Thursday, June 17, 2021

Promosi 1 Dinar bayar ansuran 10 kali

 MAHAL KE SIMPAN EMAS NIE? 

.

Kawan.. Sebenarnya... tak mahal pun wahai kawanku. Public Gold sekarang berusaha sedaya boleh untuk memastikan semua kita memiliki asset emas. Sikit atau banyak.. yang tuu No 2! .

.

Jika tak mampu 10gram.. mula dulu satu gram.. kalau 1gram rasa berat.. mula dulu serendah RM 100 iaitu akan dapat sekitar 0.5gram lebih. .

.

Ianya mudah, murah dan semestinya Patuh Syariah. Ianya bukan lagi soal mampu tak mampu, boleh tak boleh. Ianya soal nak ke taknak je. .

Sekarang ni ada promosi untuk 1 Dinar boleh bayar selama 10 kali ansuran. Ianya patuh syariah. 


Buat rakan2 yg nak saya bimbing mulakan simpanan emas, boleh terus DM atau klik www.wasap.my/60133413040

Farrah Aiza

Dealer Aktif Public Gold (PG00367357)


Saturday, June 5, 2021

Kelebihan melabur Unit Trust / Unit Amanah

Kali pertama saya melabur dalam unit Amanah pada tahun 2006, ketika berumur 25 tahun. Diperkenalkan oleh my direct boss. Syukur sangat muda-muda lagi dah melabur. 

Dan kini memang puas hati dan saya telah melabur lebih dari 10 Dana Patuh Syariah. Hari ini saya kongsikan actual performance Public Ittikal ya. Dah 15 tahun melabur dan pulangan sebanyak 132%.


Masa ni saya invest RM5,000 sahaja sbb gaji pon tak banyak lg, masih muda. Duit dah berganda. Imagine kalau invest RM20k, jumlahnya dah jadi RM46k..kalau besar lagi amoun kita invest , lagi besarlah untung kita.

Jadi apa kelebihan melabur dalam unit Trust? 

1. Kepelbagaian

Kita dapat melabur dalam pelbagai saham syarikat dan pelbagai sektor yang tersenarai di Bursa Malaysia.

2. Cara mudah untuk melabur dan menjual

Mudah tunai. Yer, mudah dijual selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari.

Nak melabur juga mudah, semuanya secara online, lebih-lebih lagi musim PKP ni. 

3. Pengurusan profesional

Portfolio pelaburan akan diuruskan oleh pengurus dana profesional. Mereka ni memang dah pakar dalam bidang pelaburan. Kita hanya perlu konsisten melabur, tunggu dividen tahunan dan 'capital appreciation'. Tak perlu nak pening-pening buat research dan monitor harga. Unit Trust consultant beri update semasa setiap 3 bulan sekali. Anda juga boleh akses akaun pelaburan anda secara online melalui Public Mutual Online.

Dengan kemudahan akaun online ni, anda boleh semak pelaburan anda, tambah pelaburan, bukak dana baru, tukar dana dan juga menjual semula unit trust anda.


4. Modal pelaburan yang rendah

Modal rendah. Kalau dulu minimum pelaburan RM 1,000 cara sekaligus/lump sum, kini kita dah boleh melabur serendah RM100. Kemudian terus buat Direct Debit Instruction bermula RM100 juga setiap bulan.

5. 2 hasil keuntungan

Keuntungan yang kita nikmati adalah melalui dividen tahunan dan juga Capital appreciation ( harga naik) mengikut dana patuh syariah tersebut.

π™ΌπšžπšπšŠπš‘ πš“πšŠ πš—πšŠπš” πš‹πšžπš”πšŠπš” πšŠπš”πšŠπšžπš— πš„πš—πš’πš πšƒπš›πšžπšœπš 𝙿𝙺𝙿 πš—πš’ πšœπšŽπšŒπšŠπš›πšŠ πš˜πš—πš•πš’πš—πšŽ. πš‚πšŠπš’πšŠ πšŠπš”πšŠπš— πš‹πš’πš–πš‹πš’πš—πš

Klik: www.wasap.my/60133413040/UT



Tuesday, June 1, 2021

Dimanakah anda menyimpan wang?

 Tahniah kerana anda suka menyimpan wang.

Kini, saya ingin bertanya dimanakah anda menyimpan wang anda? Soalan kedua pula, mengapa anda menyimpan?  Sudah tentu anda sendiri mempunyai jawapannya.

Namun yang paling kurang disedari oleh orang ramai adalah akan kadar pulangan instrumen simpanan tersebut. Seperti yang Dave Ramsey katakan:





Saya pasti anda mempunyai misi tersendiri, samalah seperti saya. Jadi takkan anda hendak lepaskan peluang untuk menyimpan ke dalam instrumen yang memberi pulangan rendah. Bahkan, inflasi sendiri membuatkan dividen yang anda terima semakin kurang nilainya ( atau mungkin tiada nilainya) terhadap simpanan anda.

Secara perbandingannya, Dana Islam Unit Amanah mempunyai potensi keuntungan antara 10%-12% setahun. Jadi, bayangkan jika inflasi adalah 5%, anda masih mempunyai keuntungan.

Bayangkan jika duit anda disimpan dalam Fixed Deposit yang memberi kadar pulangan 2%, lihat anda tidak untung apa-apa pon.

Dan secara perbandingan antara instrumen simpanan lain…

ASB memberi pulangan purata 7% setahun

KWSP memberi pulangan 5% tahun 2019

Tabung Haji memberi pulangan 3.1% tahun 2020

Mengapa Dana Islam Unit Amanah menjadi pilihan saya?

Bukan sahaja kerana ia berpotensi memberi pulangan yang tinggi, pastinya kerana ia dilaburkan di tempat-tempat halal mengikut shariah islam. Sudah pasti ia tidak dilaburkan di medan perjudian, arak atau sebagainya. Dana Islam juga diuruskan oleh Pengurus Dana yang professional. Wang pelaburan para pelabur dikawal oleh Pemegang Amanah yang dilantik seperti Amanah Raya Berhad. Kini Dana Islam turut menjadi pilihan pelabur bukan Islam kerana potensi pulangannya.

Terdapat banyak Dana Islam yang ditawarkan oleh PM seperti PIttikal, PIOGF, PAIF dan lain-lain lagi. Jadi saya ingin mencadangkan anda membuat pelaburan di dalam Dana Islam Unit Amanah untuk simpanan masa depan. Public Mutual baru melancarkan 2 Dana Islam yang juga boleh dilaburkan serendah RM100. Semuanya secara online. Saya juga telah menambah investment melalui 2 dana baru ini kerana under new norm, saya nampak teknologi dan innovation berpotensi utk grow further. 



Jadi, jangan tunggu lagi. Saya akan memberi bimbingan berterusan, hubungi saya / wasap 013-3413040

Wednesday, May 26, 2021

5 tips untuk menjadi pelabur emas yang berjaya




1. Educate yourself. 

Baca buku. Kami sendiri mempunyai sekurang-kurangnya 5 buku tentang simpanan emas sejak Januari 2021. Note: Youtube pon banyak juga sekarang ni.

2. Mulakan dengan nilai kecil (Start Small). 

Contohnya akaun Gold Accumulation Program atau mula 1 Dinar. Kenapa start small? Unutk kita rasa pengalaman membeli emas

3. Konsisten. 

Terus menyimpan emas. Jangan buat kesilapan amatur yang beli sekali sahaja dan kemudian tunggu. Belilah emas secara konsisten dan menunggu. Apa faedah beli secara konsisten? Kita dapat puratakan kos membeli emas. Sebab kita tak tahu bila harga emas nak naik dan turun.

4. Invest big

Lepas simpan dengan nilai kecil & konsisten, target untuk mula simpan emas dalam jumlah yang banyak, barulah dapat untung banyak. Sebagai contoh, bayangkan lepas 5 tahun menyimpan, emas bagi keuntungan sebanyak RM100 bagi 1gram emas, orang yang ada 10gram emas akan untung RM1,000. Kalau orang tu ada 100 gram emas akan untung RM10,000

5. Simpan untuk jangkamasa panjang.
 
Berapa lama nak simpan tu? Kita keep investing in gold lifetime, sebab kita nak lawan inflasi. Tiada alasan untuk ‘exit’ dari pelaburan emas. Emas adalah salah satu asset kewangan kita. “ You need to keep yourself in investment”

Siapa nk mula simpanan emas dengan ilmu boleh hubungi saya: www.wasap.my/60133413040/SimpananEmas

Saturday, May 22, 2021

7 Tips Simpanan Emas

 "Farra, susah tak nak mulakan simpanan Emas?"

"Tak susah pon, ko ikut je la tips aku ni..insyallah aku bimbing sampai berjaya" 



1. Bila ada niat & duit, terus simpan emas. Jangan bertangguh lagi  

2. Jangan dengar cakap orang lain. Simpan emas bukan kerana ikut-ikutan. Kita simpan emas untuk masa depan kita sendiri

3. Tak kisah harga naik atau turun, terus konsisten menyimpan emas. Tak perlu tunggu harga paling murah. Tunggu punya tunggu, duit kita bocor terbelanja. Kalau harga turun pon, tapi duit tiada, mesti tak boleh beli emas pon....kan?

4. Fokus pada misi dan matlamat simpanan emas. Sebagai contoh "Aku simpan ni untuk simpanan Haji bersama isteri". Mesti boleh terus kekal positif dan konsisten menyimpan emas

5. Simpan 1 Dinar sebagai motivasi simpanan emas kita. Letak dalam dompet, hari-hari bertambah semangat nak kumpul emas  

6. Cari ilmu tentang simpanan emas. Boleh baca buku tentang simpanan emas dan follow telegram saya https://t.me/HebatEmas. Kami ada 5 buku tentang simpanan Emas 

7. Ubah cara kita menyimpan. Kita mesti pelbagaikan simpanan. Kalau simpan dalam bank, duit akan susut nilai kerana inflasi. Dengan Emas, nilainya akan terus meningkat dapat la lawan inflasi.

Macamana? dah faham tak? Boleh hubungi saya tau 

Boleh whatsapp saya www.wasap.my/60133413040/SimpananEmas
Boleh follow instagram saya: https://www.instagram.com/farrah_aiza/

5 kelebihan simpanan Emas

Assalamualaikum

Hari ni saya nak kongsikan 5 kelebihan Simpanan Emas πŸ˜€

1. Emas kalis inflasi.

Harga emas kekal sejak 1,500 tahun dahulu. Dengan 1 Dinar kita boleh membeli seekor kambing, dan sehingga kini kita masih boleh membeli seekor kambing dengan 1 Dinar. Cuba bayangkan kalau 5 tahun lalu seekor kambing berharga RM500, pada hari ini dengan duit RM500 kita tidak mampu lagi membeli seekor kambing kerana wang ringgit kita dah susut nilai dek kerana inflasi. Ini bermakna jika dengan wang ringgit, kuasa membeli kita dah makin berkurang.

Dengan 1 Dinar kita boleh membeli seekor kambing, dan sehingga kini kita masih boleh membeli seekor kambing dengan 1 Dinar.

Inflasi di Malaysia purata 3-5% setahun

2. Harga meningkat dalam jangkamasa panjang.

Harga emas pd tahun 2008, harga 1 gram emas adalah RM80 , tetapi pada hari ini harga 1 gram emas RM271. Ini bermakna dalam temph 13 tahun nilai emas meningkat sebanyak 231%


3.  Aset kewangan mampu milik.

Hari ni harga sebuah rumah di KL purata RM700 ribu ringgit ke atas. Jadi untuk beli rumah, kita boleh kumpulkan modal melalui simpanan emas dahulu.

4Emas bantu kita capai matlamat kewangan kita.

Matlamat kewangan yang kita nak capai seperti Dana Persaraan, Dana Pendidikan anak2. Suka saya nk kongsikan bahawa emas yang kita simpan ni akan bermusafir kepada matlamat  yang lebih besar contohnya emas dijual sebagai deposit untuk membeli rumah.

5Emas boleh di pajak di Ar-Rahnu

Kalau nak pakai duit SEKEJAP untuk hal mustahak, emas tu tak perlu dijual. Pajak sahaja emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman bercagar dengan kadar SEGERA. Duit pinjaman akan dapat on-the-spot. Selesai jer urusan, tebus balik emas tu. Macam tu lah yang dibuat oleh makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu). Gelang yang mereka pakai penuh sampai ke lengan tu sebenarnya modal pusingan mereka. Bila nak modal berniaga, mereka pajak emas tu. Lepas selesai urusniaga, mereka tebus balik dan duit untung hasil urusniaga tu dah boleh cover kos upah ar-Rahnu




Saya nak ramai orang celik dan bijak mengurus kewangan

Siapa yang nak mulakan Simpanan Emas di bawah bimbingan saya, anda dapat:

1. PERCUMA Nota Emas & Kewangan

2. PERCUMA Sesi Program Online Celik Emas & Kewangan

3. Rebat RM10 bagi simpanan Emas Pertama akaun GAP


Sunday, May 16, 2021

Misi mencapai 1,000 gram emas

Saya kongsikan teknik untuk mencapai 1kg emas dengan cepat dan mudah Insya Allah. Ini yg saya belajar dr salah seorang mentor emas saya Tn Shamsuddin Kadir

Bila kita kumpul emas ni, kita ada matlamat untuk tukar emas ni kepada Matlamat kewangan kita. Bermakna emas ini akan "Bermusafir" bila tiba waktunya. Contohnya sebagai modal untuk beli Hartanah.

Teknik untuk capai 1,000 gram emas seperti berikut:

1) Kumpul 50 keping gold bar 20gram ( 50 keping X 20 gram)



2) Kumpul 100 keping gold bar 10gram ( 100 keping X 10 gram)




3) Kumpul 200 keping gold bar 5gram ( 200 keping X 5 gram)



Bagaimana nak mula 5g, 10g atau 20g yang pertama?  

Boleh whatsapp saya www.wasap.my/60133413040/SimpananEmas

Follow ig saya utk tips kewangan terkini: https://www.instagram.com/pg.inspire/

Cara membuat simpanan emas GAP

Assalamualaikum 

Disini saya kongsikan cara membuat simpanan emas GAP. 
GAP adalah kaedah terbaik untuk kita mulakan dan kumpulkan emas sedikit demi sedikit. 

Siapa yang nak mulakan Simpanan Emas di bawah bimbingan saya, anda dapat:


1. PERCUMA Nota Emas & Kewangan 

2. PERCUMA Sesi Program Online Celik Emas & Kewangan 

3. Rebat RM10 bagi simpanan Emas Pertama akaun GAP 

Boleh whatsapp saya www.wasap.my/60133413040/SimpananEmas 

Follow ig utk tips kewangan: https://www.instagram.com/farrah_aiza/


 

Friday, May 14, 2021

35 KESILAPAN KEWANGAN YANG SERING DILAKUKAN

 35 KESILAPAN KEWANGAN YANG SERING DILAKUKAN

1. Bergantung kepada satu mata pendapatan
2. Tak menyimpan wang
3. Menyimpan wang yang terlalu sedikit
4. Menyimpan wang hanya sekali sekala
5. Tak ada Dana Rizab/Kecemasan
6. Tak ada perlindungan insurans/takaful hayat
7. Tak ada perlindungan insurans/takaful perubatan (medical card)
8. Membeli polisi perlindungan insurans/takaful hayat yang salah
9. Perlindungan insurans/takaful hayat yang terlalu kecil
10. Membeli insurans yang tak penting
11. Tak melabur
12. Melabur terlalu sedikit
13. Melabur tanpa ilmu
14. Mempercayai kata-kata ejen pelaburan 100%
15. Tak memantau prestasi pelaburan setelah melabur
16. Melabur di instrumen yang salah
17. ‘Melabur’ dalam scam
18. Tak mahu menerima fakta apabila ‘pelaburan’ yang disertai dibuktikan sebagai scam
19. Tak cukup diversification
20. Over-diversification
21. Tak bayar zakat
22. Tak menderma
23. Tak buat wasiat
24. Membelanjakan wang ditempat yang kurang/tidak memberi manfaat
25. Boros
26. Berjudi
27. Memberi pinjaman wang
28. Meminjam wang untuk tujuan yang salah
29. Meminjam wang yang terlalu banyak
30. Menjadi penjamin
31. Memulakan bisnes tanpa ilmu yang cukup
32. Memulakan bisnes tanpa modal yang cukup
33. Tak mahu menambah ilmu kewangan dan pelaburan
34. Mengikut ‘nasihat’ kewangan dan pelaburan daripada sumber-sumber yang salah
35. Tak membaca kandungan agreement dengan teliti

Perkongsian dari Azizi Ali
Kongsikan bersama kawan-kawan

Promosi 1 Dinar bayar ansuran 10 kali

 MAHAL KE SIMPAN EMAS NIE?  . Kawan.. Sebenarnya... tak mahal pun wahai kawanku. Public Gold sekarang berusaha sedaya boleh untuk memastikan...