Thursday, August 28, 2014

Jamuan Aidilfitri di Teratak Smiley :)

Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak buat jamuan makan sempena aidilfitri yg amat sederhana. Tak perlu la nak tunggu rumah dah bercat elok, sarung sofa dah tukar baru, car porch yg proper dah dibuat..hehe..tu sume cita2 dr aritu nak buat tp tak buat gak..so majlis makan2 kite tetap teruskan dengnn tujuan ukhwahfillah.

Antara hidangan utama kami:
Laksa Utara
Soto
Brownie
Marble Cheesecake
Cream Caramel
Bread and Butter Pudding
Trifle

Abg Az tolong tuang air utk dik

Waddah dgn BFF Sarah




Thanks for coming girls! muahh
Sebagai panduan korang kalau nak buat majlis kecil-kecilan kat rumah , di sini Smiley kongsikan sket barang2 yg nak dibeli utk tetamu anggaran 100-130 orang:

Menu soto:
Ayam 4 ekors mesti besar
Nasi himpit 4 bungkus , dalam tu ada 6 pek nasi. Bukan mini saiz ok. Sila standby extra mihun.

Menu Laksa:
Ikan sardin 3.5kg
Mee Laksa : 7 bungkus laksa. Aku guna 6 laksa basah dan 1 laksa kering. Guna laksa basah mmg lagi senang tayah rendam lama. Just rendam kejap dengan air panas dan toskan

Sediakan air kosong mineral kat ruang tamu juga sebab ada tetamu suke air kosong

Bekas kuih raya. Guna balang besar terus so tayah nak refill banyak2 kali heheheh

Bekas sampah. Sediakan 2-3 tong sampah besar. Gunakan plastik hitam jenis tebal sebab kalau yg nipis tu senang terkoyak..then dah tu bile letak kat luar rumah anjing/kucing cakar plastik sampah.

Ok tu je my quick update. Korang sempat abeskan Puasa 6? Alhamdulillah..bagus3

2 comments:

Mimy Hamid said...

smiley tak ajak kita sobsssssssssssss

Farra Da Smiley said...

Mimy, tahun depan kite ajak insyallah :)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...