Tuesday, June 21, 2016

Resipi Almond Choc cornflakes & Crunchy choc chip cookies

Thn ni pecah rekod. Rekod plg sket buat biskut. 2 aja. Cukup sudah. Takmo ganggu 10 Ramadhan terakhir. Dan baju raya pon tak siap lg jahit. Itulah my mistake thn dpn kene jahit awal2. Byk kali dh remind ni...

Saje nk tulis resipi ni sbb senang nk rujuk thn depan. Biskut ni mmg sedap anak2 dah abeskan 2 balang setiap jenis adoi. Yg baki maknya dh sorok terpaksa huhu

Almond Choc cornflakes

Biskut ni paling senang. Tayah oven bagai. Kalau bg alasan lg tatau nak habaq apa noo hehe.

Bahan2:
Coklat masakan secukupnya ie 1kg
Cornflakes secukupnya ( kalau choc 1kg, cornflakes 2.5 kotak besar)
Almond flake dlm 200gm grg tanpa minyak nk kasi garing sket
Sedikit esen vanila

Caranya:
1. Cairkan coklat dan gaul semua bahan-bahan.
2. Letakkan 1 sudu kecil adunan dalam paper cup, hiaskan dgn rainbow sprinkle dan biarkan kering kejap sebelum disimpan.


Crunchy Choc Chip

Resipi asal dr tuan empunya ni. Tqsm. Saya buat 2 kali ganda adunan. Tu pon x cukup..
Bahan-bahan Diayak :-

280gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
10gm (3 sudu kecil) serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
secubit garam

Bahan-bahan lain :-

250gm mentega ( saya buat 220gm mentega 30gm marjerin utk jd crunchy)
150gm gula kastor ( saya kurangkan) mmg manis weii
1/2 sudu kecil esen vanila
1 biji kuning telur
100gm (1/2 cawan) coklat chip - boleh ditambah atau dikurangkan ikut rasa masaing-masing
100gm kekacang [walnut, badam, gajus dll yang dicincang] saya letak badam dh digrg tanpa minyak supaya garing
Kismis [optional] tayah letak kida x suke


Cara-cara :-

Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila sehingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan bahan2 ayak dan kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
Masukkan coklat chip, kekacang dan kismis. Kacau rata.
Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. [me letak terus kat atas dulang pembakar]
Boleh juga diuli menjadi bebola kecil dengan menggunakan tangan dan susun atas dulang pembakar.


PERHATIAN : Jangan letakkan adunan biskut dengan rapat antara satu sama lain sebab dia akan mengembang dan meleper sewaktu proses pembakaran.
Bakar pada suhu 160C selama 15-25 minit bergantung pada size. Guna api atas bawah.





2 comments:

Azian Elias said... Reply To This Comment

2 jenis pun kita hebat tu. sebab rajin. akak langsung dah tak pernah buat lagi dah. order je. heeee

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

order je kak yan..sonang ekekek