Friday, June 29, 2018

Pengalaman haji 2017/1438H

Assalamualaikum.. sedikit perkongsian utk rujukan bakal haji...gambar akan menyusul kemudian..

Jangan berhenti mengharap.. Allah maha mendengar semua doa hambanya. Alhamdulillah tidak dapat digambarkan perasaan apabila mendapat panggilan dalam tempoh 2 minggu...

14 July 2017- Call TH dan katanya status rayuan tak berjaya
19 July 2017- Dapat SMS terpilih sebagai Duyufurrahman
22-23 July 2017- Kursus di UIAM buat jemaah panggilan akhir (masa ni kursus perdana dah lepas)
Dapat tahu flight kami pd 2 Ogos 2017.

Madinah 3-10 Ogos 2017.
Mujurlah kami check jadual penerbangan terkini secara online apabila dapat tahu banyak flights ditunda. Penerbangan kami ditukar keesokan harinya, 3 Ogos 2017.
Kami KT XY17B terbang direct ke Madinah dgn Lion Air (chartered by Fly Nas). Perjalanan selama 8 jam ++. Makanan 2 kali dihidangkan, sedap Alhamdulillah. Seat mcm Airasia.

Proses immigration di Madinah berjalan lancar. Sampai di Hotel Shaza dlm 1am... selepas berehat sebentar di Hotel, kami mula solat lima waktu di Masjid Nabawi. 5 org kami sebilik.

Program di Madinah seperti berikut selain beribadah di Masjid Nabawi:
1. Program ziarah dalam di bawa oleh TH, menziarahi Maqam Rasulullah dan sahabat baginda Abu Bakar & Umar. Dan seterusnya ke Rawdah. Lelaki dibawa ziarah perkuburan Baqi'. Perempuan tidak dibenarkan.
2. Program ziarah luar dibawa oleh TH, menziarahi Jabal uhud, perkuburan para syuhada Perang Uhud seperti Hamzah & Mus'ab bin Umair, Masjid Qiblataini & Masjid Quba'.
3. Solat sunat di Masjid Quba' ( sendiri).Tips: dapatkan cab/van local utk ke Quba' di Gate 5/6. Cajnya hanya 2 riyal sehala, caj ini lebih murah dr amik van depan hotel dgn caj 10 riyal return dimana 10 org diperlukan dalam satu van.
4. Rawdah.
5. Shopping. Beli kurma, kacang & coklat di masjid Quba sgt murah hokey. Beli je sume kat sini. Jubah muslimah mmg murah dan cantik di Madinah. Harga d Mekah agak mahal sket
7. Melawat museum nama2 Allah. Ni pergi sendiri sebelah masjid nabawi. Byk lg museum lain. .
Museum

Bukit Uhud

Masjid Quba’


Masjid Quba dgn pakcik makcik plg close. Rumet juga. 


Kebun kurma 

Jalan2 pasar Madinah 


Rawdah.

Semua org sudah sedia maklum utk perbanyakkan berdoa agar dipermudahkan utk masuk ke Rawdah. Diingatkan kerana org terlalu ramai jangan menambah dosa utk beribadat contohnya menolak orang lain dan terbuang air kecil/besar. Kes ini terjadi depan mata sendiri mungkin terlalu lama menunggu ada wanita terbuang air besar.

Ada 3 waktu utk ke Rawdah bagi Muslimat. Saya ceritakan lebih ringkas berdasarkan pengalaman saya sendiri:
1. Selepas subuh hingga 9.30am; ada sehari tu sy pergi sebaik subuh jemaah terlalu ramai dan tempoh menunggu amat lama. Tidak dapat solat hanya berdoa kerana orang tolak-menolak. Hari yg lain sy ke Masjid Quba dulu dan kemudian sarapan dan masuk ke Rawdah mulai jam 830am. Orang ramai tapi lebih tenang kerana dpt solat dan tiada adegan tolak menolak sgt. 
2. Selepas Zohor; waktu terbaik bagi saya. Kerana tempoh zohor dan asar yg pendek hanya limited numbers is allowed. Jadinya, dapatkan solat saf depan waktu zohor dan terus Q utk masuk Rawdah. Sebaik org dah Q, petugas Masjid akan terus tutup Q org nak masuk Rawdah. Oleh kerana Jemaah Malaysia adalah negara last masuk, jadi bayangkan 1 jam sebelum Asar...kiranya Rawdah kurang org...dpt solat dgn tenangnya utk semua yg berada di Rawdah.
3. Selepas Isya'. Sy cuba sekali sahaja... kerana menunggu terlalu saya x mampu sudah... kerana sy perlu tidur yg cukup utk pergi Masjid awal pagi esoknya. 

Pesanan ustazah: jangan sedih tak dapat solat jika orang terlalu ramai, cukup sekadar berdoa. 
Tempoh menunggu purata 1.5-2jam, baca Al Quran semasa menunggu insya Allah cepat khatam di Nabawi. 
Cukup target ke Rawdah sekali sehari. 

Masjid Quba'.

Barangsiapa bersuci di rumahnya, lalu mendatangi Masjid Quba` dan shalat di sana satu shalat, ia mendapatkan pahala seperti pahala umrah. [HR. Ibnu Majah no. 1.412, dihukumi shahih oleh al-Albani]
Sungguh mudah nak dapat pahala Umrah kan. Saya sarankan pergilah ke Masjid Quba' setiap hari dr Masjid Nabawi setelah melaksanakan Solat Sunat Isyraq' dan ketika waktu Dhuha telah bermula. Bw sedikit bekalan makanan sebagai bekal/atau boleh beli di Masjid Quba'. 

Tips naik public transport ke Masjid Quba'
Oleh kerana TH bawa jemaah hanya sekali dgn Bas ke Quba', jadi ini cara utk pergi ke
Quba' sendiri:

1. Ambil cab depan hotel dgn cajnya 10riyal/pax tapi kene cr jemaah lain utk cukupkan 9/10 org. 
2. Naik public van depan gate 5/6 Masjid Nabawi dengan jemaah negara lain. Seronok juga pengalaman ni. Cajnya 2 riyal sehala. Masa balik dr masjid ada byk van tunggu utk pulang ke Nabawi.  



Solat jenazah dan bukit Uhud.

Barangsiapa yg solat jenazah di Mekah dan Madinah mendapat pahala 1 Qiran, dan yg mengiringi jenazah ke kubur hingga kebumi mendapat 2 Qiran. 1 Qiran bersamaan pahala 1 bukit Uhud. 
Lebih 70 para syuhada terbunuh ketika perang Uhud. Rasulullah sendiri cedera. Bukit Uhud sepanjang 6km.

Jadual harian di Madinah. Walaubagaimanapun bergantung kepada kemampuan masing2. 

Pilihan pertama ( stay di Masjid Asar- Isya')
3am+ ke Masjid 
Selepas subuh ke Masjid Quba' solat sunat Isyraq & Dhuha bila dh masuk waktu.
Rawdah
Balik hotel tidur rehat
Solat zohor , balik lunch
Ke Masjid utk solat Asa. Tarannum Al quran dgn ustazah Arab ( ada dlm masjid Nabawi) dan stay sehingga Isya'
Dinner dan tidur

Pilihan kedua ( stay di Masjid Zohor- Isya')
3am+ ke Masjid 
Selepas subuh ke Masjid Quba' solat sunat Isyraq & Dhuha bila dh masuk waktu
Balik hotel tidur rehat
Lunch
Ke masjid untuk solat zohor
Rawdah
Solat Asar. Tarannum Al quran dgn ustazah Arab ( ada dlm masjid Nabawi) dan stay sehingga Isya'
Dinner dan tidur

Tips di Madinah & Masjid Nabawi. 
 1. Solat dalam Masjid
Berbanding al haram Mekah, masjid nabawi kurang kapasiti utk muslimat oleh demikian pintu cepat ditutup bila penuh. Tanamkan azam utk sentiasa solat dalam masjid. Luar masjid tiada pahala 1000 kali solat. 
Jadi tipsnya: 
  • Sampai sekurang-kurangnya 45min/1 jam awal. 
  • Jika berjaya masuk tp still nampak mcm xde tempat nak duduk sbb org dh ramai sgt, sebenarnya saf depan2 byk lg ruang kosong, oleh itu anda hanya perlu mencelah antara org2 dan terus menghala ke saf2 hadapan. Buat dgn penuh hemah dan rendah diri dan hati2 jangan melanggar org/beg org. 
2. Target khatam al-quran sekali di MAdinah
3. Puasa sunat Isnin & Khamis/ ikut kemampuan.

Akan bersambung pengalaman di Mekah & Masyair Haji. 

Waallahua'lam. Semoga bermanfaat. Ini hanya pengalaman ketika ini. Ianya mungkin berbeza dgn situasi dan rezeki org lain. Moga berlapang dada. 




No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...