Sunday, November 10, 2013

Miri Brunei trip day 1

Assalamualaikum...

Jom kita mulakan citer percutian Q4 '13 kami kali ni: Miri & Brunei. Percutian dirancang 1 bulan yg lalu. Kira2 agak last minute as before this our holiday was very well prepared and booked at least few months in advance. Dan aku adalah ketua rombongan dr book tiket, hotel, kereta sewa & itinerary.

Sejurus sampai ke Airport Miri kami menunaikan solat sementara menunggu kereta sewa tiba jam 2.30pm. Hasil menggoogle, aku dapat 2 buah kereta sewa dr owner yg berbeza. Kereta sewa kami adalah:
  • Wira Auto: RM100/day 
  • Iswara Manual : RM75/day
Derang tade GPS. Katanya Miri & Brunei ni kecik je..takyah GPS! Boleh caya ke? Of course le tidak uols..org tempatan boleh le kata gitu sbb tetiap hari die ngadap jln yg sama. Kami x suke buang masa sesat tak tentu pasal. So we bring our own GPS. Udah le GPS tade holder sbb dah patah..so pegang je la..

Tempat pertama yg dituju adalah Grand Old Lady & Petroleum museum yg terletak di Canada Hill. Nama kemain omputih kan? haha. Agak keciwa sedikit Museum tutup under renovation. Actually I knew it already hasil bacaan dr blog lain. Dah few months ko tutup ye musem isk.

  Bergambar depan building je la...


 Disini diceritakan tentang sejarah penemuan minyak, dan pembinaan telaga minyak di Miri. Interesting..


Miri city view from top of Canada Hill






Dengan ahli2 rombongan ...eheh..tp Abah dan Hubby tak masuk gambar


Lps hasil perbincangan dengan ahli rombongan, kami ingat nak pi Sea Horse Light. Jalan punya jalan nampak hotel kami dan Muaz mula buat perangai nak susu la..penat la..etc. So terus la route to Hotel terus. Kami duduk kat ParkCity Everly Hotel. Hotel 4 bintang yg mmg selesa ..lagi2 dengan bayaran 2 star hotel kalau dok kat Semenanjung. Harga bilik RM162+. Dalam bilik ada 2 queen beds. Baca review pon bagus2 semua, so aku pon book. Memula nak book budget hotel..tapi budget hotel pon dah RM140..baik takyah. 
Hotel ni ada private beach dan betul2 opposite Sea Horse Light.

Sampai je hotel, kanak2 kelaparan makan bekalan yg kami bawa..lepas tu terus terjun swimming pool. Dalam kui 6 dah kene stop mandi sbb Miri maghribnya awal. Jam 6.05pm dah maghrib.



 Boleh nampak Sea horse light!




Lepas mandi dan solat, kami makan malam kat Tamu Selera..tak jauh dr Hotel..Makan seafood yg sedap giler! Serious talk, makanan kat Miri ni jauh lebih sedap dr KK! Everyday makan sedap! Both KK dan Miri seafoodnya fresh tapi kat KK tu tukang masak die tak teror masak or mmg depe makan cenggitu kot or kami yg salah pilih kedai makan..eheheh..whatever



Ni jer gambar makanan yg sempat ditangkap.sebab lepas tu sibuk makan :D

No comments: