Tuesday, January 29, 2013

Maher genap 2 tahun

23 Jan 2011-2013. Alhamdulillah Maher genap 2 tahun. 

Mama pon dah graduate program 'breastfeeding'. Syukur. Nikmat yang amat bermakna sebagai seorang ibu.


Gambar Maher kat KL Bird Park pada 31 Dec 2012. Owh ya tak buat lg entry on our closing activity 2012 tuh..tunggu ya

Kelahiran Maher mengajar saya untuk lebih menghargai nikmat dr Allah dan bersyukur selalu. Memang pada mulanya amat sukar menerima kehadirannya di dalam rahim kerana secara fizikal dan mental saya belum bersedia sepenuhnya. Muaz masih menyusu secara esklusif dan berumur 10 bulan. Teringat lagi kisah RISAU tahun 2010 dulu..bermula dengan susu badan merudum dan asik suka makan..rupanya Maher hadir tanpa disangka.

Melihat Maher 2 tahun dan Muaz 3 tahun 5 bln bermain bersama dan menjadi sahabt baik ke sana kemari amat menyentuh naluri seorang ibu. Lega! Mereka dah besar. Mama dah boleh buat macam2..baking..gardening ( ewah macam la buat sgt )..cooking ..dan K-Poping :p tanpa banyak gangguan.

Balik kampung baru2 ni mak ayah pon tegur " wah Maher dah besar..boleh main je dengan abag2 dan kakak..dah tak kacau mama " :) . Gembira. Syukur

5 hari sebelum Maher genap 2 tahun mama dah stop pumping session kat opis. Ngelat yg disengajakan.....tp Maher masih esklusif BF kalau kat rumah setakat ni..

Now mama tengah fikir nak buat kek apa utk Maher....

Semoga Maher menjadi anak soleh..taat pada suruhan Allah, hormat kepada ibubapa..berjaya dunia dan akhirat..ameen

4 comments:

Rosmawani♥ said...

jd anak yang baik yer maher :)

atulhani said...

semoga maher jadi anak yang soleh..

ummi-dee said...

Assalamualaikum mohon bantuan saya mencari deep freezer boleh bg tau dimana beli cf awak tak. .terima kasih atas bantuan. Semoga Allah memberkatinya

ummi-dee said...

Assalamualaikum mohon bantuan saya mencari deep freezer boleh bg tau dimana beli cf awak tak. .terima kasih atas bantuan. Semoga Allah memberkatinya

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...