Showing posts with label Unit Trust. Show all posts
Showing posts with label Unit Trust. Show all posts

Saturday, June 5, 2021

Kelebihan melabur Unit Trust / Unit Amanah

Kali pertama saya melabur dalam unit Amanah pada tahun 2006, ketika berumur 25 tahun. Diperkenalkan oleh my direct boss. Syukur sangat muda-muda lagi dah melabur. 

Dan kini memang puas hati dan saya telah melabur lebih dari 10 Dana Patuh Syariah. Hari ini saya kongsikan actual performance Public Ittikal ya. Dah 15 tahun melabur dan pulangan sebanyak 132%.


Masa ni saya invest RM5,000 sahaja sbb gaji pon tak banyak lg, masih muda. Duit dah berganda. Imagine kalau invest RM20k, jumlahnya dah jadi RM46k..kalau besar lagi amoun kita invest , lagi besarlah untung kita.

Jadi apa kelebihan melabur dalam unit Trust? 

1. Kepelbagaian

Kita dapat melabur dalam pelbagai saham syarikat dan pelbagai sektor yang tersenarai di Bursa Malaysia.

2. Cara mudah untuk melabur dan menjual

Mudah tunai. Yer, mudah dijual selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari.

Nak melabur juga mudah, semuanya secara online, lebih-lebih lagi musim PKP ni. 

3. Pengurusan profesional

Portfolio pelaburan akan diuruskan oleh pengurus dana profesional. Mereka ni memang dah pakar dalam bidang pelaburan. Kita hanya perlu konsisten melabur, tunggu dividen tahunan dan 'capital appreciation'. Tak perlu nak pening-pening buat research dan monitor harga. Unit Trust consultant beri update semasa setiap 3 bulan sekali. Anda juga boleh akses akaun pelaburan anda secara online melalui Public Mutual Online.

Dengan kemudahan akaun online ni, anda boleh semak pelaburan anda, tambah pelaburan, bukak dana baru, tukar dana dan juga menjual semula unit trust anda.


4. Modal pelaburan yang rendah

Modal rendah. Kalau dulu minimum pelaburan RM 1,000 cara sekaligus/lump sum, kini kita dah boleh melabur serendah RM100. Kemudian terus buat Direct Debit Instruction bermula RM100 juga setiap bulan.

5. 2 hasil keuntungan

Keuntungan yang kita nikmati adalah melalui dividen tahunan dan juga Capital appreciation ( harga naik) mengikut dana patuh syariah tersebut.

π™ΌπšžπšπšŠπš‘ πš“πšŠ πš—πšŠπš” πš‹πšžπš”πšŠπš” πšŠπš”πšŠπšžπš— πš„πš—πš’πš πšƒπš›πšžπšœπš 𝙿𝙺𝙿 πš—πš’ πšœπšŽπšŒπšŠπš›πšŠ πš˜πš—πš•πš’πš—πšŽ. πš‚πšŠπš’πšŠ πšŠπš”πšŠπš— πš‹πš’πš–πš‹πš’πš—πš

Klik: www.wasap.my/60133413040/UT



Tuesday, June 1, 2021

Dimanakah anda menyimpan wang?

 Tahniah kerana anda suka menyimpan wang.

Kini, saya ingin bertanya dimanakah anda menyimpan wang anda? Soalan kedua pula, mengapa anda menyimpan?  Sudah tentu anda sendiri mempunyai jawapannya.

Namun yang paling kurang disedari oleh orang ramai adalah akan kadar pulangan instrumen simpanan tersebut. Seperti yang Dave Ramsey katakan:





Saya pasti anda mempunyai misi tersendiri, samalah seperti saya. Jadi takkan anda hendak lepaskan peluang untuk menyimpan ke dalam instrumen yang memberi pulangan rendah. Bahkan, inflasi sendiri membuatkan dividen yang anda terima semakin kurang nilainya ( atau mungkin tiada nilainya) terhadap simpanan anda.

Secara perbandingannya, Dana Islam Unit Amanah mempunyai potensi keuntungan antara 10%-12% setahun. Jadi, bayangkan jika inflasi adalah 5%, anda masih mempunyai keuntungan.

Bayangkan jika duit anda disimpan dalam Fixed Deposit yang memberi kadar pulangan 2%, lihat anda tidak untung apa-apa pon.

Dan secara perbandingan antara instrumen simpanan lain…

ASB memberi pulangan purata 7% setahun

KWSP memberi pulangan 5% tahun 2019

Tabung Haji memberi pulangan 3.1% tahun 2020

Mengapa Dana Islam Unit Amanah menjadi pilihan saya?

Bukan sahaja kerana ia berpotensi memberi pulangan yang tinggi, pastinya kerana ia dilaburkan di tempat-tempat halal mengikut shariah islam. Sudah pasti ia tidak dilaburkan di medan perjudian, arak atau sebagainya. Dana Islam juga diuruskan oleh Pengurus Dana yang professional. Wang pelaburan para pelabur dikawal oleh Pemegang Amanah yang dilantik seperti Amanah Raya Berhad. Kini Dana Islam turut menjadi pilihan pelabur bukan Islam kerana potensi pulangannya.

Terdapat banyak Dana Islam yang ditawarkan oleh PM seperti PIttikal, PIOGF, PAIF dan lain-lain lagi. Jadi saya ingin mencadangkan anda membuat pelaburan di dalam Dana Islam Unit Amanah untuk simpanan masa depan. Public Mutual baru melancarkan 2 Dana Islam yang juga boleh dilaburkan serendah RM100. Semuanya secara online. Saya juga telah menambah investment melalui 2 dana baru ini kerana under new norm, saya nampak teknologi dan innovation berpotensi utk grow further. 



Jadi, jangan tunggu lagi. Saya akan memberi bimbingan berterusan, hubungi saya / wasap 013-3413040

Sunday, May 9, 2021

Berlengah itu merugikan. Tahukah anda?

Adakah anda ingin tahu bahawa dengan berlengah dalam membuat pelaburan itu merugikan anda? Ini sebabnya:

1. Inflasi

Dengan tidak melabur anda sebenarnya menghadapi risiko terhadap kadar inflasi. Inflasi memang tidak dapat dielakkan dalam situasi pasaran masakini. Dengan mengambil purata kadar inflasi sebanyak 3% setahun, anda kini boleh tahu berapa tahunkah wang anda akan susutnilai (depreciate) sebanyak separuh nilai dengan hanya menggunakan ‘Rule of 72’Cara pengiraan: 72 bahagi purata kadar inflasi.

Contoh: 72/3 = 24 tahun

Bayangkan anda mempunyai wang sebanyak RM100,000 tahun ini, dalam masa 24 tahun lagi nilainya hanya RM50,000 sahaja. Jadi, cukupkah wang anda untuk menyara persaraan anda nanti? Oleh yang demikian, kita perlu melabur wang kita kedalam pelaburan yang memberi pulangan melebihi 3% supaya nilai wang kita tidak susut begitu sahaja. Katakan anda menyimpan wang ke dalam Fixed Deposit dan mendapat pulangan tetap sebanyak 3%. Jumlah wang yang anda simpan masih sama, tetapi disebabkan kadar inflasi sebenarnya anda tidak mendapat pulangan! Ingat sebelum ini Dave berkata “ Savings without a mission is a garbage’

2. Kuasa ‘Compound Interest’

Bagi menjadikan modal pelaburan kita berkembang , kita tidak harus mengabaikan kuasa ‘compound interest’ . Tahukah anda Albert Einstein menggelar ia sebagai ‘8th wonder of the world’?

Mari kita lihat definasi ‘compound interest’ iaitu:

Interest that accrues when earnings for a specific period are added to principal; thus interest for the following period is computed on the principal plus accumulated interest.

Ini bermakna anda tidak akan keluarkan pulangan dari dividen yang anda dapat. Anda hanya membiarkan sahaja pelaburan anda berkembang. Pulangan yang seterusnya akan dikira ke atas principal dan dividen yang terkumpul setiap tahun. Contoh yang mudah, katakan anda menyimpan RM10,000 ke dalam Unit Amanah yang memberi pulangan purata 15% setiap tahun. Dengan tidak mengeluarkan langsung wang tersebut, pelaburan anda dalam masa 15 tahun akan menjadi begini:


Setelah 10 tahun anda akan mendapat RM40,456!. Jika anda membiarkannya untuk tempoh lagi 10 tahun, anda akan mendapat RM72,434,766! Patutla Einstein menggelar ia sebagai ‘8th wonder of the world’.


Saturday, May 8, 2021

Usia 58 tahun duit KWSP dah lesap! Apa solution?

 Baru 3 tahun bersara, duit KWSP dah lesap? Membimbangkan!

Adakah anda telah bersedia untuk bersara? Mengapa perlu gandakan simpanan Akaun 1 KWSP (EPF)? Adakah simpanan KWSP (EPF) mencukupi semasa anda bersara nanti?


Tahukah anda Akaun 1 KWSP (EPF) hanya boleh dikeluarkan ketika/untuk:

I. Umur 55 Tahun
II. Kematian
III. Pelaburan Saham Unit Amanah (Unit Trust)

Jom gandakan simpanan Akaun 1 KWSP (EPF) di tempat yang kalis Inflasi!
Waktu terbaik untuk merancang simpanan adalah pada 30 tahun yang lepas. Waktu kedua terbaik untuk merancang simpanan adalah dari sekarang.

Rancang pelan persaraan anda dari sekarang. Menyimpan ketika muda untuk hari tua lebih selesa. Hubungi saya untuk mulakan Simpanan Emas atau Unit Trust πŸ˜€ Klik: https://tinyurl.com/yh3vwo9o

π™±πš˜πš•πšŽπš‘ πšπšžπš—πšŠ πš’-πšœπš’πš—πšŠπš› πšžπšπš” πšœπš’πš–πš™πšŠπš—πšŠπš— πšŽπš–πšŠπšœ & π™°πš”πšŠπšžπš— 1 πšžπšπš” πš„πš—πš’πš πšƒπš›πšžπšœπš :blush:
Huhubu

Cost of procrastination

Start investing early to gain the benefits of compounding interest. Here, I show to you the comparison between two different woman that I named it as Fara and Aiza ( hanya nama samaran :p) .

Fara

Start her first investment at the age of 21 years old thru regular annual contribution of RM1,000 until she reach 30 years old. She didn’t make any withdrawal nor additional investment by age of 30. So, the total investments is RM10,000. Given the average rate of return of 10%, she gained RM117, 941 at the age of 50. See below’s table:


Aiza

Start her investment 10 years late than Fara that is at the age of 31 years old. She made same annual  contribution of RM1,000 until she reach 50 years old. With the total investments is RM20,000. Given the average rate of return of 10%, she gained RM63,002 by the age of 50. See below’s table:



Eventhogh Fara’s total deposits is smaller than Aiza by variance of RM10,000, there’s a huge different in total return of investment by age of 50 years old. See, it’s RM54,938! Thanks to the power of compounding interest who have benefited Fara for investing early! Warren Buffet start his first investing in stock at the age of 11 years old. No wonder he can beat Bill Gates to be the richest man in the world.

Use this calculator to verify the above comparisons. The calculator provides the opportunity to compare three separate scenarios depicting investments made at different age. It shows that the early investment continues to give more return that the late investment.

So, don’t procrastinate! It does cost you forever! Making your money working and growing is all about TAKING ACTION.

Contact me to start your investment today! Klik: https://tinyurl.com/yh3vwo9o


Rahsia bagaimana RM500 boleh menjadi RM1 juta

Salam Ramadhan ke 27


Apa khabar semua? Tahun ni bakalnya beraya di rumah lg...redha la yer 😊

Rahsia yang ingin saya dedahkan ini bukanlah rahsia bagi orang-orang kaya. Ia sangat berguna bagi orang-orang biasa seperti kita. Mungkin kita merasa amat susah untuk menjadi seorang jutawan. Tinggalkan perasaan itu! Mengikut buku “Law of Attraction“, you attract whatever you give your attention, energy, and focus to whether positive or negative. Buangkan segala pemikiran yang negatif. Sekarang, berikan fokus, tenaga dan komitmen anda untuk menjadi seorang jutawan dengan langkah mudah yang saya kongsikan hari ini.

Adakah anda mempunyai lebihan RM500 setiap bulan dari pendapatan anda? Tahukah anda bahawa wang sebanyak RM500 boleh menjadi RM1,091,827 dalam masa 29 tahun! Dengan mempunyai displin dan komitmen untuk menyimpan hanya RM500 setiap bulan dengan kadar anggaran pulangan 10.3%, kini anda bergelar jutawan! 





Ini belum lagi dicampur dengan wang pencen atau wang simpanan KWSP anda! Amat mudah bukan? Anda kini tertanya, portfolio simpanan / pelaburan yang manakah sesuai dipilih untuk menjadi jutawan dengan mudah ini? Pilihlah pelaburan Unit Amanah kerana mengikut rekod-rekod yang lepas, kadar pulangannya adalah antara 10%-12%. Malahan ada yang lebih! Tidak percaya? Kita jumpa, dan saya boleh tunjukkan pelaburan peribadi saya.

Mungkin anda akan berkata, saya tiada RM500!. Saya mencadangkan 2 langkah bijak berikut:

1) Mulakan simpanan tetap dengan hanya serendah RM100. Yang penting anda konsisten. Anda boleh tambahkan pelaburan bila-bila masa apabila mendapat wang tambahan seperti kenaikan gaji atau bonus! Percaya atau tidak, selagi anda tidak memulakan langkah pertama anda, anda akan merasa susah untuk menyimpan. Apabila langkah pertama berjaya, langkah seterusnya akan menjadi lebih mudah kerana anda akan menjadikannya tabiat (habit) yang positif!

2) Buat bajet bulanan dan kenalpasti apakah perbelanjaan yang sebenarnya anda boleh elakkan atau kurangkan. Contohnya: makan di luar! Masaklah sendiri di rumah kerana ia lebih menjimatkan dan sebagai ibu, saya percaya masakan dari air tangan anda sendiri dapat mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan yang erat dan bahagia. Wang yang telah dikenalpasti tadi kini boleh dijadikan simpanan tetap anda. Sungguh mudah bukan. Kurangkan belanja, tingkatkan pelaburan!

Letakkan tangan di kepala anda dan katakan “saya mempunyai minda jutawan!” atau  “saya dalam proses untuk menjadi seorang jutawan”

Selamat berjaya!

Saturday, February 13, 2016

Pengalaman dgn pelaburan UT

Salam, 

Kawan-kawan dah buat pelaburan Unit Amanah tak? Kalau ada yang belum buat, inilah masa yg terbaik untuk mulakan pelaburan unit amanah kerana kesan dari keadaan ekonomi sekarang ni, harga unit trust menurun atau dengan kata mudahnya harganya MURAH!. 

Anda boleh baca artikel ni NOW IS A  GOOD TIME TO INVEST IN UNIT TRUST. Inilah waktunya kalau belum mula lagi. Jangan bertangguh.

Saya dah invest selama 9 tahun dan return amat memberangsangkan. Sebagai contoh Public Ittikal Fund. Walaupon sekarang harga unit tengah rendah, namun pulangan P Ittikal masih memberangsangkan.

Pelaburan RM5,000 kini berganda-ganda menjadi RM10,039. Ini bermakna pulangannya adalah 100%! 
Nama fund: Public Ittikal Fund 
Pelaburan lump sum: RM5,000 tahun 2006
Nilai pelaburan ketika Feb 2016: RM10,039
Total return: 103%
Average return/yr: 11.4% 
Pls take note dividen tahun 2016 belum masuk, insyallah bulan May ini.
Ini  bermakna pulangan ini lebih tinggi berbanding pulangan Fixed Deposit, ASB, TH dan juga EPF. Insyallah pulangan Unit Trust adalah lebih baik berbanding simpanan lain dalam jangka masa panjang , advisable melebihi 5 tahun.  

Monday, February 21, 2011

Bonus & Dividen 2010

Bonus TH 2010 5.5%

&


Dividen KWSP 2010 5.8%

Dividen KWSP bagi tahun sebelum ini adalah seperti berikut:
  • 2009~ 5.65%
  • 2008~ 4.5%
  • 2007~ 5.8%
  • 2006~ 5.15%
Alhamdulillah. Tak sempat lg update buku TH, nk jugak jenguk jumlah bonus tu :). KWSP punya dividen pon dh tertera kat i-akaun, klik kat 'Penyata Tahunan 2010' .

Kalau anda rasa nk dpt pulangan yg lebih tinggi dr pulangan diatas, mari aku tunjukkan caranya! Meh tgk dulu informasi ini : pulangan 13.5% setahun.

Wednesday, January 12, 2011

AHB vs Unit Trust

Puas juga membaca info mengenai AHB (Amanah Hartanah Berhad) di beberapa laman web ie Maybank, Mysuperkids etc. Konsepnya sama macam ASB and juga Unit Amanah yg lain. AHB adalah mengikut shariah. Pulangan yg dijangkakan adalah 6% setahun. Secara peribadi, aku merasakan pulangan begitu sangatlah tidak kompetetif. Disebabkan harganya tetap pada RM1 seunit, jadi, faktor "masa" tidak berapa penting. Anytime pelabur nak invest boleh aje. Harga yang tetap juga menunjukkkan tiada "capital gain" disitu.

Secara perbandingan peribadi, pulangan Unit Amanah dari syarikat lain lebih menarik. Contohnya, Dana Ittikal dr Public Mutual. Aku sudah melabur selama 4 tahun dr May 2006 dan penyata Nov 2010 di bawah menunjukkan pulangan keseluruhan ialah 54.66%, ini bermakna pulangan setahun 13.5%. Alhamdulillah

Lagi seronok bila dapat update my clients punya investment portfolio. Masing-masing dgn keuntungan yang sgt memberangsangkan. Alhamdulillah. Jadi, kalau ada kengkawan yg belum melabur dalam Unit Amanah menggunakan modal sedia ada anda, KWSP, bertindaklah sekarang. Jika ada wang tunai pon boleh melabur. Kalau tak menyimpan/melabur, mmg senang je duit tu nak jalan ke ebay, online shopping, ipad, etc ( contoh aje eheh).

Simple estimated return % = 54.66, penyata bulan Nov 2010.

Dan sekarang AHB dah ditolak tepi. Aku sedang berkira-kira wang lebih nk melabur Emas di Public Bank Gold Investment Account. Bila dibandingkan dengan UOB, harga belian dan jualan, fees dan charges Public Bank lebih menarik dr UOB.

Azam tahun 2011, salah satunya aku akan kembali mengaktifkan my other blog BijakRinggit. Sebelum domain bijakringgit.com aku tak teruskan, aku tak copy langsung semua artikel! That's my fault. Now I have to write again. Takpe challenge!! Satu artikel telah ditulis semalam. Aku nak make-up, tp fail abeh ngan wordpress sbb tak biasa. So sekarang ni haruskan aku menten je kat wordpress @ bukak blog baru berdomaian blogspot.com? Rasanya cam aku nak start fresh kat blogspot la.

Thursday, August 14, 2008

2 funds open for EPF members investment scheme

Assalamualaikum,

Hari ini Public Mutual melancarkan 2 Dana Islam terbaru yang boleh dilaburkan melalui simpanan KWSP.

Dana tersebut adalah Public Islamic Select Enterprise Fund (PISEF) dan Public Islamic Income Fund (PI Income).



Sumber: Public Mutual

Keterangan lanjut hubungi 013-3413040 atau BijakRinggit. Appointment dibuat adalah berdasarkan masa yang dicadangkan oleh anda.

ZAKAT

Alhamdulillah semalam berkesempatan menghadiri sesi ceramah Zakat di Menara. Saya mengambil kesempatan untuk bertanya bagaimana cara pembayaran zakat bagi duit pelaburan yang disimpan di dalam Unit Trust/Unit Amanah?
Ustaz tersebut berkata, buat masa ni mereka berpendapat zakat diwajibkan apabila pelabur telah menjual semula unit dan mendapat hasil keuntungan pelaburan. Kemudian ia wajiblah dizakatkan. Maklumat dari PPZWP. Dengan ini saya akhirnya berjaya juga tambah potongan zakat pendapatan bulanan dari jumlah potongan tahun lepas. Yelahh..gaji dah naik takkan tak review zakat bulanan kot. Bukan hak kita pon wang tersebut. Daha lama sgt saya tangguh benornya sejak awal tahun masa dapat yearly statement tu :'>

Sedikit kupasan ceramah semalam:
Formula berkat hasil zakat --> Nikmat + Syukur = Pahala + Pahala + Pahala

Puisi Dr A'idh ~ ZAKAT SEBELUM TERLAMBAT
Demi Allah kiranya hidup jasad insani
Beribu tahun usianya dalam kemewahan yang dimiliki
Menikmati segala keindahannya dengan penuh ceria
Merasai lazatnya tinggal di mahligai dunia
Tiada sesuatupun kerisauan yang memendam di jiwa
Bahkan tiada gundah mahupun gelisah yang menyesakkan dada
Namun tidaklah semua itu cukup baginya
Untuk mendepani malam pertama di alam kuburnya....

Wednesday, March 5, 2008

Kupasan Jutawan! @ Radio 24 , Rabu, 5 Mac 2008

Rancangan : Bicara Jutawan
Hos: Dr Irfan Khairi
Saluran radio:
Radio 24
Jam/Tarikh : 7.15 malam- 8.00 malam, 5 Mac 2008
Ikon jutawan jemputan: Abang Abu


Abang Abu menjadi jutawan ketika berumur 26 tahun. Beliau berasal dr Malaysia tetapi kini menetap di Singapura. Ikut sedikit kupasan ilmu yg dikongsi sebentar tadi.

Dua cara utama yang dikongsi sebentar tadi adalah melalui pelaburan:
1) Pelaburan melalui saham atau unit amanah. Beliau mencadangkan pelabur membuat 3 jenis pelaburan dan tidak hanya meletakkan duit ke dalam satu pelaburan. Yang pertama, pelaburan jangka masa panjang iaitu 10-15 tahun. Ini boleh dibuat dengan pelaburan yang sedikit tetapi berterusan setiap bulan untuk mendapat faedah prinsip ‘dollar cost averaging’. Yang kedua, pelaburan kurang 5 tahun dan yang terakhir dalam masa setahun.
Faktor yang penting dalam pelaburan ini ialah strategi ‘offensive’ + ‘defensive’. Dalam masa kita membuat strategi ‘offensive’ yakni ingin pulangan yang tinggi/memuaskan, kita juga perlu ada strategi ‘defensive’ iaitu kita perlu defend/protect diri kita. ‘Protect’ melalui cara mendapatkan ilmu tentang apakah pelaburan yang kita masuk. Ramai orang yang tidak mempunyai cukup ilmu hingga menyebabkan mereka melabur tanpa berfikir panjang. Kerana itulah ramai terjerumus ke pelaburan haram seperti pelaburan internet haram dll.

2) Pelaburan hartanah. Beliau buat masa ini telah memiliki 6 hartanah. Keuntungan diperolehi dari ‘capital appreciation’ iaitu harga asset akan meningkat dan ‘rental income/sewa bulanan’. Pastikan sewa bulanan anda lebih dari harga bayaran pinjaman rumah setiap bulan. Faktor penting dalam pelaburan ini ialah LOKASI, LOKASI, LOKASI.

Beliau turut mengupas 8 cara untuk menjadi jutawan:
1) Keputusan. Kita semua perlu membuat KEPUTUSAN! Dan kemudian perlu ada KOMITMEN terhadap keputusan yang dibuat. My guru finance shared 'Decisiveness is a characteristics of high performers. Almost any decision is better than no decision at all!'
2) Belajar bagaimana duit bekerja (how the money works). Knowledge is power.
3) Apakah hubungan kita dengan duit? Kita mesti sayang dan suka duit. Oleh itu, kita juga tidak harus bersikap benci kepada orang-orang kaya / berduit.
4) Matlamat yang tinggi yang realistik. Contoh: 'Saya akan menjadi jutawan semasa umur 35 tahun'. Secara puratanya, individu yang mempunyai motivasi tinggi untuk menjadi jutawan akan menjadi jutawan dalam tempoh 7-10 tahun, manakala yang bermotivasi sederhana memerlukan 20 tahun untuk menjadi jutawan. Dr Irfan menjadi jutawan dalam tempoh 7 tahun manakala Abang Abu dalam tempoh 5 tahun. Kita bagaimana?? Think rich to get rich
5) Sedia, rancang dan ikut bajet. He said money cannot be managed. But we can manage ourselves. And then only we can manage our money.
6) Kurangkan belanja. FRUGAL FRUGAL FRUGAL. In short, live well below our means. This is the principle thought in book which I’m reading right now, The millionaire next door. Katakan, pendapatan anda RM3000, jadi belanjalah seperti gaji anda RM1500 (separuh je). Gunakan duit yang anda telah jimat tadi untuk melabur. He stressed ‘ Mulalah melabur! Anda mesti melabur!’. Gain knowledge and we must be more than ordinary investor, we must be entrepreneur investor’
7) Increase asset. Ada jenaka yang dikongsi. Semasa beliau menaiki sebuah teksi, pemandu teksi memberi komen “ tengok orang Cina, semua kaya-kaya, setiap tahun beli rumah, tahun depan beli rumah lagi, tapi orang melayu susah kaya, sebab ada duit tambah orang rumah’ :p. All books that I read said, most millionaires married one, once in a lifetime.
8) Guna/kongsi kekayaan untuk kebaikan. Ingat ‘sedekah dan zakat itu sedikitpun tidak mengurangkan harta kamu’

Beliau akan mengadakan Bengkel MAP pada 18 Mei 08 ini. Untuk keterangan lanjut, sila lawati http://www.jejakjutawan.com/


Map= Minda positif
A= Aksi positif
P= Pelan tindakan


Jadi, anda di tahap mana? Saya masih belum memenuhi kesemua lapan rahsia tersebut. Tapi yang pasti untuk no (4) saya dah ada.
Semalam, lepas saya lulus periksa ( alhamduillah ) , saya dan suami pergi menambah ilmu dengan membeli buku ini di Kinokuniya:

1) How to Live Well Without Owning a Car: Save Money, Breathe Easier, and Get More Mileage Out of Life
2) The Total Money Makeover: A Proven Plan for Financial Fitness
3) Secrets of self made millionaire
4) Unit Trust (yg ni dah khatam dulu)

Jom jadi jutawan!

Sunday, March 2, 2008

UT versus other savings

I do constantly aware and compare the different types of my saving and investment portfolio.

During my childhood I only had ‘Ting’ (then upgraded to ‘ASB’ when I reached 18 years old) and ‘ASW’ account and from that point at time I learn about saving. I used to have only limited portfolio and now I will embark more portfolios that is in UT.

Last 2 years (May 06) I withdraw my money from ASB after I found the fact and fatwa that convinced me the investment has non-syariah substance. I used most of the money and make my really first moderate risk Unit Trust investment. I purchased Public Ittikal from Public Mutual. I only invest RM5K. Today, the return is really wonderful.
As you can see in the table above, the one year average return of Ittikal is 21%. If I want to dispose my unit today, I shall reap RM 6,660. The calculation is so simple which is ‘No. of units we hold times the NAV’. So, the return for my UT is 33% in 1 year and 9 months. Patience is the main commitment that required for an investor. So, I shall wait longer.

UT return is quite outstanding and satisfactory as compared to other savings account. The average return of UT is between the range of 10%-15% (while my Ittikal is 33%) as compared to my TH of 7% and 5.8% return for EPF. In short, I could say I’ve fallen in love with UT. I’m going to make more investment. And so that I adore Warren Buffet, the greatest stock market investor.

I think I shall diversify my saving/investment. Don’t you think so? My next strategies are:

1) I’m waiting my 07 bonus. I don’t expect much, level 3 is good enough. I will take at least another 4K to invest in the UTS. This amount will be invested in Public China Ittikal Fund (PCIF).
2) My EPF saving from account 1 is now eligible to be used for investment. I’m going to invest in the Public Islamic Select Treasures Fund (PISTF).
3) I’m going to make regular saving on monthly basis of RM600 in Public Islamic Dividend Fund (PIDF).

I’m still in the ‘learning’ stage about personal finance. I hope that education thru my dad, our book collections and lots of great online writers and bloggers out there will aid my effort and commitment toward the journey of financial freedom. I hope to invest and learn more.

What and Why I choose those UT? I shall reserve the comments in the next entry.

Footnote: I still keep my regular monthly savings to TH.

Useful readings:
Warren Buffet: the greatest stock market investor
7 best stock investing advice
PIttikal Fund :the best Equity Malaysia Islamic Fund In Malaysia Fund Award 2007

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...