Sunday, March 23, 2014

Miri Brunei trip Day 3: Pusing2 Bdr Seri Begawan

Aktiviti hari ke-3 dimulakan dengan sarapan pagi di Hotel. Hanya tambah anak2 je sebab adult dah dapat sekali complimentary.

Kitorang terus check-out dr hotel. Destinasi pertama adalah Masjid Sultanah Bolkiah. Tak jauh pon dari hotel.

Sampai di sana, kakitangan masjid tengah buat persiapan untuk Majlis sambutan Maal Hijrah di sebelah malamnya.


Subhanallah, cantiknya masjid ni. Alhamdulillah kami dapat menunaikan solat Dhuha disini.



Destinasi seterusnya adalah Taman Peraginan Tasek Lama. Masuk sini percuma. Kat sini kami jalan-jalan hirup udara segar jer. Konsepnya ala2 macam FRIM eheheh


Gigih hokey mendaki bukit nak sampai kat meara..sbb nak tgk Brunei dr puncak bukit



Ha ni la rupa Menaraya ya kawan2

Ni gambar dr atas....




Memang best jogging & lepak2 kat sini..udara segar je

Destiasi seterusnya adalah Istana Nurul Iman..tangkap gambar je..masuk tak boleh. Tu pon minta izin kat pak guard istana dulu tau. Sebenarya ada kisah tak berapa tragedi terjadi masa nak singgah gate Istana ni. Masa nak singgah tu la terdengar bunyi siren...raja nak masuk uols! kelam kelibut kitowang ketepi! Masa tu gak semua kereta rakyat jelata automatically stop depan jalan Istana tuh..huhu ..hebat2. So lepas kerabat dah masuk kami pon bergambar...


Sedang asyik bergambar, tetiba siren berbunyi lagi! Haih..guard tu cecepat soh kami beredar..kami pon pecut aa nak lari dr kerabat raja..

Panik btol! so kami pon memecut ke taman terdekat..ni ha die..ehehheh

Kami singgah semula ke Masjid Sultanah Bolkiah sebelum menjamu selera di Restoran Aminah Ariff. Kalau datang Brunei memang wajib ke sini. Terlalu sedap terutama Cendol Selasih!




Lepas makan ni la terjadi satu ujian buat kami..hmm..nk citer pon malas..apapon syukur dengan pertolongan orang2 Brunei yg sangat baik hati, membantu walau kami tiada sebarang hubungan...hanya Allah saja dapat membalasnya..

Hari pon dah lewat petang..kami pon beransur pulang semula ke Miri. Tapi isi minyak dulu. Nak singgah Jerudong Park as plan also cancel sbb tak cukup masa.

ha..awat kenderaan malaysia kene ikut laluan lain?
sebabnya..harga utk orang Malaysia lain...kalau tak silap kene caj 1.05 dollar/L..sedangkan orang Brunei separuh harga...ha tgk bawah tuh..untung btol orang Brunei


Sedihnya dah nak kene pulang ke Malaysia..kejap benor kat Brunei..so sesapa nak gi eloknya 3 hari kot kat Brunei..dan di Miri 2 hari..baru puas :)
 Kuar masuk Miri -Brunei ni senang je tak bayak songeh..kenderaan pon tak banyak

Sampai Miri dah malam..penat sungguh hari tu! Kami singgah kat town tapau food before check-in to the same hotel; Hotel Everly Miri. Kali ni dapat bilik lain..besar sket tp signal wifi lemah btol. isk.

2 comments:

Mimy Hamid said...

brunei adalah tempat yg kita impian nak gi hehehe

Farra Da Smiley said...

Mimi pergi la book tix ke miri hehe

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...