Wednesday, February 5, 2014

Aneka resipi Oat

Sape kata bosan makan oat? Asek2 resipi sama. Anda silap. Macam2 cara kite leh masak menggunakan oat tau. Aku pon tgh eksperimen lg..eheh supaya x bosan. Anyway yg dh ada ni aku share dulu ya supaya x lupa.

1) Makan oat mcm biasa orang buat
Memula tambah susu dan panaskan dlm microwave.
Then tambah bahan2 ikut kesukaan anda seperti pisang/strawberry/etc + kekacang + sedikit madu.


2) Smoothie
Smoothie adalah sejenis minuman kesihatan yang omputih suke makan. Tapi aku juga telah terjebak dgn smoothie dan sgt mencintainya demi menjaga kesihatan badan , mengurangkan kolestrol dan kecantikan kulit. Tipulah perempuan tamo jaga kulit..kan kan? Heeee


Blend je low fat yogurt, 2 sudu oat, banana & apple. Kalau pekat..tambah sket air sejuk.

Sedap!

3) Oat banana pancake.

100% tanpa tepung. Senang, sedap & berkhasiat. Anak2 suka.

Caranya: 
Blend 1 3/4 oat dalam blender
Masukkan 1 1/4 low fat milk, 1 biji pisang ranum, 1 biji telur, 1 1/5 sudu teh baking powder, sedikit esen vanila, sedikit garam & 1 sudu besar madu. Blend lagi sampai adunan sebati. Tambah susu jika terlalu pekat.
Griskan pan dgn minyak jagung dan tuang adunan mcm biasa wat pancake.


Fluffy tau pancake ni...


Majulah Oat demi kesihatan diri sendiri heeeee 

Banyak lg resipi smoothie bakal menyusul! Hari ni hari ke 8 minum homemade smoothie.

2 comments:

Nursuryati Yaacob said... Reply To This Comment

farrah, awak gune instant oat ke? ke oat yg kena masak sket tu baru leh makan?

-kaksu-

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

kak Su, gune nstant oat :)