Tuesday, December 20, 2011

Hotel Review: Avillion Admiral Cove Hotel PD

Kami book Avillion thru Agoda. Memandangkan cuti sekolah tak dapat la harga yang agak murah. Jadinya harga yg kami dapat RM279 utk Deluxe Room (new wing) termasuk cukai.

Bilik baru Avillion ni sangat bersih dan moden dgn design terkini. Amat berpuashati dari segi kemudahan berikut :
  • Check-in dan Check-out process sangat cepat hanya beberapa minit
  • Bilik Deluxe sangat besar. Lengkap dengan 1 King bed super size dan 1 Day bed super size.
  • Bilik ada kemudahan Iron, siap-siap letak dalam almari 
  • Ada peti sejuk. Senang nak letak my homemade baby food 
  • TV LCD
  • Hairdryer
  • Meja tulis dan 2 biji kerusi. Anak-anak dapat menulis.
  • Meja kabinet yang panjang, jadi banyak tempat nak letak barang
  • Sinki di dalam bilik. Jadinya senang nak cuci botol buat kita yg ada anak kecil
  • Bantal pon banyak, kalau tak silap 5 biji.
  • Swimming pool for kids. For kids ada 2 pool yg memang cetek tapi kecik je. Pool adult mmg besar
  • Rabbit park. Kecik jer tapi happy je kids tengok rabbit 
  • Activity room for kids. Tapi tak sempat pergi , tak cukop masa. Tengok gambarnya ada macam2 mainan
  • Activiti lain: cycling & cruise. Ish mahal , tak sanggup.

Jom tengok gambar kemudahan di sini.

Pool dewasa

Pool kanak2




Sinki dalam bilik

Banyakkan bantal tu?

Meja panjang yang boleh letak macam-macam barang


Anak-anak yg rajin, buat keje sekolah waktu bercuti


Dapat simpan baby food dalam peti sejuk :)

1 comment:

Sharinginfoz said... Reply To This Comment

memang seronok pi jalan2 bersama keluarga...