Monday, July 9, 2018

Pengalaman haji 2017 ...di Mekah

Mekah memerlukan mujahadah yg lebih tinggi berbanding Madinah. Jemaah kerap bertanya "berapa jauh hotel anda dengan Masjidil haram?". Hotel TH Muassasah paling dekat biasanya 500m/600m. Ingin saya tekankan disini, walaupun solat di hotel dapat pahala solat tanah haram 1000 kali, namun setiap langkah ke masjid akan dinaikkan darjat dan diampunkan dosa.

Kami menginap di Hotel Massat Al-badaya, hotel yg paling jauh bwh TH, iaitu 1.2km. Hotel ini terletak di depan perkuburan al- Maa'la, di mana makan sadatina Khadijah dikebumikan. Setiap hari berpeluang tgk kubur. Kelebihan hotel ni, satu-satunya hotel yg ada mesin basuh. Alhamdulillah rezeki.
Hotel kami Zon A paling hujung.
Mesin basuh semi auto. First time gune dah suke! so belikan 1 utk rumah homestay emak di kg.

3 levels parking jd tempat sidai baju
jemur kain ngadap kubur hehe
Perkuburan Ma'la

Sebelah dgn perkuburan Maa'la ada tempat shopping murahh..ramai btol orggg..lupa nama kang ingat letak balik

Tasbih

Di hotel semua kemudahan ada iaitu klinik, pengeluaran duit dan pekhidmatan pos Skynet.

Byk btol org pos barang

Cek kesihatan..ngade juga sbb tgk org lain asek gi klinik..kite pon nak experience..Dr kata awat rendah sgt BP ni?
Favorite di Mekah : Laban Almarai. Eveyweek restock masuk peti sejuk kat bilik hotel :)
Memula rehat makan kacang sorang antara Asar ke Maghrib..lps tu dah pandai rehat dgn hubby heheh

2 kali je rehat kat dataran luar..kebanyakkan hari kami rehat dalam masjid...
Jadual harian di Mekah. Walaubagaimanapun bergantung kepada kemampuan masing2.

Pilihan pertama ( solat 5 waktu di Masjid)
3am+ ke Masjid
Selepas subuh Tawaf sunat
Solat sunat Isyraq & Dhuha
Balik hotel breakfast, cuci baju, tidur, rehat
Solat zohor di Masjid
Balik hotel lunch, rehat.
Ke Masjid utk solat Asar. Selepas Asar boleh Tarannum Al quran / gi minum ptg dgn hubby. Bekal dh bw cari tempat sudut2 masjid boleh duduk skali.
Dinner dan tidur

Pilihan kedua ( solat 4 waktu di Masjid)
3am+ ke Masjid
Selepas subuh Tawaf sunat
Solat sunat Isyraq & Dhuha
Balik hotel breakfast, cuci baju, tidur, rehat
Solat zohor di Hotel
Lunch & rehat.
Ke Masjid utk solat Asar. Selepas Asar boleh Tarannum Al quran / gi minum ptg dgn hubby. Bekal dh bw cari tempat sudut2 masjid boleh duduk skali.
Dinner dan tidur

Banyak buat solat 4 waktu di Masjid. Nak pergi Zohor mmg Mujahadah. Cuaca panas & jarak 1.2km dari hotel ke Masjid.
Hari yg berpuasa Isnin/Khamis- tak buat Tawaf Sunat. Tapi suami buat juga tawaf bile puasa, sy x larat.

Tawaf- suka mataf level paling atas walaupon plg jauh sbb kurang crowded.

Tempat mataf paling atas

TH bawa umrah pertama kali masa sampai ke Mekah. Waktu lain ada juga, hanya perlu register di Hotel dan umrah bermula selepas isya. Kami memilih pergi sendiri dengan mengambil cab dengan kawan2 mengikut kesesuaian masa. Caj cab 40-50 riyal return.

Buat umrah kali ke2 dtg sendiri
brekfes roti dgn kambing ni mmg marbelesss
macam kembar tak kami? shawl saya dan hani saya jahitkan 3 days before fly

bersambung pengalaman masyair haji....

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...