Saturday, June 5, 2021

Kelebihan melabur Unit Trust / Unit Amanah

Kali pertama saya melabur dalam unit Amanah pada tahun 2006, ketika berumur 25 tahun. Diperkenalkan oleh my direct boss. Syukur sangat muda-muda lagi dah melabur. 

Dan kini memang puas hati dan saya telah melabur lebih dari 10 Dana Patuh Syariah. Hari ini saya kongsikan actual performance Public Ittikal ya. Dah 15 tahun melabur dan pulangan sebanyak 132%.


Masa ni saya invest RM5,000 sahaja sbb gaji pon tak banyak lg, masih muda. Duit dah berganda. Imagine kalau invest RM20k, jumlahnya dah jadi RM46k..kalau besar lagi amoun kita invest , lagi besarlah untung kita.

Jadi apa kelebihan melabur dalam unit Trust? 

1. Kepelbagaian

Kita dapat melabur dalam pelbagai saham syarikat dan pelbagai sektor yang tersenarai di Bursa Malaysia.

2. Cara mudah untuk melabur dan menjual

Mudah tunai. Yer, mudah dijual selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari.

Nak melabur juga mudah, semuanya secara online, lebih-lebih lagi musim PKP ni. 

3. Pengurusan profesional

Portfolio pelaburan akan diuruskan oleh pengurus dana profesional. Mereka ni memang dah pakar dalam bidang pelaburan. Kita hanya perlu konsisten melabur, tunggu dividen tahunan dan 'capital appreciation'. Tak perlu nak pening-pening buat research dan monitor harga. Unit Trust consultant beri update semasa setiap 3 bulan sekali. Anda juga boleh akses akaun pelaburan anda secara online melalui Public Mutual Online.

Dengan kemudahan akaun online ni, anda boleh semak pelaburan anda, tambah pelaburan, bukak dana baru, tukar dana dan juga menjual semula unit trust anda.


4. Modal pelaburan yang rendah

Modal rendah. Kalau dulu minimum pelaburan RM 1,000 cara sekaligus/lump sum, kini kita dah boleh melabur serendah RM100. Kemudian terus buat Direct Debit Instruction bermula RM100 juga setiap bulan.

5. 2 hasil keuntungan

Keuntungan yang kita nikmati adalah melalui dividen tahunan dan juga Capital appreciation ( harga naik) mengikut dana patuh syariah tersebut.

π™ΌπšžπšπšŠπš‘ πš“πšŠ πš—πšŠπš” πš‹πšžπš”πšŠπš” πšŠπš”πšŠπšžπš— πš„πš—πš’πš πšƒπš›πšžπšœπš 𝙿𝙺𝙿 πš—πš’ πšœπšŽπšŒπšŠπš›πšŠ πš˜πš—πš•πš’πš—πšŽ. πš‚πšŠπš’πšŠ πšŠπš”πšŠπš— πš‹πš’πš–πš‹πš’πš—πš

Klik: www.wasap.my/60133413040/UT



No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...