Showing posts with label Financialtips. Show all posts
Showing posts with label Financialtips. Show all posts

Sunday, May 9, 2021

Berlengah itu merugikan. Tahukah anda?

Adakah anda ingin tahu bahawa dengan berlengah dalam membuat pelaburan itu merugikan anda? Ini sebabnya:

1. Inflasi

Dengan tidak melabur anda sebenarnya menghadapi risiko terhadap kadar inflasi. Inflasi memang tidak dapat dielakkan dalam situasi pasaran masakini. Dengan mengambil purata kadar inflasi sebanyak 3% setahun, anda kini boleh tahu berapa tahunkah wang anda akan susutnilai (depreciate) sebanyak separuh nilai dengan hanya menggunakan ‘Rule of 72’Cara pengiraan: 72 bahagi purata kadar inflasi.

Contoh: 72/3 = 24 tahun

Bayangkan anda mempunyai wang sebanyak RM100,000 tahun ini, dalam masa 24 tahun lagi nilainya hanya RM50,000 sahaja. Jadi, cukupkah wang anda untuk menyara persaraan anda nanti? Oleh yang demikian, kita perlu melabur wang kita kedalam pelaburan yang memberi pulangan melebihi 3% supaya nilai wang kita tidak susut begitu sahaja. Katakan anda menyimpan wang ke dalam Fixed Deposit dan mendapat pulangan tetap sebanyak 3%. Jumlah wang yang anda simpan masih sama, tetapi disebabkan kadar inflasi sebenarnya anda tidak mendapat pulangan! Ingat sebelum ini Dave berkata “ Savings without a mission is a garbage’

2. Kuasa ‘Compound Interest’

Bagi menjadikan modal pelaburan kita berkembang , kita tidak harus mengabaikan kuasa ‘compound interest’ . Tahukah anda Albert Einstein menggelar ia sebagai ‘8th wonder of the world’?

Mari kita lihat definasi ‘compound interest’ iaitu:

Interest that accrues when earnings for a specific period are added to principal; thus interest for the following period is computed on the principal plus accumulated interest.

Ini bermakna anda tidak akan keluarkan pulangan dari dividen yang anda dapat. Anda hanya membiarkan sahaja pelaburan anda berkembang. Pulangan yang seterusnya akan dikira ke atas principal dan dividen yang terkumpul setiap tahun. Contoh yang mudah, katakan anda menyimpan RM10,000 ke dalam Unit Amanah yang memberi pulangan purata 15% setiap tahun. Dengan tidak mengeluarkan langsung wang tersebut, pelaburan anda dalam masa 15 tahun akan menjadi begini:


Setelah 10 tahun anda akan mendapat RM40,456!. Jika anda membiarkannya untuk tempoh lagi 10 tahun, anda akan mendapat RM72,434,766! Patutla Einstein menggelar ia sebagai ‘8th wonder of the world’.


Ebook PERCUMA : SIMPANAN EMAS

Alhamdulillah berjaya juga mengemaskini Ebook tentang ilmu simpanan emas untuk sahabat-sahabat semua.

Jika bermanfaat, boleh kongsikan dengan rakan-rakan yang belum mula dan banyak kemusykilan.

Klik:

https://tinyurl.com/yjuyltlj

https://tinyurl.com/yjuyltlj

https://tinyurl.com/yjuyltlj

Saya mohon rakan-rakan follow the same link kerana setiap kali saya kemaskini, anda akan dapat ebook terkini insyaAllah 😊



SIMPAN DUIT RAYA ANAK UNTUK DANA PENDIDIKAN

SIMPAN DUIT RAYA ANAK UNTUK DANA PENDIDIKAN ANAK-ANAK



Kos pendidikan setiap tahun semakin meningkat. Salah satu medium simpanan untuk pendidikan anak adalah melalui akaun emas junior seawal usia 1 bulan.

Cuba kira berapa gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini.

Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6,500 setahun.

RM6,500 × 5 tahun = RM32,500

Jadi jumlah pinjaman sekitar RM32,500. Boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar RM35,000 hingga RM40,000 pada hari ini.

Ia bersamaan nilai 160 - 170 gram emas. Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya.

Ambil masa 14 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu. 14 tahun × 12 gram setahun = 168 gram

Pendek kata 168 gram cukup untuk tampung pendidikan anak-anak. Anak kita tak perlu ambil pinjaman PTPTN macam kita.

Tak perlu ajar anak2 kita berhutang usia muda sebab tabiat berhutang adalah tabiat yang kurang baik.

Dah faham?
Apa kata daftar siap2 akaun emas hari ini, sebab nk dekat raya. Bila duit raya dah dapat, cepat-cepat alihkan ke akaun emas.

Jom daftar akaun emas junior hari ini, tag bwh nama ibu/bapa bijak 🥰 Hubungi saya, klik: https://is.gd/NyL2Sn


6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...