa turun n naik setiap hari, namun secara puratanya adalah tinggi -10-15% setahun.
Semoga bermanfaat...
Like- comments-share


Jika berminat nak tahu lanjut boleh klik link dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
Farrah Aiza
Authorized Dealer (PG00367357)
Public Gold

Thursday, June 17, 2021

Promosi 1 Dinar bayar ansuran 10 kali

 MAHAL KE SIMPAN EMAS NIE? 

.

Kawan.. Sebenarnya... tak mahal pun wahai kawanku. Public Gold sekarang berusaha sedaya boleh untuk memastikan semua kita memiliki asset emas. Sikit atau banyak.. yang tuu No 2! .

.

Jika tak mampu 10gram.. mula dulu satu gram.. kalau 1gram rasa berat.. mula dulu serendah RM 100 iaitu akan dapat sekitar 0.5gram lebih. .

.

Ianya mudah, murah dan semestinya Patuh Syariah. Ianya bukan lagi soal mampu tak mampu, boleh tak boleh. Ianya soal nak ke taknak je. .

Sekarang ni ada promosi untuk 1 Dinar boleh bayar selama 10 kali ansuran. Ianya patuh syariah. 


Buat rakan2 yg nak saya bimbing mulakan simpanan emas, boleh terus DM atau klik www.wasap.my/60133413040

Farrah Aiza

Dealer Aktif Public Gold (PG00367357)


Saturday, June 5, 2021

Kelebihan melabur Unit Trust / Unit Amanah

Kali pertama saya melabur dalam unit Amanah pada tahun 2006, ketika berumur 25 tahun. Diperkenalkan oleh my direct boss. Syukur sangat muda-muda lagi dah melabur. 

Dan kini memang puas hati dan saya telah melabur lebih dari 10 Dana Patuh Syariah. Hari ini saya kongsikan actual performance Public Ittikal ya. Dah 15 tahun melabur dan pulangan sebanyak 132%.


Masa ni saya invest RM5,000 sahaja sbb gaji pon tak banyak lg, masih muda. Duit dah berganda. Imagine kalau invest RM20k, jumlahnya dah jadi RM46k..kalau besar lagi amoun kita invest , lagi besarlah untung kita.

Jadi apa kelebihan melabur dalam unit Trust? 

1. Kepelbagaian

Kita dapat melabur dalam pelbagai saham syarikat dan pelbagai sektor yang tersenarai di Bursa Malaysia.

2. Cara mudah untuk melabur dan menjual

Mudah tunai. Yer, mudah dijual selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari.

Nak melabur juga mudah, semuanya secara online, lebih-lebih lagi musim PKP ni. 

3. Pengurusan profesional

Portfolio pelaburan akan diuruskan oleh pengurus dana profesional. Mereka ni memang dah pakar dalam bidang pelaburan. Kita hanya perlu konsisten melabur, tunggu dividen tahunan dan 'capital appreciation'. Tak perlu nak pening-pening buat research dan monitor harga. Unit Trust consultant beri update semasa setiap 3 bulan sekali. Anda juga boleh akses akaun pelaburan anda secara online melalui Public Mutual Online.

Dengan kemudahan akaun online ni, anda boleh semak pelaburan anda, tambah pelaburan, bukak dana baru, tukar dana dan juga menjual semula unit trust anda.


4. Modal pelaburan yang rendah

Modal rendah. Kalau dulu minimum pelaburan RM 1,000 cara sekaligus/lump sum, kini kita dah boleh melabur serendah RM100. Kemudian terus buat Direct Debit Instruction bermula RM100 juga setiap bulan.

5. 2 hasil keuntungan

Keuntungan yang kita nikmati adalah melalui dividen tahunan dan juga Capital appreciation ( harga naik) mengikut dana patuh syariah tersebut.

๐™ผ๐šž๐š๐šŠ๐š‘ ๐š“๐šŠ ๐š—๐šŠ๐š” ๐š‹๐šž๐š”๐šŠ๐š” ๐šŠ๐š”๐šŠ๐šž๐š— ๐š„๐š—๐š’๐š ๐šƒ๐š›๐šž๐šœ๐š ๐™ฟ๐™บ๐™ฟ ๐š—๐š’ ๐šœ๐šŽ๐šŒ๐šŠ๐š›๐šŠ ๐š˜๐š—๐š•๐š’๐š—๐šŽ. ๐š‚๐šŠ๐šข๐šŠ ๐šŠ๐š”๐šŠ๐š— ๐š‹๐š’๐š–๐š‹๐š’๐š—๐š

Klik: www.wasap.my/60133413040/UT



Tuesday, June 1, 2021

Dimanakah anda menyimpan wang?

 Tahniah kerana anda suka menyimpan wang.

Kini, saya ingin bertanya dimanakah anda menyimpan wang anda? Soalan kedua pula, mengapa anda menyimpan?  Sudah tentu anda sendiri mempunyai jawapannya.

Namun yang paling kurang disedari oleh orang ramai adalah akan kadar pulangan instrumen simpanan tersebut. Seperti yang Dave Ramsey katakan:





Saya pasti anda mempunyai misi tersendiri, samalah seperti saya. Jadi takkan anda hendak lepaskan peluang untuk menyimpan ke dalam instrumen yang memberi pulangan rendah. Bahkan, inflasi sendiri membuatkan dividen yang anda terima semakin kurang nilainya ( atau mungkin tiada nilainya) terhadap simpanan anda.

Secara perbandingannya, Dana Islam Unit Amanah mempunyai potensi keuntungan antara 10%-12% setahun. Jadi, bayangkan jika inflasi adalah 5%, anda masih mempunyai keuntungan.

Bayangkan jika duit anda disimpan dalam Fixed Deposit yang memberi kadar pulangan 2%, lihat anda tidak untung apa-apa pon.

Dan secara perbandingan antara instrumen simpanan lain…

ASB memberi pulangan purata 7% setahun

KWSP memberi pulangan 5% tahun 2019

Tabung Haji memberi pulangan 3.1% tahun 2020

Mengapa Dana Islam Unit Amanah menjadi pilihan saya?

Bukan sahaja kerana ia berpotensi memberi pulangan yang tinggi, pastinya kerana ia dilaburkan di tempat-tempat halal mengikut shariah islam. Sudah pasti ia tidak dilaburkan di medan perjudian, arak atau sebagainya. Dana Islam juga diuruskan oleh Pengurus Dana yang professional. Wang pelaburan para pelabur dikawal oleh Pemegang Amanah yang dilantik seperti Amanah Raya Berhad. Kini Dana Islam turut menjadi pilihan pelabur bukan Islam kerana potensi pulangannya.

Terdapat banyak Dana Islam yang ditawarkan oleh PM seperti PIttikal, PIOGF, PAIF dan lain-lain lagi. Jadi saya ingin mencadangkan anda membuat pelaburan di dalam Dana Islam Unit Amanah untuk simpanan masa depan. Public Mutual baru melancarkan 2 Dana Islam yang juga boleh dilaburkan serendah RM100. Semuanya secara online. Saya juga telah menambah investment melalui 2 dana baru ini kerana under new norm, saya nampak teknologi dan innovation berpotensi utk grow further. 



Jadi, jangan tunggu lagi. Saya akan memberi bimbingan berterusan, hubungi saya / wasap 013-3413040

Wednesday, May 26, 2021

5 tips untuk menjadi pelabur emas yang berjaya




1. Educate yourself. 

Baca buku. Kami sendiri mempunyai sekurang-kurangnya 5 buku tentang simpanan emas sejak Januari 2021. Note: Youtube pon banyak juga sekarang ni.

2. Mulakan dengan nilai kecil (Start Small). 

Contohnya akaun Gold Accumulation Program atau mula 1 Dinar. Kenapa start small? Unutk kita rasa pengalaman membeli emas

3. Konsisten. 

Terus menyimpan emas. Jangan buat kesilapan amatur yang beli sekali sahaja dan kemudian tunggu. Belilah emas secara konsisten dan menunggu. Apa faedah beli secara konsisten? Kita dapat puratakan kos membeli emas. Sebab kita tak tahu bila harga emas nak naik dan turun.

4. Invest big

Lepas simpan dengan nilai kecil & konsisten, target untuk mula simpan emas dalam jumlah yang banyak, barulah dapat untung banyak. Sebagai contoh, bayangkan lepas 5 tahun menyimpan, emas bagi keuntungan sebanyak RM100 bagi 1gram emas, orang yang ada 10gram emas akan untung RM1,000. Kalau orang tu ada 100 gram emas akan untung RM10,000

5. Simpan untuk jangkamasa panjang.
 
Berapa lama nak simpan tu? Kita keep investing in gold lifetime, sebab kita nak lawan inflasi. Tiada alasan untuk ‘exit’ dari pelaburan emas. Emas adalah salah satu asset kewangan kita. “ You need to keep yourself in investment”

Siapa nk mula simpanan emas dengan ilmu boleh hubungi saya: www.wasap.my/60133413040/SimpananEmas

Saturday, May 22, 2021

7 Tips Simpanan Emas

 "Farra, susah tak nak mulakan simpanan Emas?"

"Tak susah pon, ko ikut je la tips aku ni..insyallah aku bimbing sampai berjaya" 



1. Bila ada niat & duit, terus simpan emas. Jangan bertangguh lagi  

2. Jangan dengar cakap orang lain. Simpan emas bukan kerana ikut-ikutan. Kita simpan emas untuk masa depan kita sendiri

3. Tak kisah harga naik atau turun, terus konsisten menyimpan emas. Tak perlu tunggu harga paling murah. Tunggu punya tunggu, duit kita bocor terbelanja. Kalau harga turun pon, tapi duit tiada, mesti tak boleh beli emas pon....kan?

4. Fokus pada misi dan matlamat simpanan emas. Sebagai contoh "Aku simpan ni untuk simpanan Haji bersama isteri". Mesti boleh terus kekal positif dan konsisten menyimpan emas

5. Simpan 1 Dinar sebagai motivasi simpanan emas kita. Letak dalam dompet, hari-hari bertambah semangat nak kumpul emas  

6. Cari ilmu tentang simpanan emas. Boleh baca buku tentang simpanan emas dan follow telegram saya https://t.me/HebatEmas. Kami ada 5 buku tentang simpanan Emas 

7. Ubah cara kita menyimpan. Kita mesti pelbagaikan simpanan. Kalau simpan dalam bank, duit akan susut nilai kerana inflasi. Dengan Emas, nilainya akan terus meningkat dapat la lawan inflasi.

Macamana? dah faham tak? Boleh hubungi saya tau 

Boleh whatsapp saya www.wasap.my/60133413040/SimpananEmas
Boleh follow instagram saya: https://www.instagram.com/farrah_aiza/

5 kelebihan simpanan Emas

Assalamualaikum

Hari ni saya nak kongsikan 5 kelebihan Simpanan Emas ๐Ÿ˜€

1. Emas kalis inflasi.

Harga emas kekal sejak 1,500 tahun dahulu. Dengan 1 Dinar kita boleh membeli seekor kambing, dan sehingga kini kita masih boleh membeli seekor kambing dengan 1 Dinar. Cuba bayangkan kalau 5 tahun lalu seekor kambing berharga RM500, pada hari ini dengan duit RM500 kita tidak mampu lagi membeli seekor kambing kerana wang ringgit kita dah susut nilai dek kerana inflasi. Ini bermakna jika dengan wang ringgit, kuasa membeli kita dah makin berkurang.

Dengan 1 Dinar kita boleh membeli seekor kambing, dan sehingga kini kita masih boleh membeli seekor kambing dengan 1 Dinar.

Inflasi di Malaysia purata 3-5% setahun

2. Harga meningkat dalam jangkamasa panjang.

Harga emas pd tahun 2008, harga 1 gram emas adalah RM80 , tetapi pada hari ini harga 1 gram emas RM271. Ini bermakna dalam temph 13 tahun nilai emas meningkat sebanyak 231%


3.  Aset kewangan mampu milik.

Hari ni harga sebuah rumah di KL purata RM700 ribu ringgit ke atas. Jadi untuk beli rumah, kita boleh kumpulkan modal melalui simpanan emas dahulu.

4Emas bantu kita capai matlamat kewangan kita.

Matlamat kewangan yang kita nak capai seperti Dana Persaraan, Dana Pendidikan anak2. Suka saya nk kongsikan bahawa emas yang kita simpan ni akan bermusafir kepada matlamat  yang lebih besar contohnya emas dijual sebagai deposit untuk membeli rumah.

5Emas boleh di pajak di Ar-Rahnu

Kalau nak pakai duit SEKEJAP untuk hal mustahak, emas tu tak perlu dijual. Pajak sahaja emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman bercagar dengan kadar SEGERA. Duit pinjaman akan dapat on-the-spot. Selesai jer urusan, tebus balik emas tu. Macam tu lah yang dibuat oleh makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu). Gelang yang mereka pakai penuh sampai ke lengan tu sebenarnya modal pusingan mereka. Bila nak modal berniaga, mereka pajak emas tu. Lepas selesai urusniaga, mereka tebus balik dan duit untung hasil urusniaga tu dah boleh cover kos upah ar-Rahnu




Saya nak ramai orang celik dan bijak mengurus kewangan

Siapa yang nak mulakan Simpanan Emas di bawah bimbingan saya, anda dapat:

1. PERCUMA Nota Emas & Kewangan

2. PERCUMA Sesi Program Online Celik Emas & Kewangan

3. Rebat RM10 bagi simpanan Emas Pertama akaun GAP


6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...